geng maen pasir saya ! TQ :)

Wednesday, September 18, 2013

(GAMBAR) Terima Kasih Ya Allah untuk yang ke-21 tahun ini .

Assalamualaikum, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan kata syukur pertama sekali kepada Yang Maha Kuasa, Tuhan sekalian Alam, Allah SWT. Kedua, Ibu ku ASNIDAR BT BAHARUDDIN sebab bersusah payah menggendong aku selama 9 bulan lebih serta melahirkan aku dan membenarkan aku melihat dunia yang serba dengan cubaan dan rintangan. Ketiga, aku nak ucapkan kepada ayah ku tercinta NAZIR BIN SUHAIMI kerana berpenat lelah mencari rezeki yang Halal supaya kami adik beradik hidup tanpa kekurangan makanan dan pakaian. Terima kasih juga aku ucapkan kepada keluargaku yang tercinta yang banyak mendokong ku dan menjaga ku sepanjang aku hidup selama 21 tahun. Tak lupa juga kepada anak-anak buah yang sentiasa disayangi dan dirindui dan menjadi penemanku sepanjang aku kesunyian. Akhir sekali kepada teman-teman yang sentiasa ada di kala aku kesedihan mahupun aku gembira sepanjang umur ku.

Pada hari lahir ku yang ke-21 ini, aku sangat bersyukur kerana dapat juga aku merasa menyambut hari lahir ini di UMS kerana sebelum ini pada hari lahir ku, aku hanya menyambutnya di Kajang, Selangor. dan Paling bersyukur sekali aku mendapat 2 kejutan hari lahir dari sahabat-sahabat ku. Alhamdulillah Ya Allah, aku dikurniakan sahabat begini .

kejutan pertama ku terima daripada roomateku a.k.a classmateku a.k.a sahabatku. Mereka telah membuat kejutan terhadapku tatkala aku balik dari meeting bersama rakan-rakan kos ku. Sungguh tidak terkata dan hampir menitiskan air mataku tatkala mereka masuk ke bilik ku bersama kek dan alunan lagu 'happy birthday'. Terima Kasih Ya Allah kerana aku dikurniakan rakan sebaik ini. Terima Kasih Noi, Adda dan Teha. Berjaya juga kalian berlakon dihadapan ku. yang paling penting 'TIDAK TERKANTOI' oleh ku yang selalu dapat menghidu perbuatan rakan-rakan ku. TAHNIAH :)



















TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU
terima kasih kepada suhada kerana menyanyikan lagu hari lahirku melalui voice recorder sebelum aku masuk tidur. Ia sangat membuatkan aku cukup terharu.

selepas menyambut hari lahir ku ini bersama sahabat tersayang yang secara rawak dan secara rasminya kami kenal sejak darjah 5 sehinggalah sekarang. Banyak dugaan dan cabaran kami lalui bersama. Makan hati dah menjadi asam garam dalam persahabatan kami. Inilah sahabat aku FATIMAH SINWAN. Sungguh terharu pabila beliau menyambut hari lahirku. Terima kasih tidak terhingga kepada beliau dan Fadhil yang turut serta menjadi jurugambar kami. TERIMA KASIH YA ALLAH atas kurnianMU.


















Kadangkala kalau dah lama bersahabat, orang akan kata muka akan menyerupai kedua-duanya. Syukur Alhamdulillah, kalau benar katanya :)

TERIMA KASIH SAHABAT KU

Terima Kasih yang tidak terkira kepada Syikin dan Jubaidah serta Fariza atas pemberian hadiah yang bagiku cukup tidak ternilai. Hanya Allah yang dapat membalas pemberian kalian.





Tak Lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat ku yang tercinta Khairul Wafaa dan Ayie atas ucapan dan doa di hari lahir ku 


Tak lupa juga adik ku Maryam Kamaruzaman. Terima Kasih dik kerana create one wish using my old picture. 



Terima Kasih kepada Kakak ku NORSHIDA NAZIRA kerana for the first time wish on 12am, ILOVEYOUSOOMUCH kak dan kak AFRIANTY DUNGKOK@ALBERT kerana turut memberikan doa dan ucapan pada hari lahir ku ini. Abang-abang ku tidak pernah ku lupa serta kakak-kakak ipar ku ( Kak Roza, Azza, Salmi, Rozie dan Iela ).

terima kasih ku ucapkan kepada temanku Dora, Khaleeda, Atik, Amirul, Farah Ain yang tak pernah sekali lupa akan hari lahirku. Tak lupa juga Abang Muhammad Nur, walaupun lambat sehari mengucapkan ucapan lahir pada ku, begitu ramai sekali jika aku mau sebutkan satu persatu. Doa ku pada kalian, Agar Allah sentiasa menjaga dan memantau kita semua ke jalan yang diRedhai. Maaf jika ada nama-nama yang tidak di mentionkan disini. Mohon Maaf ku ucapkan.

Akhir kata dariku, TERIMA KASIH, SYUKRAN. Amin keatas segala doa yang di sedekahkan ke atas aku di hari lahirku yang ke 21 pada 17 September 2013. Alhamdulillah.

p/s : "abang Erwin. adik abang yang bongsu ni dan masuk 21 tahun lah! Terima KASIH berjuta-juta kepada abang erwin, villy, e-man, fahmi dan shahriz atas doa kalian pada adik mu ini. Jangan pernah putus sedekahkan Al-Fatihah dan Yassen kepada Arwah Abg Erwin."


Alhamdulillah, Syukran!
MNNS

Thursday, September 12, 2013

13 September setahun berlalu...

Assalamualaikum teman, dipagi Jumaat ini aku coretkan untuk dikongsikan di dalam blog yang menjadi kisah asam garam pahit manis hidup ku. Tujuan ku hanyalah satu, di kongsi dan ditatap oleh keluarga dan teman-teman dan menjadi ingatan ku andai satu ketika aku tak bisa mengingati akan diriku.

13 september.
Serasa cepat waktu berlalu. Tidak bisa aku lupa akan tarikh yang menjadi ingatan kami sekeluarga. Pada tarikh ini, kami dikejutkan dengan berita kehilangan abang tercinta. Pemergian nya yakni pada 13 September 2012 serasa baru semalam berlaku. Masih ku ingat kisah ku pada waktu itu. Aku masih menjadi pelajar baru tahun satu yang baru seminggu lepas mendaftar di Universti Malaysia Sabah. Pahit getir yang ku lalui mengajar aku untuk terus berdiri walaupun pendorong dan pencetus aku kekal disini pergi menghadap Ilahi.

Ketika itu, aku hanya anak kecil yang bingung pabila menerima panggilan 'ngeri' dari keluarga. Yang ku tahu adalah menitiskan air mata dan tersedu sedan di samping sahabat tercinta. Paling menyedihkan adalah aku tidak sempat mengucup dahimu abang ku. Aku terkilan akan yang satu itu. Hanya aku insan yang terdekat dengan mu abang ku yang tidak dapat mengucup pipi dan dahimu yang suci itu. Yang aku dapat adalah melihat pusaramu dan mengiringi bersama membaca Talkin mu. Tapi aku masih bersyukur kerana aku sempat menjadi adikmu walaupun untuk 20 tahun bersamamu abangku.

13 September .
Tarikh keramat yang bisa mengegarkan jantung keluargaku. Tarikh ini juga bisa membuatkan sesiapa sahaja yang mengenali abangku menitiskan air mata kerana merinduikan mu abang ku. Aku salah seorang daripadanya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mu di Sana. Tenanglah Kau disana abangku. Pahit getir hidup yang aku lalui disini sentiasa ku sematkan disebalik namamu.

Abangku, tahu kah kau yang adikmu ini akan melanjutkan usianya yang ke 21 tahun pada 17 September ini? Jika kau masih bersama, kau pasti ingat akan tarikh lahir adik bongsu mu ini. Tak pernah putus mendoakan dan mengucapkan kata ulangtahun kepada ku. Ya Allah, betapa aku rindu padamu abangku!!

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dan menjaga dirimu disana disamping orang-orang yang beriman.


Abangku, doakan adikmu disini ya. Doakan kejayaan adikmu dan aku berjanji abangku yang aku akan membahagiakan mama dan ayah seperti apa yang kau amanatkan padaku. Moga Allah memudahkan perjalanan kebahagian kepada Insan yang ku letakkan sebagai batu aras dalam sesuatu yang aku lakukan.

Air mata di pagi Jumaat ini adalah air mata insan yang merindui abangnya. Air mata yang sentiasa mengalir pabila teringatkan akan suaranya, senyuman dan gelak tawanya. Aku tahu bukan aku seorang yang merasakan kehilangannya dan bukan aku seorang yang merindui dirinya. Aku bersyukur kerana ramai yang turut mendoakan ketenangan nya di sana. Alhamdulillah




1 tahun berlalu, begitu cepat kami kehilangan mu yang ku rasa satu kehilangan besar dalam keluarga ini. 1 tahun berlalu membuatkan kami tak pernah lupa akan umur mu dan rupa parasmu. 1 tahun berlalu membuatkan kerinduan begitu berkepuk di dada terhadap mu. Dan 1 tahun takkan pernah buat kami cuba untuk melupakan dirimu abang malah 1 tahun berlalu membuatkan aku adikmu kuat untuk terus hidup di Sini dengan segala kata-kata yang pernah kau lontarkan padaku akan keinginan mu melihat aku 'mencaras' akan pendidikan tinggi mu. Aku tahu, aku masih belum mampu membuatkan mama dan ayah bahagia tapi aku akan berusaha kearah yang satu itu.

Ku titipkan doa buatmu abang ku. Damailah kau disana disamping Pencipta Kita. Yassin dan Al-Fatihah ku hadiahkan buatmu supaya kau tenang di sana. Abang ku, doakan juga kejayaan adik bongsu mu ini disetiap yang adikmu lakukan. Doakan juga adikmu ini yang bakal menginjak umur matang pada 17 September ini.

Terima kasih Ya Allah, kerana menjagakan abangku disana. 

Al-Fatihah..

Related post : Kehilangan 

yang sentiasa merinduimu,
adikmu
MNNS