geng maen pasir saya ! TQ :)

Monday, February 25, 2013

Selamat Hari Lahir Abang.

Assalamualaikum. Dipagi Selasa yang damai lagi harmoni ini di Negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu. Gelap dan sunyi suasana di Kolej kediaman aku.

" Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi Abang Erwin. Selamat Hari Jadi"
" Allah selamatkan Kamu, Allah selamatkan Kamu, Allah selamatkan Abang Erwin. Allah selamatkan kamu"

Alangkah indahnya jika aku sempat mengucapkan ucapan dan lagu ini terhadap arwah. Alangkah indah jika aku dapat mengungkapkan tanda kesyukuran ini terhadap Beliau. Adakah semua ini terlambat?  Wallahualam.

26- Februari - 2013 adalah hari Lahir Arwah abang ku yang ke 33 tahun. Sebelum ini aku sering kali lupa tarikh ini. Alangkah tak gunanya adik mu ini. Tapi semenjak kehilangan mu, adikmu sentiasa mengingati tarikh ini.

Sebagai tanda memperingatimu wahai abangku, aku sentiasa berdoa dan memohon pada Yang Esa supaya kau terlepas dari Azab seksa dan menikmati nikmatnya Syurga bersama orang-orang yang Beriman disisiNYA. Tak lupa untuk ku mengirimkan Al-Fatihah dan Surah Yassin sebagai hadiah buatmu wahai Abangku. Kalaulah aku di Semenanjung, akan aku ziarah makam mu bersama adik-adikmu yang lain sebagai memperingati dirimu yang Nun jauh disana. Susah untuk aku gapai apatah lagi melihat dirimu.

Lusa, 27- Februari- 2013, Mama akan berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah dan sekaligus Mama akan menghadiahkan sesuatu untuk Abang Erwin. Percayalah, seorang Ibu akan sentiasa mengingati anaknya walau dimana anaknya berada, walau jauh walau dekat Nama NORFEAL ERWIN bin NAZIR sentiasa terpahat dihati Mama, Ayah dan hati Kami semua.

 Wahai abangku, Damailah kau disana, bersama pada pencinta Ilahi. Damailah kau disana bersama orang orang yang disayangi. Damailah kau disana bersama para muslimin yang diredhai. Kami tahu wahai abangku, Allah sentiasa menjaga dirimu.




Akhir kata dari adikmu, Selamat hari lahir yang ke 33, moga sentiasa dibawah Lindungan Allah dan diberkati olehNYA dan para Anbiya'a serta para Malaikat. Kami sentiasa menyanyangi dirimu dan sentiasa mengingati dirimu.

Al-Fatihah
NORFEAL ERWIN bin NAZIR
26 Februari 1980
Moga Rohmu dicucuri Rahmat dan sentiasa dibawah Lindungan Allah S.W.T
" Kami sayang dan mencintai akan dirimu "

 merinduimu,
adik bongsumu
MNNS

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)