geng maen pasir saya ! TQ :)

Thursday, September 12, 2013

13 September setahun berlalu...

Assalamualaikum teman, dipagi Jumaat ini aku coretkan untuk dikongsikan di dalam blog yang menjadi kisah asam garam pahit manis hidup ku. Tujuan ku hanyalah satu, di kongsi dan ditatap oleh keluarga dan teman-teman dan menjadi ingatan ku andai satu ketika aku tak bisa mengingati akan diriku.

13 september.
Serasa cepat waktu berlalu. Tidak bisa aku lupa akan tarikh yang menjadi ingatan kami sekeluarga. Pada tarikh ini, kami dikejutkan dengan berita kehilangan abang tercinta. Pemergian nya yakni pada 13 September 2012 serasa baru semalam berlaku. Masih ku ingat kisah ku pada waktu itu. Aku masih menjadi pelajar baru tahun satu yang baru seminggu lepas mendaftar di Universti Malaysia Sabah. Pahit getir yang ku lalui mengajar aku untuk terus berdiri walaupun pendorong dan pencetus aku kekal disini pergi menghadap Ilahi.

Ketika itu, aku hanya anak kecil yang bingung pabila menerima panggilan 'ngeri' dari keluarga. Yang ku tahu adalah menitiskan air mata dan tersedu sedan di samping sahabat tercinta. Paling menyedihkan adalah aku tidak sempat mengucup dahimu abang ku. Aku terkilan akan yang satu itu. Hanya aku insan yang terdekat dengan mu abang ku yang tidak dapat mengucup pipi dan dahimu yang suci itu. Yang aku dapat adalah melihat pusaramu dan mengiringi bersama membaca Talkin mu. Tapi aku masih bersyukur kerana aku sempat menjadi adikmu walaupun untuk 20 tahun bersamamu abangku.

13 September .
Tarikh keramat yang bisa mengegarkan jantung keluargaku. Tarikh ini juga bisa membuatkan sesiapa sahaja yang mengenali abangku menitiskan air mata kerana merinduikan mu abang ku. Aku salah seorang daripadanya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mu di Sana. Tenanglah Kau disana abangku. Pahit getir hidup yang aku lalui disini sentiasa ku sematkan disebalik namamu.

Abangku, tahu kah kau yang adikmu ini akan melanjutkan usianya yang ke 21 tahun pada 17 September ini? Jika kau masih bersama, kau pasti ingat akan tarikh lahir adik bongsu mu ini. Tak pernah putus mendoakan dan mengucapkan kata ulangtahun kepada ku. Ya Allah, betapa aku rindu padamu abangku!!

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dan menjaga dirimu disana disamping orang-orang yang beriman.


Abangku, doakan adikmu disini ya. Doakan kejayaan adikmu dan aku berjanji abangku yang aku akan membahagiakan mama dan ayah seperti apa yang kau amanatkan padaku. Moga Allah memudahkan perjalanan kebahagian kepada Insan yang ku letakkan sebagai batu aras dalam sesuatu yang aku lakukan.

Air mata di pagi Jumaat ini adalah air mata insan yang merindui abangnya. Air mata yang sentiasa mengalir pabila teringatkan akan suaranya, senyuman dan gelak tawanya. Aku tahu bukan aku seorang yang merasakan kehilangannya dan bukan aku seorang yang merindui dirinya. Aku bersyukur kerana ramai yang turut mendoakan ketenangan nya di sana. Alhamdulillah




1 tahun berlalu, begitu cepat kami kehilangan mu yang ku rasa satu kehilangan besar dalam keluarga ini. 1 tahun berlalu membuatkan kami tak pernah lupa akan umur mu dan rupa parasmu. 1 tahun berlalu membuatkan kerinduan begitu berkepuk di dada terhadap mu. Dan 1 tahun takkan pernah buat kami cuba untuk melupakan dirimu abang malah 1 tahun berlalu membuatkan aku adikmu kuat untuk terus hidup di Sini dengan segala kata-kata yang pernah kau lontarkan padaku akan keinginan mu melihat aku 'mencaras' akan pendidikan tinggi mu. Aku tahu, aku masih belum mampu membuatkan mama dan ayah bahagia tapi aku akan berusaha kearah yang satu itu.

Ku titipkan doa buatmu abang ku. Damailah kau disana disamping Pencipta Kita. Yassin dan Al-Fatihah ku hadiahkan buatmu supaya kau tenang di sana. Abang ku, doakan juga kejayaan adik bongsu mu ini disetiap yang adikmu lakukan. Doakan juga adikmu ini yang bakal menginjak umur matang pada 17 September ini.

Terima kasih Ya Allah, kerana menjagakan abangku disana. 

Al-Fatihah..

Related post : Kehilangan 

yang sentiasa merinduimu,
adikmu
MNNS

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)