geng maen pasir saya ! TQ :)

Friday, February 17, 2012

maaf SUDAH BERPUNYA !

Assalamualaikum. memandangkan sudah lama dia membujang, akhirnya aku tunaikan janji aku untuk carikan dia pasangan sepanjang menjalani kehidupan yang penuh berliku-liku ini dan aku sangat bertanggungjawab untuk mencari pasangan untuknya serta tempat tinggal yang lebih luas untuknya. Sungguh aku sedih melihat dirinya setelah kematian isteri tercinta tahun lalu maka dengan itu aku nekad mengisi kekosongan hidupnya dengan pasangan barunya ini. Dan aku berharap pasangan baru ni dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan sepanjang dia melalui hidup ini. Biarlah mereka berbahagia sepanjang hayat walaupun aku masih lagi keseorangan sebab aku bahagia jika melihat dia bahagia.

akan tetapi pasangan ini hanyalah berusia 3 bulan dan dia berusia pula berusia 2 tahun untuk tahun ini. Usia tidak menjadi penghalang. Usia juga bukan pengukur setiap pasangan. jadi jangan cuba sangsikan pasangan ini. Cukuplah dia menderita kerana ditinggalkan oleh isterinya. Sadis aku melihatnya dan aku karangkan sebuah entry . TEKAN SINI

yea! LULU adalah makhluk Allah yang aku maksudkan dan LILI adalah pasangan barunya setelah kematian LALA. Aku baru membeli LILI pada hari ahad lepas iaitu pada 12 Februari 2012. Tempatnya dimana tidak perlulah aku sebutkan kerana aku sendiri lupa akan nama kedai nya.
mahu lihat pasangan bahagia ini? ayuhlah kita CEKIK DAUTTT :)

INI wajah terbaru LULU

Kediaman terbaru mereka iaitu bernama TERATAK MEGA setelah kediaman Bujang Lulu di pecahkan oleh Haikal Danial.Gambar ini diambil sebelum mereka berdua bertemu, Hal ini kerana aku telah meletakkan masing-masing di sebelah kiri dan kanan TERATAK MEGA ini.

Ini LILI 

Lili sedang mencari siapakah Bakal Pasangan dia? hensem kah? comel kah?

see? LULU was looked at camera :)

pasangan bahagia di Teratak Mega 'LULi' :)

love,
Mnns

p/s : excited bebenor aku ni -_- semua benda nak diberi nama. Anyway, menyesal pula aku beli tempat tinggal mereka begini. Jambatan hanya muat-muat untuk LILI sahaja dan LULU pula selalu tersekat di jambatan ini sebab cengkerang LULU yang besar berbanding LILI. 

1 hal lagi, aku sangat tersentuh pabila LILI selalu landing di atas LULU dan LULU hanya membiarkan tanpa bergerak walaupun selangkah kedepan mahupun ke belakang dan aku nekad untuk mengibarat mereka sebagai abang dan adik sekaligus laki-bini:')



1 comment:

tinggalkan pesan anda disini :)