geng maen pasir saya ! TQ :)

Sunday, July 15, 2012

keputusan UPU ? tolong aku !

Assalamualaikum, pertama sekali aku nak bersyukur ke Khadrat Ilahi sebab akhirnya Cita-cita aku untuk sambung degree tercapai. Keputusan yang boleh dikatakan separuh 'tak terima' aku disebabkan 1 perkara iaitu :

disebabkan aku di campak jauh ke Sabah tapi aku gembira disebabkan kos yang aku suka iaitu kos ekonomi. Kos tersebut merupakan kos yang menjadi pilihan kedua aku sewaktu aku mengisi borang UPU online.


akan tetapi aku terasa berat untuk pergi ke sana disebabkan jarak yang luar dari kawasan semenanjung Malaysia. Pada awalnya aku happy dan sujud syukur juga bila dapat tahu rakan aku Fatimah juga dapat kos dan Universiti yang sama dengan aku akan tetapi Beliau seakan-akan berat hati untuk pergi ke sana dan sanggup memohon IPTS yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Reaksi family?
Tipulah kalau aku cakap mereka tak sedih dan tak setuju, tapi aku seboleh-bolehnya memberikan kata-kata positif supaya mereka mempercayai aku dan akhirnya mereka terima dengan hati yang terbuka. Abang-abang pula benar-benar tak setuju, mereka sekeras-kerasnya suruh aku tukar Universiti yang berada di Semenanjung. Tapi lain pula dengan abang aku yang pertama, lebih suka aku stay kat sana sebab dia boleh bercuti. haaa? bercuti? kesian betul aku !

pengalaman?
Memang ku akui, jauh berjalan luas pengalaman. Tapi aku berat untuk pergi kesana pada hari-hari yang makin hampir ini. lain pula ceritanya sewaktu awal-awal aku dapat tahu aku berada di Universiti ni. Masa tu aku seredha-redha nya menerima apa yang Allah berikan kepada aku. Tapi kenapa sekarang aku seperti berat hati tatkala aku mendapat tahu ramai rakan-rakan ku apply tukar UNIVERSITI?

ikut kawan?
Tipulah kalau aku kata aku tak ikut kawan. tapi bukan takat itu sahaja alasan nya, tapi disebabkan kesusahan untuk pulang bercuti. Aku risau akan keluarga aku andai kata keadaan family aku tanpa luar jangkaan aku.

Ya Allah, aku betul-betul keliru dengan keadaan aku ni. Banyak sangat nasihat orang terdekat aku berikan tapi hampir keseluruhan jiwa aku melayang waktu nasihat tu diberikan. Aku patut solat Istikharah untuk mohon petunjuk dari-NYA . dan aku juga perlukan sokongan dari kalian semua . Patutkah aku tukar Universiti sedangkan disana, tidak ada kos yang serupa dengan kos aku ini? atau mungkin aku patut 'stay' di UMS untuk cuba belajar menimba pengalaman dan kawan baru?

tapi, aku dah pun terima tawaran tersebut,


adakah Ini bermakna aku tak dapat menukar Universiti ? atau aku lepaskan keputusan ini dan menunggu rayuan pertukaran universiti ? Ya Tuhan, aku betul-betul keliru.

" Ya Allah, berikan aku petunjuk dari-MU untuk aku membuat keputusan ini. "

Mnns

6 comments:

  1. hye! saya pun budak ums..rase nak pindah jer

    ReplyDelete
  2. akak....mohon ums...pointer akak bape?....terok tak belajar sanaa...sy nk mohon ums keusahawanan tapi keliru nk g sana ke tak takot xmampu lakkk....pointr sy ckp2 3.oo je

    ReplyDelete
  3. akak pointer bape ekkkk...law nk mohon ums...ok tak bape sana? kos tinggi n mahal tak..?
    law pointr ckup2 3.00 leh dpt tak....pleas akannn tlog....

    ReplyDelete
  4. akak....mohon ums...pointer akak bape?....terok tak belajar sanaa...sy nk mohon ums keusahawanan tapi keliru nk g sana ke tak takot xmampu lakkk....pointr sy ckp2 3.oo je

    ReplyDelete

tinggalkan pesan anda disini :)