geng maen pasir saya ! TQ :)

Friday, July 6, 2012

let me introduce the best Steak House .

Assalamualaikum, lama kita tak berbicara bukan? Hai maklumlah, bermacam-macam dugaan aku tempuhi terutamanya Laptop aku rosak dan memerlukan kos perawatan yang tinggi untuk merawatnya. Tapi aku yakin sebanyak mana dugaan yang Allah bagi dekat Ummatnya adalah mengikut kemampuan ummatnya juga bukan? dan Alhamdulillah, segalanya aku dapat settlekan cuma a few problem aku tak dapat nak lari. Apa itu? Biarlah ianya menjadi rahsia. eceh ! marah Siti ambil tagline dia.

Cakap pasal Steak House, sebenarnya aku kurang gemar makanan Barat ni tapi jika tekak mula rasa 'mengada-ngada' ibarat dah lupa dimana Bumi dipijak, memang lah aku akan cari Steak House yang aku rasa aku mampu. Bila difikir-fikir balik, aku ni gemar bebenor makan dekat tempat yang murah dan ramai dan lama menunggu tu iaitu H.R Steak House, tapi memandangkan tempat berkenaan sangat jauh dari rumah aku dan memandangkan aku ni setiap hari 'busy' memanjang maka aku sudah TERperasan ada satu Steak House yang hampir sama dengan H.R Steak House dekat Daerah Kajang ni. Cuma perbezaan dia cuma restoran ni takkan biarkan customer menunggu lama. baguskan?

Nama Steak house tersebut adalah Austin Steak House. Nak cari dia mudah sahaja. Ok, cuba tanya Mr. Google Maps kita ni. pasti dia dapat jawab dengan melalui Satelit. heee
Tapi apa-apa pun, kita semua mampu malah ada yang terlebih mampu makan disini. Harganya boleh tahan jugalah, tak semahal dan semurah. haaa Acane tu Mia? Acantuuu lah!

Disini saya sertakan sekali gambar-gambar Acane Steak House tu 'Ghupenye' :)

Lama dah tak cakap benda ni, lepas gian jap !
CEKIK DAUUTT ! heee

lihat tu. Eja nama dia betui-betui :)

Ni namanya Steak Black papper. Macam Lamb Cop kan? Ni makanan Cik Puan DORA 
* dah cik nak Puan lagi tu !

Ni Namanya Fish N Chip atau kalau aku kerja PSF, kiteorang panggil dia 'Friendship'. Nak tau sebab apa? sebab semuanya lidah pendek, nak sebut satu-satu dah tak mampu. Oh yea! Ini Aku yang punya :)

Ini macam biasalah Chicken Chop. Empunya makanan adalah Wafaa dan Ayie. Kali ini dia tak menggunakan Blackpapper sauce atau Mushroom Sauce tapi die guna hmmmm. sauce apa yea? OK ! aku tak tahu !

Ni Air aku, Carrot Milk. Gelas sebesar ini hanya berharga RM 3.00 sahaja. so Acane? memuaskan bukan? fresh juice ni tau !

ok. sampai situ sahaja aku dapat kenalkan makanan yang HANYA kami order, sebenarnya banyak lagi, tapi kami order yang familiar dulu untuk mencuba makanan disini buat kali yang pertama, kedua, ketiga, 
bla bla bla bla... heee

Kali ni layan sahaja lah gambar yang tiba-tiba aku TERupload ni. hehehe

masing-masing dengan status masing-masing. Keeeelllassss kak Jah !!

Air yang berada dihadapan Wafaa ini adalah air fresh Strawberry. Bak kata Dora, rasanya betul-betul macam yugourt. Sedap ! tapi quite sour and sweet :) 


baru dapat gaji, apa lagi? Makan lah !  hahaha

BONZER kami, sentiasa kemana jua dimana Kami berada. eceh !



-THE END-

p/s : Bila Dapat Gaji, benda pertama yang akan kami lakukan adalah 'makan'. Itu kepuasan yang tidak ternilai :)
love,
MNNS

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)