geng maen pasir saya ! TQ :)

Monday, August 20, 2012

HARI raya pertama dan kedua.

Assalamualaikum. First of all, aku nak ucapkan selamat Hari raya kepada semua ummat Islam tak kira dimana anda berada. Walau jauh walau dekat, jika bersama Keluarga kita pasti bahagia :) *sebijik macam iklan PETRONAS!

kepada yang mengenali siapa NOR UMIRA NAZIRA BT NAZIR, aku dengan rasa rendah hatinya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki di atas segala tutur kata atau keterlanjuran kata dan salah silap yang pernah aku lakukan sebelum ini. Mohon diampunkan. Eratkan jalinan ukhwah dan tingkatkan keperibadian yang tinggi pada Bulan Syawal yang mulia ini HendakNYA.

Cakap pasal raya, raya untuk tahun ini quite sorrow, because of everybody got their family to raya together. Family aku hanya adanya Abang kedua with his family, Abang ketiga with his family but at 3pm, he ran off to his wifey's kampung at Selayang, my abang kelima and my only one Kakak and her boboy. Abang Ipar pergi beraya di Terengganu. Bosan dan sunyi gila bila waktu pagi dan petang. Bila waktu tengahari yang meriah sikit. tapi sekejap je lah. Bagi family kembangan aku belah ayah pula, tak semua berkumpul bersama, semua ada family masing-masing untuk beraya di kampung belah bini. Hanya terdapat Family Mak andak, Mak Teh, Pak Ucu, Pak Ngah. Manakala Family Pak Lang, Pak Uda beraya belah bini.

Makanan? tak payah story dekat sini. Makanan of cos have delicious and marvelous dish kat sini. Especially Mama masak. superb! lepas itu beraya rumah Nenek makanan dia super-superb! semua rendang ada, berwarna-warni dan beraneka rendang serta ketupat made by Mak andak, mewarisi bakat arwah Nenek yang suka menganyam ketupat. tiba-tiba syahdu bila teringat waktu aku kecik-kecik, sewaktu arwah nenek dan atuk ada. Apa-apapun Moga roh mereka ditempatkan dengan Orang-Orang yang Beriman. Amin :)


Dah 'takmo' cerita banyak-banyak, aku akan selingkan sekali gambar-gambar kenangan. CEKIKDAUT :)

awal-awal dah gambar si Nonet ni.

"selamat Hari raya ayah, mohon ampun segala kesalahan mia dan selamat Hari lahir dan Doakan mia berjaya kelak dan akhir sekali mia doakan ayah semoga panjang umur dan murah rezeki" - AMIN

eksited tau dapat duit ghaye :)

my mom ever :)
  
ni keturunan Suhaimi dari anak sampailah ke CICIT :) subur belaka kan? haha

yang ini adalah half of Nazir's generation. 
(gambar atas  semasa berada dirumah Nenek dan di bawah sewaktu abang ke-5 ada sebelum dia membongkang atas katil )
tahun ini, aku lari tema ! Percaya atau tidak, raya tahun ini aku tak ada baju raya disebabkan aku sibuk kerja memanjang sampai tak ada masa nak beli baju raya. Kalau keluar, baju raya yang aku cari tapi baju lain yang aku dapat. bagus kan? haha

"disetiap gambar ada lagu" ini Yuna kata tapi aku kata bagi gambar ini "disetiap angpow ada Nama aku"

lepas sahaja beraya rumah nenek, balik je rumah mama dah bising sebab aku belum lagi packing barang untuk aku bertolak ke Sabah 1 September ini. Punyalah malas sebab banyak lagi barang dalam list aku yang belum di settlekan. How come aku nak packing kalau banyak lagi barang belum beli? Ini adalah antara list barang yang perlu aku bawa.





baguskan ejaan semua tunggang terbalik disebabkan hampir setengah tahun tak belajar. Ini kena masuk kelas mengeja dan membaca balik ni. Yang telah di tick tu kira aku dah settle lah, cuma banyak lagi rasanya aku belum list kan lagi. BANYAK MEH?

malam pada hari raya pertama, Mak teh ajak main bowling, memang best kan aktiviti family aku ni? *buat muka annoying.
bersama Kakak Ipar kepada abang kedua :)


bakal assistant aku, NUR SAFIRAH HANNA.

with my only dad :) PAKCIK NAZIR. today is his birthday :)

Faiez Farhan, aku banyak berdendam dengan budak ni ! siap kau!


adik saudara aku, Nur Hidayah. masa dia kecik-kecik, aku selalu jaga dia, tukar pampers dia, mandikan dia, cuci 'o'ook' dia and everything. sebab aku rapat dengan Ummi dia yakni Mak Teh aku :)

Mula-mula aku excited lah juga tapi bila dah main, aku dah pancit awal-awal dan tempat aku diganti oleh ayah. Sangat bosan, dan bosan yang melanda ini aku isi dengan makan!


Pada hari raya kedua, mula-mula ayah ajak beraya ke rumah saudara di Kuala Lumpur. Punyalah manis janji-janji ayah kepada kami semua, lastly, ayah got work to do meh. So dengan rasa rendah hati aku ajak Abang kelima aku untuk keluar temankan aku beli barang. Bagai orang ngantuk disorongkan bantal, rupa-rupanya abang ada planning dengan Tunangnya serta family nya untuk keluar tengok wayang di Alamanda. Even alamanda bosan dan banyak kedai yang tutup, tapi yang penting wayang tak tutup! Pilihan movie yang saya pilih untuk kami tonton beramai-ramai adalah SAM


arahan sulung dari Syafiq Yusof. Sama baya seyh dengan aku. Salute gila dengan dia. :)


cerita boleh tahan lah juga, cuma pening sikit dengan jalan cerita dan fotografi dia. tapi yang penting SUPERB sebab buat aku pening :)

Habis je tengok cerita ni, ummi kepada Bakal Kakak Ipar aku tak habis-habis story pasal jalan cerita ini dan aku rasa fun gila keluar dengan mereka-mereka :)

Ini adalah Bakal kakak Ipar saya yang akan dikahwinkan bersama abang kelima saya pada 10.11.12 ini :) 

bersama keluarga bakal BIRAS aku :)

bakal masuk keluarga ini yang belah hujung sebelah Kanan.



Ini adalah Bakal Biras aku. Layan juga aku dengan mereka :)

oh finally, siap juga aku update entry kali ni. Lagi sekali, aku nak ucapkan selamat Hari raya mohon maaf zahir dan Batin, dan pada raya kali ni sepecial sikit sebab Ia Jatuh pada hari Lahir ayah aku :)
Oklah, SELAMAT HARI RAYA . teng teng teng teng teng tereng teng :) kebabooomm !
love,
Mnns


Thursday, August 2, 2012

our dream comes true.

Assalamualaikum kalian, bertemu kita kembali. Maaf sudah lama kita tidak berborak sakan bukan? *ayat cliche . Oklah, sedar tak sedar dah hampir 2minggu ummat Islam menyambut bulan yang mulia ini dan dah masuk fasa ke-2 kita di bulan yang penuh keberkatan ini kan? so amacam terawikh? berapa hari kita sudah dapat lakukan?
ok, aku mengaku masuk semalam baru 4 hari aku lakukan terawikh ini. Sadis bukan? aku terlalu sibuk dengan kerja yang tidak menentu, dan setelah aku berhenti kerja PSF minggu hadapan, Insyaallah akan aku teruskan melakukan Terawikh untuk mengejar keberkatan dariNYA. awesome kan ayat aku?

Semalam, Alhamdulillah, impian kami untuk mengerjakan terawikh di Masjid Sultan Mizan atau nama saintifiknya adalah masjid besi terletak di Putrajaya. :) Keinginan kami ni terhalang disebabkan salah satunya adalah aku sibuk kerja dengan jadual yang pack. Kesian wafaa dan Dora selalu sahaja mengalah :) terima kasih girlpreng :)



Inilah masjid yang aku katakan itu, indah kan?


tapi sebelum terawikh kami berbuka dahulu di tasik berhampiran Masjid Besi ini :) sangat menarik sekiranya makan makanan yang di beli di bazaar ramadhan dan makan diatas rumput yang menghijau sambil menikmati keindahan tasik buatan di Putrajaya. Even cuaca sejak kebelakangan ini panas disebabkan jerebu, ia tidak menghalang segala keindahan Allah yang terbentang luas di mata kita :)  *hiperbola bukan ayat kali ni?

Ini adalah kegiatan berbuka kami semalam. Sebenarnya tiada tempat yang menarik untuk kami duduk goyang kaki sambil makan seperti yang aku nyatakan diatas tadi. Itu hanyalah angan-angan akan tetapi kekangan masa dan tempat membuatkan kami main 'rembat' makan di sini.

Walau apa-apa pun, kami sangat bersyukur sebab dapat berbuka dengan apa yang ada. Makanan yang dibeli di bazaar pun sedikit sebab kami datang lewat ke Bazaar dan di sebabkan itu banyak gerai makanan tutup -_-" kasihan.



kami hanya makan char kuew tieuw dan ada side dish lagi, tapi aku tak berapa tahu apa nama makanan tu. -_-"




selepas makan, kami bergerak pantas sambil tercungap-cungap keletihan menaiki tangga menuju ke tempat wuduk dan tempat solah wanita . tidaklah berapa pantas hanya cukup sehabis langkah kaki supaya dapat mengejar waktu maghrib yang masih bersisa. :)

Kami hanya sempat melakukan 8 rakaat beserta witir disebabkan Dora mahu cepat pulang untuk menjemput Ibunya yang pulang dari kerja. Tapi sebelum tu kasi cekik daut beberapa keping gambar.

dari kiri : Dora, Me, Wafaa


ehem-ehem :)

busy bukan budak 2 ekor ni? aku panggil buat tak layan je :) 

wafaa using UMS bag means even dia UNIMAS punya budak later, dia sayangkan UMS :D

Dora sentiasa senyum tatkala camera menerjah ke muka dia :)

dan aku, tetap dengan senyuman cover dengan perasaan 'bangga' menjinjing beg UMS :)


lastly, masih tak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat berpuasa bagi ummat Islam yang mengerjakan nya. Semoga kita mendapat keberkatan dari Tuhan Yang Esa di setiap apa yang kita lakukan di Bulan yang penuh Mulia ini dan Semoga kita dijauhkan daripada segala nafsu yang bisa merosakkan diri kita dari melakukan perkara-perkara mazmumah serta kita menjadi Insan yang terbaik dari yang baik semasa Ramadhan dan selepas ini. AMIN.

happy ramadhan to all muslim region,
MNNS