geng maen pasir saya ! TQ :)

Friday, March 30, 2012

Gambar di bangku Tingkatan Enam.

Assalamualaikum :) entry kali ni lebih padat dengan gambar-gambar sewaktu aku di bangku persekolahan *eceh! macam dah lama je aku tinggalkan sekolah sedangkan tak sampai setahun -_-

sebelum tu, click di gambar untuk kepuasan berganda :)

cekik dautttt 




GRADUATION DAY ON 15 OCTOBER 2011
such a great day for us :)



ini pula Lembaga Pengawas sekolah aku. Semart kan? semua muka berminyak? itu yang osemm! -_-"



kali ini adalah Kelab Tingkatan 6 yang dikomersialkan sebagai MPPU (Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti 
*aiihhh. terang-terangan tertulis tu kan?



and akhirnya inilah gambar kelas saya sewaktu saya dibangku Tingkatan 6.
maaflah kualiti kurang memuaskan disebab scanning problem.
love, 

Mnns


Wednesday, March 21, 2012

Allah itu lebih mengetahui !

Assalamualaikum awak, awak dan awak. 
1st question among all of us is "Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah? "
ini adalah antara sebab musabab nya kenapa Allah mengaturkan hampir setiap manusia dengan situasi begini.

cekik daut !

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai insan yang begelar manusia sedarlah bahawa hidup kita diaturkan oleh Tuhan Yang Esa. Jika kita kecewa pada si dia anggaplah bahawa Tuhan pasti mengurniakan untuk kita yang lebih baik dari sebelumnya. Walaupun sakit dan perit untuk kita telan, percayalah aturan Allah 1000 kali lebih baik dari aturan kita .

"wah.wah MIA? pandai ber usrah ?" 


Mnns

Monday, March 19, 2012

oh STPM part 5 ( Salam Perpisahan ) *video

Assalamualaikum. harini mood sedih pulak. Mood rindu akan kenangan-kenangan sewaktu tingkatan 6 pabila melihat video-video ucapan terakhir antara classmate aku.

Waaaaa. windu lah. * kesat air mata
 ok saya tunjukkan video-video mereka satu persatu.
tak semua classmate aku ada time ni sebab hari kami membuat video ini berikutan adanya kelas tambahan Pengajian Am. 

1- Elda Nadzirah


my mummy in this class. I love her! muahx muahx

2- Nelly Nasir


 the annoying person in this class but i love her very much ;)
*always tidur sambil goyang pencil di tangan.

3. Zanzatul dan Erina


i miss both of you !
where did you go darling? A Very good luck to you guys :)

4. Intan Nur Amalina


OUR advisor. miss Intan Nur Amalina. I miss her !
even aku dan dia duduk dekat 1 perumahan tapi kami jarang ketemu :(

5.  Shaim Ashura


si suara ROCK Shaim :)
alo tomei-tomei :)

6. Aqilah Mansor


the beauty of  this year :)
Miss Aqilah Mansor. *rebutan si teruna


7.  Nora Iffah


 I really miss her ;) *hug from me for you 
video ini buat aku nangis terbahak-bahak


8. Megat Shahiran



video wish ni dia main-main sikit. so layan je lah kerenah dia.



ahhh. budak HOT ni nak special je tempat die. 
 I miss his jokes :) 


9. Amirul Hanif 

continue...

oh anep! abang Kacak kita ni! dengarkanlah ucapan matang dari pak ustaz kita  :)


10. Zul Azri

ok. Video wish ayie, tak boleh dimasukkan atas sebab-sebab tertentu maka dengan itu ini lah video khas buat Zul Azri :) *ecececeh !


11. Nazatul Syaza

si blurr Syaza :)
Baby MILOOOO ;)

12 . Khairul Wafaa

video pertama 


video kedua


budak ni hari-hari aku jumpa dia dan kalau tak jumpa sehari rasa rindu *asl slash sebab malu nak cakap rindu dengan dia -_-
apa-apa pun I LOVE her soo much !
*video ni buat aku nangis tersedu-sedu

dan akhir sekali video wish dari aku. *sorry terlebih sudeyyy


video pertama



gambar disebalik tabir pembikinan video ini
aahhhh. tak puas hati lagi ni. so aku buat yang baru sebab tertinggal wish kepada Farra Annessa.

video kedua


wahh! demand kau Mia! Video kau je 20 minit 46 saat ! Ini sudah lebih!
maafkan aku kerana banyak menghabiskan memory card ! haha


kenapa video ucapan wafaa dan aku 2 kali? sebab videocam tu ada ditangan kami. Kejamkan?
dan maaflah jika ucapan kami semua agak kelam bin kabut disebabkan unprepared any notes dan kami bukanlah hos rancangan televisyen atau penyampai radio yang petah berkata-kata dan bijak menyusun kata serta tertib tatabahasanya. Yang keluar dari hati adalah ikhlas dan murni belaka :)
*ececeh! 


Akhir kata dari aku
"Majulah Sukan untuk Negara"


rindu kalian erat-erat


love, 
Mnns

Thursday, March 15, 2012

oh STPM part 4 ( Extra Class)

Assalamualaikum . Hai readers :) 
sebenarnya entry kali ni dah lama benar aku nak post tapi memandangkan terdapatnya video-video maka dengan itu membantutkan lagi mood nak post benda ni. Kali ni aku tak nak cakap banyak-banyak sebab majoriti daripada 10 orang manusia hanya 2 orang sahaja suka membaca daripada melihat gambar, dan aku akui yang aku bukan dari golongan seperti itu. Aku lebih gemar melihat video dan gambar daripada membaca. Maka dengan itu cekik dauttt 


ini cikgu Pengajian Am kami :) Pn Rashidah dan Beliau juga merupakan Mentor atau Mak angkat kite ;)

kau tengok? serious ke tidak budak-budak ni belajar? serious kan? haha






Sesi Tips Kelompok di Meja Guru :)






Video ini dirakam sewaktu berlansungnya kelas tambahan Pengajian Am 2hari sebelum berlansungnya peperiksaan STPM 2011 





AMARAN KERAS! jangan sibuk berborak tatkala cikgu sedang mengajar. Tolonglah yea! dan jangan tiru gaya kami sewaktu guru kelas kalian sedang mengajar. 


ok video ini agak tak senonoh sikit, sebab tangan gatal nak zoom in dekat tempat yang tak sepatut nya. Maaf ku pinta.


tapi kami ni lain sikit. sebab mulut tak reti duduk diam. Ada sahaja yang hendak di bualkan. Tapi situasi ini bukanlah situasi yang selalu kami lakukan sewaktu Kelas P&P. 





Kami memang nakal dan banyak mulut ! tapi Alhamdulillah majoriti Pelajar Tingkatan 6 SMKKU mendapat cemerlang dalam subject ini :)





dan terimalah video terakhir untuk entry kali ini dari Megat dan Hanif menyanyikan lagu SURATAN atau PEMBETULAN *rosak lagu

love,
Mnns

Thursday, March 8, 2012

oh STPM part 3 ( debaran )

Assalamualaikum. lama sudah kita tidak berbual kan? tup-tup dah keluar juga result STPM. cepat benar masa berlalu. Rasa baru semalam conteng baju sekolah tingkatan Enam. dan tak lama lagi adalah juga aku dengar antara rakan-rakan aku ini nak mendirikan masjid. Aihhh! memang aku rasa aku ni semakin mencapai usia WARGA GANGSA. *copp! ada ke warga gangsa?  ok. forget it !

ni aku nak cerita tentang debaran STPM. 
waktu mula-mula desas-desus yang mengatakan bahawa STPM keluar pada 23 FEBRUARI, semua dah naik gila then di postpone keluar pada 7 MAC, semua dah naik sawan, yea! termasuk aku sekali, dan pelbagai mimpi-mimpi ngeri yang datang menerjah hampir kesemua rakan-rakan aku. antaranya ialah mimpi dapat pointer rendah, failed, kena maki dengan cikgu dan sebagainya.
yeaaaa. aku memang tak terkecuali dengan semua itu.

kami menghitung hari dengan debaran yang kian memuncak mengalahkan pelajar AKADEMI FANTASIA yang akan disingkirkan dengan luggage yang istimewa. yang membezakan kita adalah KAMI TAK ADA LUGGAGE dan jika keputusan tersebut tidak membanggakan, ia akan membuatkan gelap masa depan. 

7 Mac 2012- yea! satu tarikh keramat, walaupun apabila ia dibuka nyawa galang gantinya adalah tagline 'KERAMAT' movie. tapi INI adalah tarikh yang sangat berbeza dan menentukan sama ada hidup atau mati * aiiih! tipulah tu!

result diwar-warkan oleh hampir kesemua majalah, tabloid, media elektronik akan dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari. maka dengan itu, pada malam harinya aku hanya sempat online seketika dan membaca novel dalam tempoh yang panjang. serta pagi hari aku mengerahkan tenaga untuk bangun awal sebelum subuh menjelma dan tidur semula selepas solat subuh. *spoiled !
aku bangun semula pada pukul 10 pagi secara automatiknya tanpa alarm yang mengejutkan diriku. Dalam keadaan yang menggigil aku bersiap-siap dan dijemput oleh rakan ku Dora Zain dan yang paling menggerunkan adalah Dora Zain mengarahkan aku untuk 'tolong' drive menjemput Fatimah dan Wafaa oleh kerana Dora Zain tergopoh-gapah tanpa memakai tudung dengan betulnya. 

Dengan niat yang satu 'kerana Allah'. walaupun kaki, lutut, dan segalanya menggigil aku sedaya upaya drive kereta berhati-hati sehinggakan tempat kerja Fatimah pun aku boleh terbabas. Dan bila Fatimah naik, habis seisi kereta sibuk membincangkan tentang hal itu. aku hanya mampu senyap dan kadang-kala menyelit tatkala mereka bertiga berbicara sambil focus di jalan raya. Dan pabila sampainya di Sekolah TERCINTA. kami meluru menuju ke dewan kuliah yang menempatkan bekas Pelajar Tingkatan 6 batch 2010/2012. Wahh! rindu semua ! Perubahan fizikal tidak membataskan pergaulan kami akan tetapi aku tetap menyepi disebabkan gementar menyelubungi diri. * eceh! kemain bersajak kau mia !

dan minit demi minit berlalu, bayang muka cikgu kami tak temui. Hal ini mungkin cikgu sedang sibuk membuka slip keputusan kami untuk di fotokopi buat kenangan dan report nanti. Bila aku pergi ke tempat rakan kelasku INTAN untuk bertanya khabar, Intan memberitahu ku bahawa cikgu Zuriyati a.k.a Kaunselor mengishtiyarkan bahawa ' MIA DAH NANGIS' . Aku bertambah kelam-kabut, dan berat hati aku menyatakan bahawa ' aku dalam bahaya! '

dan tepat pukul 1.03pm masuknya 2 orang cikgu yang amat dirindui iaitu Pn ROHAIDA dan Pn. RUSHIHA. dan diiringi oleh mama angkat ku Pn. Rashidah. 


ok time ni aku dah terketar-ketar sampai dah give up nak ambil gambar seterusnya.



 kali ni aku tak dapat nak bawa kamera canggih-canggih sebab aku taknak terlalu gembira sebab aku tau aku ni pengecut ! NOTE THAT Pengecut !

1st thing yang cikgu buat adalah umumkan pelajar tokoh pada tahun 2011. iaitu jatuh kepada kawan aku sejak darjah satu sampai sekarang iaitu Anis Syafinaz tanpa diduga mengalahkan Naimah. Pointer dia sangat membanggakan kedua orang tuanya dan aku turut berbangga kerana dia adalah seorang yang tak pernah berputus asa. Congrates Anis :)

dan selepas itu diumumkan secara random bagi kelas 6 Atas 1 dan bagi kelas aku iaitu 6 Atas 2, cikgu panggil mengikut abjad. so yang aku tahu aku nama aku adalah no yang ke 15 daripada 21 pelajar . tapi aku tak tahu kenapa classmate aku sungguh tak sabar-sabar nak ambil keputusan sehinggakan hampir kesemua classmate aku meluru ke meja cikgu Rohaida iaitu guru kelasku. Nak di pendekkan cerita, antara rakan-rakan kelasku yang dapat dulu adalah Megat, Ayie, Nazrain, Amirul hanif dan Wafaa. Yang pasti nama aku dipanggil sewaktu aku sedang sibuk mencuri-curi mengambil fail KOKO aku di sisi Pn. Rohaida. tapi sebelum tu, aku sempat bertanya kepada rakan-rakan yang lain sebelum aku mengambil my own result. Malangnya, semua rakan-rakan ku membisu seribu bahasa, dan ada antara mereka tak mahu membuka result yang berada ditangan dan ada juga kelam-kabut mengira berapa CGPA atau pointer yang diperoleh.

sewaktu tibanya giliranku, cikgu mencari result aku dan apabila ketemu. cikgu mengambil lantas membuka dan tersenyum tanpa sepatah ucapan atau memberi hint apa-apa terhadap ku. Lantas, aku mengambil result tersebut dan membuka secara perlahan-lahan sambil menutup mata dan membuka mata perlahan-lahan. 
YA ALLAH ! hanya itu yang mampu ku ucapkan. 
ALHAMDULILLAH, kalimah itu yang aku ucapkan seterusnya lantas mencari mak angkat ku iaitu Pn. Rashidah di hujung dewan kuliah. dan aku terus mencari namaku di senarai result pelajar yang berada di tangan cikgu ku. Dengan air mata yang seakan-akan mahu menitis aku memeluk Pn. Rashidah dan menciumnya bertalu-talu. 
TERIMA KASIH CIKGU ! TERIMA KASIH banyak-banyak cikgu !
yang lebih menggamit memori Pn. Rashidah turut menangis dan mencium pipi ku ! Ya Allah. Alhamdulillah .
" tak sia-sia cikgu membebel dekat saya tentang Pengajian am, merajuk dengan kami sekelas sambil tendang pintu " Walau apapun saya amat berterima kasih cikgu !

lantas aku mencari DATIN ! yea! DATIN Latifah yang kami sayangi ! cikgu Geografi yang aku kagumi dan orang yang membangkitkan semangat aku waktu aku sangat MEMBENCIKAN GEOGRAFI. sebab GEOGRAFI aku tak pernah dapat A. Pabila aku masuk bilik guru, aku nampak Cikgu Wan iaitu Cikgu Ekonomi kami, dan dia tersenyum kerana aku berjaya tergolong dalam golongan 3.00+ . Tanpa salam, aku terus memeluk cikgu Wan dan seperti biasa ku hadiahkan ciuman istimewa kepada mereka tersayang. Seperti biasa, di sebelah Cikgu Wan terdapat Anak emasnya iaitu Fatimah Sinwan yang turut berjaya mencapai keputusan yang membanggakan. dan Fatimah turut menjadi mangsa ciuman ku !! * kesian kau fath. heee

dan tak lama kemudian, Datin masuk ke bilik guru, lalu aku berlari menuju ke datin dan memeluknya sambil menangis. " cikgu! anak didikmu a.k.a asisstant mu ini berjaya kotakan janjinya memperoleh A dalam subjek yang dikau ajar"   Terima kasih banyak-banyak cikgu !
dan secara tiba-tiba aku teringat kata-kata penceramah motivasi tatkala Seminar Soal-Jawab Geografi yang menyatakan aku akan confirm dapat A oleh kerana aku dengan beraninya menjawab soalan walaupun jawapan tidak memuaskan secara 2 kali . Amin ! Kata-kata seorang cikgu bagaikan DOA yang mustajab !

dan selang beberapa minit, seorang demi seorang pulang ke rumah dan aku bersama Dora serta Fatimah adalah orang terakhir keluar dari dewan kuliah dan menjadi orang yang menutup kipas,air-cond di dewan Kuliah tersebut bersama Pn. Rashidah dan Pn. Rohaida.  Pelbagai nasihat dan dorongan serta kata-kata perangsang cikgu buat kami semua untuk kami melangkah ke alam universiti kelak. Insyaallah.

TERIMA KASIH semua cikgu. Terima Kasih tidak terhingga semua. Tak boleh nak describe macam mana dah. Alhamdulillah, bersyukur ke khadrat Ilahi atas apa yang Di Maqbulkan olehNYA.

pulang dari sekolah, aku singgah makan bersama-sama rakan-rakan ku yang aku rindui dan sayangi di Metro Point untuk menjamah makanan di Restoran Ayam Penyet. Oleh kerana terlalu gementar dan gembira, kami lupa akan perut yang tidak diisi sejak lewat malam sebelum keluarnya result pada keesokkan harinya.

ini adalah antara kenangan-kenangan bersama. semuanya dan besar-besar belaka. dan aku harap INI bukan terakhir bagi kita semua untuk berkumpul semula. Insyaallah.

cekik daut ;)

masih menelek buku menu. bagus! membiarkan waiter tunggu lama. kesian dia.

handphone time !! tweet, mesagge, called, and anything else to inform parents about our good news :)


terima kasih Dora sebab belanja kami makan :) sayang gemuk ni :D

congrates Megat :)

ayie ! we want your smile like before . WE LOVE YOU !

smile guysss !

ok. wafaa, sampai hati taknak pandang kamera ?! haha



makanan ku sudah sampai !

udang penyet ambel ! kasi terangkat !!


* jangan ketuk screen p.c anda, memang gambar ini memang kelihatan blur sama macam Tuan yang sedang menangkapnya iaitu cik Dora Zain kita ni.




selang beberapa minit.

serious bebenor muka nak kunyah ice yea cik kak kita ni .

jejaka terhebat yang aku kenal !

lagi sekali jangan betulkan p/c anda sebab quality for this photo are too low :)

kegembiraan terserlah tatkala berkumpul bersama dengan kawan-kawan ku yang terhebat :)  You guys are awesome !


confidental :)


akhir kata dari saya Nor Umira Nazira Bt Nazir :
" Alhamdulillah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu tersayang yang tak letih membimbing saya, buat teristimewa Mama dan Ayah yang ku cinta kerana sentiasa disisi Mia serta Rakan-rakan seperjuangan ,orang yang rapat dan yang disayangi yang tak putus mendoakan kejayaan buat diri saya. terima kasih dan Aishiteru !
Tahniah juga di ucapkan kepada Fatimah, Dora, Wafaa, Megat, Hanif, Ayie, Nurul Adilah, Nazrain, Atikah Zakaria, budak kelas 6 atas 2 dan 6 atas 1, Pre-University Kajang Utama. Moga kita dapat menjejakan kaki ke IPTA membalas segala dendam dan tomahan selama ini. Amin :) "


love,
Mnns  :)