geng maen pasir saya ! TQ :)

Wednesday, May 30, 2012

OoMmGee !!

Assalamualaikum, hai bertemu kita kembali dalam belog yang serba carca-marba ini. Entry kali ini aku nak cerita tentang seorang customer yang gentleman hari ini.  Hari ini dekat PSF, tersangatlah busy, hai maklumlah pekerja kerajaan mahupun swasta dah dapat gaji, so belanjalah rakan, keluarga, pakwe,makwe,bini dan anak-anak keluar makan, Dan tempat yang menjadi 'mangsa' adalah Pizza San Fransisco yakni tempat dimana aku bekerja. Nak menjadikan cerita, sewaktu aku sedang sibuk mengelap meja kosong, tiba-tiba ada sekumpulan manusia bercampur lelaki dan juga perempuan, tapi kali ini perempuan yang memanggil aku dengan panggilan 'kakak'.

Aku pun pergilah menghadap mereka dan perempuan tu meminta sos chili dan aku pergi mengambilnya dan beri sos cili berkenaan kepada sekumpulan manusia itu. Tiba-tiba seorang perempuan antara mereka memberitahu bahawa rakan mereka yakni lelaki memberitahu yang aku comel dan ingin berkenalan dengan aku. Alhamdulillah, masih bergetah juga aku ni! hahah. Aku pun mengucapkan syukur dan berlalu pergi sebelum muka aku bertambah merah dengan jerawat yang masih melekat di sebelah pipi. Yang ini tidaklah begitu gentleman yang aku idamkan. takpe-takpe muka macam budak-budak.

kes 2 hari yang sama. tapi kali ini sangat gentleman. Jejaka ini bersama rakan-rakan nya mengahadiri mesyuarat di meja exclusive di PSF ini sehinggalah restoran ini ditutup. Ketika mereka semua bersurai, aku tengah membaham Aglio-Olio dengan gelojohnya. Tiba-tiba ada jejaka tersebut menegurku, dan dengan keadaan terkejut aku terus menghadap jejaka tersebut dengan tidak mengelap mulut kesan  daripada minyak  pasta tersebut.

Jejaka : Hai.
me: yea. Hai
Jejaka : Boleh saya tahu nama awak siapa?
me : Mia
Jejaka : Umur berapa?
me : 20
Jejaka : masih belajar atau tak belajar lagi kan?
me : eh! taklah, baru lepas STPM tengah tnggu result UPU, kenapa yea?
Jejaka : ok. Ini saya ada tulis nama dan No telefon saya. Saya Nak kenal awak dengan lebih dekat. Kalau awak sudi call lah saya. Ada Benda saya nak cakap.
me : Haa?
Jejaka : Jangan Lupa call saya yea. Penting !
me : (tercengang) haa?
Jejaka : Jangan Lupa ok. Saya pergi Dulu ! Oh ! mulut tu comot . (senyum)
me : ohh. Ok. Thank You.
Seriusly, Ini betul-betul buat muka aku merah darah. Sampaikan Staf-staff yang lain tanya aku kenapa. Aku pun cakaplah. dia bagi no.phone kat aku. Dorang pun apa lagi? tak habis-habis mengusik.
Memang aku ada cakap dekat wafaa " Kan Best kalau ada seorang lelaki be gentle terus pergi dekat kita bagi no.phone dia. "

Aku tak sangka, ia terjadi dekat aku dengan situasi yang agak memalukan iaitu mulut comot berminyak. Lagi satu, aku cakap macam tu sebab siapalah aku, bukanlah seorang yang hot lagi meletop nak orang datang kat aku minta no telefon, passing no telefon dekat aku. Aku sedar aku macam mana * pergh! ayat nak berbaur touching memanjang


Nak tengok apa jejaka tu bagi dekat aku?




Nama dia Azam. Aku tak tahu umur dia berapa. Dia bagi aku tisu PSF bersama dengan butiran nya sekali. Kalau dia bagi aku tips RM10 takpe gak. boleh aku pertimbangkan. hahaha. gurau-gurau.

Oklah. itu je lah cerita yang aku nak story kat sini. Aku nak sambung balik tengok cerita 3 idiots :)

wasalam,
Mnns

Saturday, May 12, 2012

Allah menyanyangi kamu KWM

Assalamualaikum :) Wahai rakyat jelata sekalian, hari ini aku nak beritahu bahawa pada hari ini yang merupakan 12 MEI 2012 adalah hari lahir sahabatku Khairul Wafaa Bt Mahfodz. Sempena hari lahirnya, aku nak post satu entry yang begitu bernilai untuknya salah satu sebabnya adalah kerana beliau memaksaku post entry istimewa untuknya. Ok Wafaa Mahfodz?

Nama sahabat aku ini Khairul wafaa, panggilan yang selalu aku berikan adalah samdol, badigol dan sebagainya. Hai maklumlah, dia pun gelar diri aku ni bermacam-macam. Aku kira baiklah gelar dia yang comel-comel. Dia pun terima dengan hati yang redha. Wafaa ni aku kenal dia sewaktu aku Tadika tapi sewaktu itu aku tidak berapa kenal sangat dengan minah sombong ni. 
dah sewaktu sekolah rendah kami ada sekolah bersama akan tetapi sewaktu itu kami tidak lagi begitu rapat disebabkan KESOMBONGAN si samdol. hahaha
Kami mula rapat sewaktu berada di sekolah menengah Jalan Bukit, Kajang. Mungkin jodoh kami kuat dan kami sama-sama melangkah ke Tingkatan 6 di sekolah yang sama iaitu SMK Kajang Utama. Start dari situ kami bersama ke sekolah, dari menaiki motorsikal sehingga aku dapat lesen kereta dan sampai sekarang masih dengan Ferrari kontot kemana sahaja. Alhamdulillah. Pelbagai dugaan kami lalui bersama misalnya excident motor bersama, Hujan Basah bersama-sama, kena Ngorat atas motor bersama-sama dan sebagainya. Selain Fatimah Sinwan, dia lah yang selalu memanaskan punggung di motor ku dan kereta ku.

Alhamdulillah, kami masih bersama sehingga ke alam pekerjaan. Sekarang ni Wafaa sudah menginjak umur ke angka 2 di hadapan iaitu 20 tahun pada hari ini. dan tinggal aku yang masih belasan tahun bersama Fatimah . Alhamdulillah, Allah menyanyangi Wafaa kerana memanjangkan umurnya dan masih lagi dapat berbakti pada keluarga .


Pesanan aku untuk si samdol ini : Aku harap kita dapat mengekalkan hubungan persahabatan ini selamanya dan mendoakan semoga kau sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta. Ingatlah bahawa ramai yang sangat sayang akan kau samdol. Jangan lah bersedih kerana kau sentiasa dikelilingi orang yang baik dan Janganlah bersedih kerana 'dia' yang mengkhianati kau kerana kau berpeluang untuk berdiri semula demi masa depan kau yang belum terlunas. Aku berharap kita dapat mengejar cita-cita dan impian 'mat jenin' kita yang masih lagi belum terlunas iaitu menulis novel dan membuka gerai . Semoga Allah memberkati hidup mu Khairul Wafaa . Aku sentiasa sayang dan percaya kau walau apa pun terjadi sebab aku adalah SAHABAT kau yang akan merasa susah bila kau kesedihan dan akan merasa gembira bila kau bahagia.



ILOVEYOUsoomuch! ---> Khairul Wafaa Bt Mahfodz

"Terima kasih kerana kau sentiasa ada untuk aku di kala apa juga menimpa aku. Kau juga sentiasa akan buat aku ketawa dan sentiasa akan gelak bila aku cuba untuk menceriakan suasana. Terima Kasih KWM "



love,
Mnns

Friday, May 11, 2012

welcome to FORM 6 :)

Assalamualaikum. Actually semalam sepatutnya aku nak post tapi memandangkan kepenatan yang melampau membuatkan penyakit 'M' aku mula bertindak. Semalam iatu pada 11 mei 2012, cikgu-cikgu yang baik hati lagi dihormati sudi menjemput kami untuk mengemudi program orientasi untuk lower 6 di Sekolah Tercintaku iaitu Sekolah Menengah Kajang Utama. Alhamdulillah, segala ilmu dan manfaat serta pengajaran telah kami sampaikan kepada mereka. Aku tidaklah banyak sangat pengetahuan yang boleh dikongsi bersama cuma aku ada beri pelajaran dan pengajaran sepanjang aku di Tingkatan 6 supaya mereka tidak menjadi seperti aku yakni sifat 'M' aku sewaktu aku berada di Lower 6. Bahaya betul kalau dorang tiru cara aku yang banyak terpesong apabila belajar.

Oklah, ayuhlah kita CEKIK DAUT gambar-gambar yang sempat aku rakamkan :)

hai, selamat pagi cahaya :)

sesi perbincangan tentang aktiviti bersama lower 6

them (dora, hanif, megat )


melompat lagi 

senyum di pagi hari itu kan menaikkan seri muka :)


makwe (wafaa dan fatimah )

khatijah memperkenalkan lotion untuk hidungku yang kerap terkelupas. Biasalah produk Herbalife :)


melompat lagi

Ini adalah bakal-bakal menduduki Tingkatan 6 sesi 2012/2013 dan ada antara mereka hanya menjadi 'tetamu' kerana tidak berkenan dengan Tingkatan 6 yang dianggap 'susah' disebabkan sistem Modular.

Cikgu kaunselor. Puan Haslinda yang comel ini akan in charge aktiviti kali ini.

dimulakan dengan ucapan Bekas President MPPU 2011, Cik Dora kita.

seterusnya ucapan atau salam perkenalan dari Tokoh Pelajar STPM 2011, Cik Anis Syafinaz

semua malu-malu.

melompat lagi


dah start dah. 

dah start menyanyi dah aku ni. PANTANG jumpa microphone :D

lepas menyanyi, aku mula lah nak makan microphone tu disebabkan aku tak breakfast pagi itu :)

lepas je puas hati, mula lah tunduk-tunduk malu.

cik Wafaa kita pula kenalkan diri :)


muka nak tahan mengantuk je kan? masa ni aku ingat wafaa cakap " akak ambil subject sama macam Kak Mia" that's why she point at me :)

barisan nasional :)

melompat lagi


masa ini aku tak tahu pasal apa -_-"

melompat lagi 

barisan gadis-gadis pingitann. awww! malu mak nyah!!

melompat lagi

maaf kabur sikit, ni juru gambar F.O.C je :)

lepas itu kami dikehendaki menyanyikan lagu sekolah di hadapan lower 6. punyalah bangga kan? actually, ada antara kami lupa akan lagu kebanggaan sekolah ini. dari gambar kita dapat lihat kan? heee


lompat lagi

kalau menyanyi lagu yang memerlukan feeling lebih mesti mata aku akan pandang atas -_-"



semangat ! Macam ni lah warga SMKKU :)



saya bangga berada di samping mereka semua :D

selepas menyanyikan lagu sekolah, Mereka diberi masa untuk makan selama 20minit sebelum melakukan aktiviti bersama ex-senior tingkatan 6 batch 2010/2011.



my girlpreng 

me and Cik Fatimah

Dora, Cikgu Haslinda dan Fatimah

alolololo :)







lepas sahaja Budak lower 6 masuk dewan selepas tamat rehat start lah sesi bersama kami .


group bersama Cik Wafaa dan Cik Dora

group bersama Cik Khatijah

dibahagian hadapan adalah group Cik Anis dan Cik Fatimah

dan Inilah Group diuruskan oleh Cik Mia dan Abang Hanif . Kami ambil side belakang sekali sebab KAMI KATAK bawah TEMPURUNG. hahaha

tamat je sesi bersama mereka dan Alhamdulillah, mereka puas dengan sesi ini, tapi tak tahu lah kan. Kami ni pun bukan arif sangat akan hal ini disebabkan kami bukan belajar menggunakan sistem MODULAR yakni semester by semester. Kami hanya mampu membantu dan biarlah mereka yang membuat keputusan. 

Dan habis sahaja aktiviti ini pada pukul 1.10pm, rezeki kami murah disebabkan kami dihidangkan makanan oleh pihak sekolah. Alhamdulillah. Perut pun dah lapar semua. tapi sebelum itu kami singgah di Bilik Guru Tingkatan 6 dan kelas-kelas tingkatan 6. Maaf mengganggu :)



sesi memanaskan perut. Alhamdulillah :)



TERIMA KASIH cikgu kerana menjempu kami :) Insyaallah, kami akan datang lagi samada cikgu memerlukan atau tidak :) Sayang untuk kami tinggalkan sekolah yang begitu bermakna da sarat dengan memori yang sangat terindah di sini. Terima Kasih.

Sebelum kami pulang kerumah kami singgah di tempat kerja rakan kami iaitu Farra Annesa di Metro Kajang dan dengan sifat slumber badak kami ini, kami dah macam buat kedai dia seperti kedai sendiri. Terima Kasih Nessa dan staff-staff yang lain kerana memahami  kepenatan yang tak dapat digambarkan :)





love,
Mnns