geng maen pasir saya ! TQ :)

Saturday, May 12, 2012

Allah menyanyangi kamu KWM

Assalamualaikum :) Wahai rakyat jelata sekalian, hari ini aku nak beritahu bahawa pada hari ini yang merupakan 12 MEI 2012 adalah hari lahir sahabatku Khairul Wafaa Bt Mahfodz. Sempena hari lahirnya, aku nak post satu entry yang begitu bernilai untuknya salah satu sebabnya adalah kerana beliau memaksaku post entry istimewa untuknya. Ok Wafaa Mahfodz?

Nama sahabat aku ini Khairul wafaa, panggilan yang selalu aku berikan adalah samdol, badigol dan sebagainya. Hai maklumlah, dia pun gelar diri aku ni bermacam-macam. Aku kira baiklah gelar dia yang comel-comel. Dia pun terima dengan hati yang redha. Wafaa ni aku kenal dia sewaktu aku Tadika tapi sewaktu itu aku tidak berapa kenal sangat dengan minah sombong ni. 
dah sewaktu sekolah rendah kami ada sekolah bersama akan tetapi sewaktu itu kami tidak lagi begitu rapat disebabkan KESOMBONGAN si samdol. hahaha
Kami mula rapat sewaktu berada di sekolah menengah Jalan Bukit, Kajang. Mungkin jodoh kami kuat dan kami sama-sama melangkah ke Tingkatan 6 di sekolah yang sama iaitu SMK Kajang Utama. Start dari situ kami bersama ke sekolah, dari menaiki motorsikal sehingga aku dapat lesen kereta dan sampai sekarang masih dengan Ferrari kontot kemana sahaja. Alhamdulillah. Pelbagai dugaan kami lalui bersama misalnya excident motor bersama, Hujan Basah bersama-sama, kena Ngorat atas motor bersama-sama dan sebagainya. Selain Fatimah Sinwan, dia lah yang selalu memanaskan punggung di motor ku dan kereta ku.

Alhamdulillah, kami masih bersama sehingga ke alam pekerjaan. Sekarang ni Wafaa sudah menginjak umur ke angka 2 di hadapan iaitu 20 tahun pada hari ini. dan tinggal aku yang masih belasan tahun bersama Fatimah . Alhamdulillah, Allah menyanyangi Wafaa kerana memanjangkan umurnya dan masih lagi dapat berbakti pada keluarga .


Pesanan aku untuk si samdol ini : Aku harap kita dapat mengekalkan hubungan persahabatan ini selamanya dan mendoakan semoga kau sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta. Ingatlah bahawa ramai yang sangat sayang akan kau samdol. Jangan lah bersedih kerana kau sentiasa dikelilingi orang yang baik dan Janganlah bersedih kerana 'dia' yang mengkhianati kau kerana kau berpeluang untuk berdiri semula demi masa depan kau yang belum terlunas. Aku berharap kita dapat mengejar cita-cita dan impian 'mat jenin' kita yang masih lagi belum terlunas iaitu menulis novel dan membuka gerai . Semoga Allah memberkati hidup mu Khairul Wafaa . Aku sentiasa sayang dan percaya kau walau apa pun terjadi sebab aku adalah SAHABAT kau yang akan merasa susah bila kau kesedihan dan akan merasa gembira bila kau bahagia.



ILOVEYOUsoomuch! ---> Khairul Wafaa Bt Mahfodz

"Terima kasih kerana kau sentiasa ada untuk aku di kala apa juga menimpa aku. Kau juga sentiasa akan buat aku ketawa dan sentiasa akan gelak bila aku cuba untuk menceriakan suasana. Terima Kasih KWM "



love,
Mnns

2 comments:

tinggalkan pesan anda disini :)