geng maen pasir saya ! TQ :)

Wednesday, May 30, 2012

OoMmGee !!

Assalamualaikum, hai bertemu kita kembali dalam belog yang serba carca-marba ini. Entry kali ini aku nak cerita tentang seorang customer yang gentleman hari ini.  Hari ini dekat PSF, tersangatlah busy, hai maklumlah pekerja kerajaan mahupun swasta dah dapat gaji, so belanjalah rakan, keluarga, pakwe,makwe,bini dan anak-anak keluar makan, Dan tempat yang menjadi 'mangsa' adalah Pizza San Fransisco yakni tempat dimana aku bekerja. Nak menjadikan cerita, sewaktu aku sedang sibuk mengelap meja kosong, tiba-tiba ada sekumpulan manusia bercampur lelaki dan juga perempuan, tapi kali ini perempuan yang memanggil aku dengan panggilan 'kakak'.

Aku pun pergilah menghadap mereka dan perempuan tu meminta sos chili dan aku pergi mengambilnya dan beri sos cili berkenaan kepada sekumpulan manusia itu. Tiba-tiba seorang perempuan antara mereka memberitahu bahawa rakan mereka yakni lelaki memberitahu yang aku comel dan ingin berkenalan dengan aku. Alhamdulillah, masih bergetah juga aku ni! hahah. Aku pun mengucapkan syukur dan berlalu pergi sebelum muka aku bertambah merah dengan jerawat yang masih melekat di sebelah pipi. Yang ini tidaklah begitu gentleman yang aku idamkan. takpe-takpe muka macam budak-budak.

kes 2 hari yang sama. tapi kali ini sangat gentleman. Jejaka ini bersama rakan-rakan nya mengahadiri mesyuarat di meja exclusive di PSF ini sehinggalah restoran ini ditutup. Ketika mereka semua bersurai, aku tengah membaham Aglio-Olio dengan gelojohnya. Tiba-tiba ada jejaka tersebut menegurku, dan dengan keadaan terkejut aku terus menghadap jejaka tersebut dengan tidak mengelap mulut kesan  daripada minyak  pasta tersebut.

Jejaka : Hai.
me: yea. Hai
Jejaka : Boleh saya tahu nama awak siapa?
me : Mia
Jejaka : Umur berapa?
me : 20
Jejaka : masih belajar atau tak belajar lagi kan?
me : eh! taklah, baru lepas STPM tengah tnggu result UPU, kenapa yea?
Jejaka : ok. Ini saya ada tulis nama dan No telefon saya. Saya Nak kenal awak dengan lebih dekat. Kalau awak sudi call lah saya. Ada Benda saya nak cakap.
me : Haa?
Jejaka : Jangan Lupa call saya yea. Penting !
me : (tercengang) haa?
Jejaka : Jangan Lupa ok. Saya pergi Dulu ! Oh ! mulut tu comot . (senyum)
me : ohh. Ok. Thank You.
Seriusly, Ini betul-betul buat muka aku merah darah. Sampaikan Staf-staff yang lain tanya aku kenapa. Aku pun cakaplah. dia bagi no.phone kat aku. Dorang pun apa lagi? tak habis-habis mengusik.
Memang aku ada cakap dekat wafaa " Kan Best kalau ada seorang lelaki be gentle terus pergi dekat kita bagi no.phone dia. "

Aku tak sangka, ia terjadi dekat aku dengan situasi yang agak memalukan iaitu mulut comot berminyak. Lagi satu, aku cakap macam tu sebab siapalah aku, bukanlah seorang yang hot lagi meletop nak orang datang kat aku minta no telefon, passing no telefon dekat aku. Aku sedar aku macam mana * pergh! ayat nak berbaur touching memanjang


Nak tengok apa jejaka tu bagi dekat aku?




Nama dia Azam. Aku tak tahu umur dia berapa. Dia bagi aku tisu PSF bersama dengan butiran nya sekali. Kalau dia bagi aku tips RM10 takpe gak. boleh aku pertimbangkan. hahaha. gurau-gurau.

Oklah. itu je lah cerita yang aku nak story kat sini. Aku nak sambung balik tengok cerita 3 idiots :)

wasalam,
Mnns

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)