geng maen pasir saya ! TQ :)

Thursday, April 12, 2012

Wanita Yang Baik Akhlaknya adalah ini !


Assalamualaikum awak :) Kali ni hanya tips berguna dan berharga yang dapat saya kongsikan bersama. Ayuhlah kita praktikkan dan pertingkatkan akhlak supaya menjadi wanita yang baik akhlaknya. Insyaallah :)

cekik daut :)





1- Baik tingkah lakunya terhadap suaminya, anak anaknya, ibu bapanya, teman-temannya, tetangganya dan masyarakatnya iaitu: 
  •  Dengan suaminya bersopan santun dalam segala percakapan dan perbuatannya.
  •  Dengan anak-anaknya berbicara dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-maki dan berbahasa kasar).
  • Dengan ibu bapanya senantiasa bersopan santun dan beradab.
  •  Dengan teman-teman, tetangga dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mencaci-maki serta memfitnah.
2- Tidak jahat mulut iaitu tidak suka mengadu kepada ibu bapa, teman-teman dan 
tetangganya mengenai keburukan suaminya.


3- Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan dan ujian dari Allah serta dalam mengerjakan perintah-perintahNya.


4- Tidak terlalu berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.


5- Tidak cepat berkeluh-kesah dalam menempuh kehidupan.


6- Tidak memaksa suami untuk memenuhi semua keinginannya.

7- Memadai (redha) dengan apa sahaja pemberian suaminya.


8- Tidak suka banyak berbicara, berbicara hanya yang perlu sahaja.


9- Selalu berada di rumah.


10- Selalu berpuasa.


11- Selalu merenungkan keaiban diri.





amacam? most of the traits ni terdapat apabila bersuami / berumah tangga kan?
jadi? kahwin jom? haha
*bergurau senda sekejap :)

" bukankah mudah menjadi seorang wanita? mereka hanya perlu taat kepada Allah, Ibu bapa dan juga suami, nescaya SYURGA janji NYA. "



sumber : Eksklopedia Petua Melayu Lama 

Mnns

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)