geng maen pasir saya ! TQ :)

Tuesday, May 8, 2012

He is my hero for today. I guess :')

Assalamualaikum. hari ini aku tak tahulah. Aku tak boleh nak cakap hari ini malang, sebab semua adalah rancangan Allah untuk kita. Seandainya kita ditimpa musibah itu Allah hendak menguji kita dan Dia sayangkan kita. Tapi aku hendak beritahu bahawa hari ini Allah tunjukkan aku seorang insan yang buat aku sakit hati! Aku takkan berdendam dengan dia akan tetapi aku akan cuba jauhkan diri aku supaya tidak bergurau/ bercakap dengan dia. tak perlulah aku bagitahu namanya. Biarlah warga Pizza tahu siapa insan tersebut. Akan aku gelarkan dirinya 'headchef '.

Ceritanya bermula apabila aku dikehendaki menjaga tempat take out makanan atau warga sini memanggilnya DOOR. Jika ada 'order in' aku dikehendaki memberitahu budak kitchen tentang makanan apa yang menjadi 'order' customer. Punyalah kelam-kabut aku di DOOR disebabkan ramai customer dan banyak order in. Manakala di kitchen jangan cakaplah. Ada diantara mereka yang membuat kerja dan ada antara mereka yang 'buat-buat' ada kerja. Disebabkan aku kelam-kabut membuat brownies, aku tak tahu yang ada orang take over tempat aku dan menyerahkan 'Santa Barbara' kepada customer tanpa 'memotong' order tersebut di kertas menandakan bahawa makanan tersebut sudah sampai kepada customer tanpa pengetahuan aku. Manakala aku pula menyuruh budak kitchen membuat 'Santa Barbara' disebabkan didalam kertas order tinggal yang satu itu belum dipangkah.

Lalu, makanan tersebut dihantar kepada meja no.5 akan tetapi customer tu cakap dia sudah mendapatkannya. ia sangat menimbulkan 'kehairanan' pada aku. Lalu, makanan tersebut di cop sebagai KESALAHAN aku disebabkan terlebih order. Fine! aku mengaku salah! Lalu, headchef pun kata yang aku PERLU membayar makanan tersebut ! harganya adalah RM29.80 akan tetapi aku dikehendaki membayarnya RM19.80. Headchef tu siap sound aku depan customer yang nak bayar bil makanan. Aku manusia yang buat silap. Aku akui itu kesilapan aku. Aku ingat headchef tu bergurau, tetapi nada dia ada sedikit gurau + marah. Even bahasa yang digunakan tidak kasar akan tetapi ia membabitkan maruah aku dihadapan customer. "macamlah aku tak boleh bayar" pleasee. cakap elok-elok lah wahai abang R_____ -_-

semasa dia sedang mengira discount makanan tersebut utk aku bayar, Firdaus atau Daus dan Abang Zali menyuruh aku supaya "Jangan Bayar". Akan tetapi headchef tu menyuruh aku membayarnya sekarang! Lalu aku berlalu menuju ke Locker untuk mengambil duit, Tiba-tiba Daus selaku manager disitu memberitahu headchef yang DIA AKAN SIGN dan membayarnya menggunakan 'elaun shot order'. Masa tu aku betul-betul terharu !

Akan tetapi semasa mereka tengah sibuk bising akan hal yang satu itu, aku mengambil tindakan untuk duduk di tempat ready cutleries dan side plate atau key-in order sebab malas nak dengar momokan dari headchef tu. Aku mengambil tindakan berbuat begitu supaya dapat cover daripada dilihat oleh staff lain yang aku ni menangis. Sumpah! aku tak dapat tahan sebak bila dia sound aku depan staff dan customer lain dan satu hal yang membuat aku menangis adalah terharu bila semua staff pujuk aku especially Daus, Kak Mira, Abang Zali dan Kak Ema.

Tiba-tiba, headchef tu datang kat aku dengan tersenyum serta bermuka innocent dan berkata

" Mia, takkan nangis kod? Daus dah back up dah pun. Relax lah"


Aku meluru ke computer key-in order yang berada disebelah dan menangis desebabkan perasaan GERAM yang teramat sangat kepada dia! Dan tiba-tiba Kak Mira datang dan bawa aku keluar dari Restoran tu. lalu Kak Ema menyusul mendekati kami. Dan mereka mula menceritakan perangai buruk headchef tu yang suka membuat staff lain bengang dan menangis seperti mana yang aku kena. Bermacam-macam kata-kata semangat yang mereka beri supaya aku tetap tabah dan melawan akan setiap kata-kata dan perbuatan yang dia akan lakukan selepas ini. GO MIA :')

Bila aku masuk balik ke restaurant tu, of cause mata dan hidung akan menjadi merah selepas nangis, dan headchef tu pandang dan mula nak 'baik' dengan aku. Aku cuba jauhkan diri sebab perasaan marah yang berkepuk didalam hati aku masih membara dan hangat lagi terhadap dia . Dan tiba-tiba Daus dan Wan memanggil aku dan menyatakan 


" Mia jangan nangis, tak comel dah rupa tu, Lain kali kalau R____ tu buat camtu lagi, panggil aku. Dah jangan nangis eh? Biasalah tu R_____ tu memang macam tu. Aku banyak kali kena masa awal-awal jadi waiter dulu. Lagipun kalau salah order mana kena bayar, sign je ! "


Masa tu aku hampir 'terpeleeooot' dan hampir jatuh hati kat dia. Hampir kay! Belum jatuh hati lagi :) tapi memandangkan dia aku ibaratkan macam abang dan rakan sekerja aku yang SANGAT baik even pangkat dia lebih besar dari aku, dia tak pernah sombong. Seriously, dia sangat baik! actually, dekat semua staff dia baik. :)

Then Abang Zali pun melakukan hal yang sama seperti Daus lakukan iaitu pujuk aku. Aku tak memerlukan simpati. Tapi seriously, staff kat sini memang THE BEST. Aku takkan lupa mereka :') Balik kerja tadi Abang Zali tolong packing kan air COLD CHOCOLATE utuk aku. terharu sangat dan bila aku sampai rumah aku terima mesej dari Abang Zali

"A,slmkum, lain kali jgn nangis lagi tau, tak cantik. hehe "


ok fine! aku tak nangis pun memang rupa aku tak cantik. Dorang ni memang pakar ambil hati orang tau!
Terima Kasih Warga PSF, DAUS as my hero for today, Kak Mira dan Kak Ema as my adviser, Wan and Balqis. :) Lepas ni maybe aku takkan take over DOOR lagi untuk beberapa hari ini. Insyaallah. I will take it as lesson from my mistake . Sorry.

Mnns

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)