geng maen pasir saya ! TQ :)

Sunday, August 25, 2013

S.y.a.w.a.l.

Assalamualaikum, lama sangat aku tak menaip mencoret dan menceritakan kisah hidupku untuk ditatap kepada yang sudi menatap dan membaca blog yang mungkin suatu ketika bila aku takde kat dunia ni, hanya ini yang mampu aku infak kan untuk dibaca dan dinilai oleh anda semua.

Post kali ni aku nak menceritakan hari-hari kemenangan 22 hari aku berpuasa (walaupun ditolaktambah dengan simptom-simptom kesihatan gadis ) Seperti biasa, raya bagi keluarga aku hanya 2 hari sahaja dan hari-hari seterusnya merupakan hari untuk kami spend time together-gether. Sweet kan? heee

Raya kalini agak kurang meriah berbanding raya 2 tahun lepas. Raya kalini adalah tanpa ayah tercinta kami yang sewaktu itu keluar kota selama 3 hari 2 malam. Raya kalini juga tidak semeriah tanpa Arwah abang yang tersayang, walaupun ketiadaan Beliau, ia tidak pernah sekali kami melupakan beliau, kerana beliau adalah semangat dalam kehidupan kami. Raya kalini ini juga sunyi tanpa Kakak tersayang. Tapi aku bersyukur sebab aku dikurniakan keluarga yang ramai serta anak-anak buah yang berjaya menarik perhatian ku serta yang menyanyangi aku.

Pada malam raya pula, aku berkesempatan memohon maaf pada ayah sebelum keesokan paginya ayah ke luar kota. Syukur.





Pada keesokan paginya hanya mama sahaja keseorangan menanti salam kemaafan dari anak-anaknya.

Mama yang sentiasa Tabah dan Kuat serta Cekal orangnya.

Abang kedua merangkap abang pertama selepas kehilangan Arwah Abang pertama

Ini diikuti Abang ketiga

Abang keempat 

Abang kelima yang bakal begelar ayah tak lama selepas itu

Dan akhir sekali aku, si bongsu yang masih menumpang dan masih hak milik sepenuhnya Ayah.




Selepas sesi bergambar dan memohon maaf, Tak pernah lupa oleh kami menziarahi makam Arwah abang dan atuk serta nenek. Bagi kami mereka sentiasa bersama kami walau suka dan dukanya kami.





Selepas itu, kami bertolak ke Nilai, rumah Mak andak untuk beraya bersama.



Begitulah pada hari raya pertama dan ia berterusan pada hari raya kedua, tapi kali ni beraya sekejap sahaja sebab semua tak bersemangat nak beraya tanpa ayah yang men conduct keluarga


p/s : Sesungguhnya tanpa ayah yang dicintai, suasana raya tidak meriah.

Pada hari raya juga, kami turut dapat menyambut hari lahir ayah yang ke 57 tahun. Syukur Alhamdulillah, ayah dipanjangkan umur dan rezeki juga tak pernah putus.





Terover shadow pula. Punyalah susah mahu bergambar dengan kakak kesayangan aku ni.



Dan yang paling terbaru Abang ku yang terakhir baru sahaja bergelar bapa muda dalam usia 25 tahun. Kakak iparku selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.115 kg pada jam lebih kurang 2.20 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bayi perempuan comel tersebut telah diberi nama (belum rasmi) NUR ARISSA ARIANA bt NOR SHAHRIZ yang bermaksud NUR (cahaya) ARISSA (azam, kuat) ARIANA( penuh dengan kehidupan).


Moga-moga bayi kecil comel ini merangkap anak buah aku yang ke sepuluh menjadi anak yang solehah, mithali dan menjadi insan yang kuat dalam menempuhi dunia yang penuh dengan kehidupan seperti yang tertulis pada namanya AMIN.

dari
Insan yang sentiasa merindui cahaya dariMU
MNNS



No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)