geng maen pasir saya ! TQ :)

Sunday, February 3, 2013

KEHILANGAN- update.

Assalamualaikum, lama sudah aku tak update blog ni dan dalam pada aku tak update blog ni. bermacam-macam cerita dalam kehidupan aku telah berlaku. Salah satunya adalah kehilangan orang yang aku sayang dalam hidup aku iaitu Abang Sulung aku.

 sampai sekarang aku masih tak percaya abang aku dah takde. Dah masuk 6 bulan pemergian abang. Aku redha, kami sekeluarga sangat redha akan tetapi kami tak berhenti menyebut nama abang. Seolah-olah, abang masih bersama kami. 
Baru sekarang aku berani untuk cerita di blog ini. Baru korang tahu lemahnya insan bernama NOR UMIRA NAZIRA ini. Insan yang selalu berlagak kuat dan sembunyikan segala perit dan pedih dan tatkala menerima berita kehilangan abang dia adalah seorang yang lemah, seorang yang tak boleh menerima kenyataan. Seorang yang tak redha. dengar ni TAK REDHA. tak menerima kenyataan. 
Syukur ramai insan yang sudi menyedarkan aku, dan keluarga yang banyak membuka mata aku supaya REDHA bukan PASRAH.

Berita kehilangan abang aku terima tatkala aku baru sahaja masuk ke alam Universiti. Ya, baru seminggu dan 4 hari abang menghantar aku ke Sabah ini dan sekarang, abang yang banyak bergurau dengan aku itu sudah pergi menghadap Ilahi. Kemalangan yang menbawa maut dan telah meragut nyawa Abang sulungku. Sungguh aku tak percaya apabila aku menerima mesej  dari abang ke-4 dan ke-2 serta ayah yang berbunyi 

" Mia, harap bersabar. Abang Erwin dah takde, tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk abang Erwin"- Abang Villy
"Mia, ayah cakap jangan fikir apa-apa, fokus belajar. Ayah tak bagi balik"- Abang Shahriz

bayangkanlah, sewaktu itu, kelas baru mula, aku sudah menangis bagai orang gila. Menangis seperti tak mahu belajar, menangis semahu-mahunya. Syukurlah ada sahabat baik aku disisi yang sedia meminjam bahunya untuk aku berpaut. Aku tiada orang lagi yang aku mampu percaya di UMS ketika itu dan hikmahnya Allah satukan aku dan sahabat aku di Universiti yang sama supaya beliau dapat menjagaku. Aku sangat terhutang budi dengan Insan yang bernama Fatimah Sinwan.

Sewaktu aku menangis bagai orang gila di tempat duduk ku, pensyarah aku perasan. Jauh sudut hati aku untuk meminta simpati mahupun belas kasihan ataupun terkenal di situ. Yang aku mahukan hanyalah satu iaitu BALIK SEMENANJUNG DAN BERTEMU ABANGKU.

tiba-tiba aku dapat mesej yang berbunyi " Mia, ayah suruh balik semenanjung sekarang juga, pasal tiket jangan risau, ayah bank-in . Ayah nak SEKARANG juga" - Ayah

lantas, aku terus meminta izin pensyarah untuk keluar dari kelas dan balik terus ke Semenanjung bertemankan sahabat dan rakan ku.

Disepanjang perjalanan aku tak henti untuk menangis, aku sungguh tak percaya. Mujurlah ada sahabat ku yang sanggup menelifon dan menangis bersamaku. Sungguh! aku takkan dapat sahabat seperti ini sepanjang hidup ku. Terima Kasih kalian.

" Mia cepat balik, abang Erwin dah nak dikebumikan" - Abang Villy

Alangkah hampanya aku, aku tidak sempat untuk mengucup dahi dan pipi abang, sungguh aku tak sempat! Kecewanya aku, namun aku lega bila abang selamat dikebumikan berdekatan dengan makam Atuk. Sesampainya aku di semenanjung dan aku terus ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang. Yang aku dapat lihat semua keluargaku termasuk mak dan ayah ku. Aku dapat juga lihat Isteri abang dan anak sulung nya. Aku lihat mereka tabah, kenapa tidak aku?

"Bila tiba masa seseorang itu, Allah tidak akan segan silu untuk menjemput untuk bersamaNYA"

Selesai sahaja pembacaan Talqin abang, mama memulakan penyiraman bunga mawar di atas pusara abang diikuti ayah dan isteri abang dan aku. seterusnya abang-abangku. Alangkah longlainya kaki dan menggigilnya tangan. Sungguh aku tidak kuat. Tapi aku perlu Kuat depan keluarga ku. 

Abang pergi tatkala 4 hari sebelum Hari Lahir ku yang ke-20. 13 September 2012. Tarikh sayu bagi keluarga kami. Tarikh yang tak dapat aku lupakan. Tarikh inilah dimana kehidupan aku berubah.
Aku sambung belajar di Sabah ini adalah atas dorongan kuat Arwah. semua keluarga ku tak benarkan aku belajar di Sabah akan tetapi Arwah banyak membetulkan persepsi keluarga terutama ayah tentang Sabah. Pendek kata, Arwahlah pendorong aku belajar di Sabah. Ingat lagi Arwah penah cakap :

" nanti Mia belajar kat Sabah, abang adalah chance minta cuti untuk pergi holiday di Sabah alasannya nak tengok adik abang"
" Sabah best Mia, nanti Mia dah belajar Sabah, Mia boleh panjat Gunung Kinabalu. Jalan-jalan kat sana"
" Mia belajar betul-betul, Mia lah satu-satunya harapan keluarga. Jangan dok bercinta pula kat sana"
" Nanti dah lama dok sana, Mia bawalah abang dengan keluarga abang jalan-jalan kat sana, Kak Roza suka pergi sabah, Mutiara banyak sana"

sewaktu dia hantar aku ke UMS ini, dia pernah cakap kat aku " Abang Banggalah dengan Mia"

aku tak sangka, ayat keramat yang aku anggap gurauan itu adalah ayat terakhir aku dengar dari mulutnya. 
Gambar terakhir bersama Arwah sewaktu beliau menghantarku Ke UMS.
 
sewaktu aku di UMS, aku pernah menghadiri kaunseling disebabkan masalah dan aku pernah bertanya dekat kaunselor tersebut, " patutkah saya teruskan lagi belajar disini sebab pendorong saya untuk belajar disini dah tiada dengan saya "

Ya, aku pernah terfikir untuk berhenti belajar di UMS disebabkan hal tersebut akan tetapi itu bukan sebab yang munasabah untuk aku berbuat demikian. Malah, aku patut teruskan dan buat keluarga terutama, ayah, mama dan Arwah abang bangga. Impian dan Cita-cita yang aku tanamkan sewaktu aku belajar disini dan pendorong aku bila aku jatuh.

 Begitulah kisah aku selama hampir 6 bulan aku tak update blog ini. Selepas pemergian Arwah, bila sahaja semua keluarga aku berkumpul, mereka tak habis-habis cerita tentang arwah dan terbaru kakak ipar ku mimpikan arwah.

Mimpi yang Indah bila mana, Arwah datang dalam mimpi beliau dengan memakai pakaian serba putih mencium tangan kakak ipar dan anak-anak nya sambil tersenyum dan berlalu. Alhamdulillah, aku sangat lega. Arwah tenang di sana. Disisi yang Maha Kuasa, Sang Pencipta, Allah S.W.T

Walaupun abang telah pergi akan tetapi, kenangan dan kelibat serta suara abang sentiasa terngiang-ngiang dan ada bersama kami. Sesungguhnya Kami sangat merindui abang. Al-Fatihah dan Ya-ssin kami sedekahkan dekat abang supaya Abang tenang disana. Ampun dan maaf adikmu ini pinta atas segala kata-kata yang pernah mengguris hati abang dan segala-galanyanya telah adikmu serta yang lain Halal dan Maafkan.

Sayu benar tahun 2013 ini dan bertambah sayu bila mana hari lahir yang ke 1 tahun anak bongsu Arwah iaitu NUR HUSNA DAMIA BT NORFEAL ERWIN pada 13 Januari 2013 disambut tanpa kehadiran Arwah. Bertambah sayu pabila melihat anak-anak beliau. Moga mereka tabah seperti mana aku lihat kakak ipar ku. 

Aku dah merasai  dan baru merasai kehilangan orang yang aku sayang dan aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang lagi dalam hidup aku. Tapi aku tak boleh berbuat demikian kerana semuanya takdir Allah, Allah telah merancang yang Terbaik untuk semua ummat Nabi Muhammad S.A.W dan itu tak dapat aku sangkalkan lagi. Yang mampu aku lakukan adalah terus dan terus berdoa moga aku tak merasai lagi kejadian sebegini lagi. 

Selepas hal aku menerima panggilan dari ayah secara tiba-tiba, aku jadi fobia untuk mengangkat panggilan tersebut. Hati aku terus-terusan berdebar dan terus-terusan berdoa moga perkara 13 September takkan berulang lagi. Benar-benar pengecut insan ini bukan? Aku benar-benar mengakui dan tak dapat di sangkalkan lagi.

dan aku terjaga dari tidur dan tiba-tiba aku teringatkan Arwah abang. Sungguh aku masih terngiang-ngiang suara beliau. Aku tahu ayah, mama dan keluarga ku juga begitu. 

Tiada lagi yang mampu aku simpan selain gambar abang dan tatkala bila mana, hard-disk aku tiba-tiba buat masalah dan gambar-gambar kenangan bersama abang hilang, aku menjadi tidak keruan dan menangis semahu-mahunya. Aku takut kehilangan gambar-gambar bersama Arwah abang. Syukur Alhamdulillah, gambar itu dapat semula bila mana ada insan yang sanggup menabur bakti dan mengembalikan gambar yang aku anggap hilang itu rupa-rupanya tersorok dan aku tak reti untuk membukanya. Terima Kasih. 

Wahai Abang, tenanglah kau di sana, Kami sentiasa dan tak putus-putus mendoakan dan menghadiahkan Al-Fatihah dan Ya-ssin untukmu abang. Walaupun kau tiada bersama kami disetiap kehidupan kami, akan tetapi kau tetap berada di Ingatan dan Hati kami. Sukar untuk dikikis dan dilupakan. Aku adikmu, sangat sayang akan dirimu.


Al-Fatihah
NORFEAL ERWIN BIN NAZIR
26 FEBRUARI 1980 - 13 SEPTEMBER 2012
semoga rohnya dicucuri Rahmat


yang merinduimu,
adikmu, MNNS

1 comment:

tinggalkan pesan anda disini :)