geng maen pasir saya ! TQ :)

Thursday, August 2, 2012

our dream comes true.

Assalamualaikum kalian, bertemu kita kembali. Maaf sudah lama kita tidak berborak sakan bukan? *ayat cliche . Oklah, sedar tak sedar dah hampir 2minggu ummat Islam menyambut bulan yang mulia ini dan dah masuk fasa ke-2 kita di bulan yang penuh keberkatan ini kan? so amacam terawikh? berapa hari kita sudah dapat lakukan?
ok, aku mengaku masuk semalam baru 4 hari aku lakukan terawikh ini. Sadis bukan? aku terlalu sibuk dengan kerja yang tidak menentu, dan setelah aku berhenti kerja PSF minggu hadapan, Insyaallah akan aku teruskan melakukan Terawikh untuk mengejar keberkatan dariNYA. awesome kan ayat aku?

Semalam, Alhamdulillah, impian kami untuk mengerjakan terawikh di Masjid Sultan Mizan atau nama saintifiknya adalah masjid besi terletak di Putrajaya. :) Keinginan kami ni terhalang disebabkan salah satunya adalah aku sibuk kerja dengan jadual yang pack. Kesian wafaa dan Dora selalu sahaja mengalah :) terima kasih girlpreng :)



Inilah masjid yang aku katakan itu, indah kan?


tapi sebelum terawikh kami berbuka dahulu di tasik berhampiran Masjid Besi ini :) sangat menarik sekiranya makan makanan yang di beli di bazaar ramadhan dan makan diatas rumput yang menghijau sambil menikmati keindahan tasik buatan di Putrajaya. Even cuaca sejak kebelakangan ini panas disebabkan jerebu, ia tidak menghalang segala keindahan Allah yang terbentang luas di mata kita :)  *hiperbola bukan ayat kali ni?

Ini adalah kegiatan berbuka kami semalam. Sebenarnya tiada tempat yang menarik untuk kami duduk goyang kaki sambil makan seperti yang aku nyatakan diatas tadi. Itu hanyalah angan-angan akan tetapi kekangan masa dan tempat membuatkan kami main 'rembat' makan di sini.

Walau apa-apa pun, kami sangat bersyukur sebab dapat berbuka dengan apa yang ada. Makanan yang dibeli di bazaar pun sedikit sebab kami datang lewat ke Bazaar dan di sebabkan itu banyak gerai makanan tutup -_-" kasihan.



kami hanya makan char kuew tieuw dan ada side dish lagi, tapi aku tak berapa tahu apa nama makanan tu. -_-"




selepas makan, kami bergerak pantas sambil tercungap-cungap keletihan menaiki tangga menuju ke tempat wuduk dan tempat solah wanita . tidaklah berapa pantas hanya cukup sehabis langkah kaki supaya dapat mengejar waktu maghrib yang masih bersisa. :)

Kami hanya sempat melakukan 8 rakaat beserta witir disebabkan Dora mahu cepat pulang untuk menjemput Ibunya yang pulang dari kerja. Tapi sebelum tu kasi cekik daut beberapa keping gambar.

dari kiri : Dora, Me, Wafaa


ehem-ehem :)

busy bukan budak 2 ekor ni? aku panggil buat tak layan je :) 

wafaa using UMS bag means even dia UNIMAS punya budak later, dia sayangkan UMS :D

Dora sentiasa senyum tatkala camera menerjah ke muka dia :)

dan aku, tetap dengan senyuman cover dengan perasaan 'bangga' menjinjing beg UMS :)


lastly, masih tak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat berpuasa bagi ummat Islam yang mengerjakan nya. Semoga kita mendapat keberkatan dari Tuhan Yang Esa di setiap apa yang kita lakukan di Bulan yang penuh Mulia ini dan Semoga kita dijauhkan daripada segala nafsu yang bisa merosakkan diri kita dari melakukan perkara-perkara mazmumah serta kita menjadi Insan yang terbaik dari yang baik semasa Ramadhan dan selepas ini. AMIN.

happy ramadhan to all muslim region,
MNNS

1 comment:

  1. nak menang hadiah rm100? jom join http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/08/eyriqazz-vs-denaihati-untuk-semua.html

    ReplyDelete

tinggalkan pesan anda disini :)