geng maen pasir saya ! TQ :)

Thursday, February 23, 2012

Perginya ia Dijemput Ilahi

Assalamualaikum, baru je sedang ingin berbahagia, Lili telah dijemput Ilahi. Pada Bila aku mungkin tidak perasaan. Aaaahh! aku memang tak layak untuk menjaga nya barangkali?

tiba-tiba teringat pada suatu mimpi yang agak merungsingkan aku.

  Mimpi tersebut adalah tentang aku yang sangat-sangat mengemari Kura-kura, dan aku telah membeli seekor kura-kura baru selain dari LILI dan LULU, dan pada keesokan kura-kura yang aku bela semakin lama semakin banyak dan banyak tidak terkira.

dan aku bertanya pada DORA, apa maksud mimpi aku tu? Dora menjelaskan bahawa Insyaallah kemungkinan rezeki aku semakin banyak selepas ini. Hai maklumlah, Dora ni kan matang dan arif sikit bab-bab mimpi sebab dia ada buku tafsir mimpi. dan aku sambung balik cerita tentang mimpi aku itu.

dan apabila kura-kura semakin banyak, mereka datang menuju ke arah ku, dan apabila keaadan menjadi seserabut begitu, aku mula naik angin dan pukul sehingga mati kura-kura tersebut.

dan Dora terus senyap lalu berkata " itu aku tak dapat jamin " 

dan tidak sampai beberapa hari iaitu pada hari selasa 21 Februari 2012, aku telah pun menemui LILI yang terdampar di bawah jambatan iaitu 'favourite port' LILI, akan tetapi aku hanya membiarkan dan terus memberi makan kepada LULU dan LILI. aku tidak terfikir untuk menyentuh mereka kerana aku sangat sibuk dengan pelbagai urusan. Dan pada keesokan hari iaitu Rabu 22 Februari 2012, selepas pulang dari kerja, tiba-tiba hati aku terdetik untuk bermain dengan 'anak-anak' ku itu. Akan tetapi yang menjadi kemusykilan, apabila aku membuka penutup Teratak Mega, Bau yang keluar adalah Bau yang hanyir dan sangat busuk. Setahu aku, selalunya, air yang aku tukar tidak sampai 3 hari, sebab aku baru tukar airnya pada hari Ahad lepas. Aaah! mustahil baunya sangat hanyir ni !

dan aku lihat keadaan LILI adalah statik dan tidak bergerak langsung seperti mana aku melihatnya pada hari semalam, Dia masih berada di bawah jambatan merah.


lalu aku mengambilnya dan alangkah terkejutnya bila melihat keadaan LILI, 

Ya Allah. apa dosa ku Ya Allah, hingga kau tarik nyawa LILI? Ampunkan Dosa aku Ya Allah.



semasa aku beli LILI lagi, warna kuning di matanya ada dan aku bertanya kepada tauke kedai tu tentang dibahagian mata LILI yang berwarna kuning dan tauke tersebut berkata bahawa 
" kuning itu biasalah, kura-kura ini baru 2 bulan maa, itu tada masalah"
dan aku pula hanya menurut kata.

lalu aku keluarkan LILI dan asingkan tempat tinggal mereka berdua . aku masih mengharapkan keajaiban dari Ilahi. 


" Hiduplah LILI, jangan tinggalkan kita dan LULU " aku menangis dan terus menangis. tiba-tiba aku teringat akan sebuah cerita tentang di mata apabila air mata jatuh keatas seekor haiwan yang disayangi, haiwan tersebut akan hidup semula. Dan aku menangis dan terus menangis dan membiarkan air mata aku jatuh menimpa LILI tetapi hampa, LILI masih tidak bergerak. Ternyata Allah lebih menyanyangi dirinya daripada aku menyanyangi dirinya. Aku Redha Ya Allah jika ini yang Terbaik untuk aku dan LiLi serta LuLu.

LULU?  dia pastilah meratapi kesedihan. Insan yang di sayangi yang baru hendak tumbuhnya benih-benih cinta pergi tanpa sempat mengucapkan salam. Begitu juga aku. LULU hanya berdiam diri di atas jambatan merah dan sayu pabila melihat aku. Makanan yang aku beri semalam dan pagi hari masih lagi tidak disentuh.
" ahhh. LULU jangan buat kita jadi tidak keruan  ! " 


lulu hanya menyepikan diri dan tidak langsung memandang ke arahku yang sedang memegang LILI. Mungkinkah LULU teramat sedih? mungkin juga.


selepas sahaja aku membersihkan Teratak Mega Lulu ini, barulah aku dapat melihat wajah Lulu. Mungkin dia tidak berapa selesa dengan Bau air yang hanyir ini. tapi alangkah sedihnya Lulu bersendirian lagi.



dan mayat LILI aku simpan dahulu di tempat yang selamat dan masih berharap agar Lili masih bergerak akan tetapi selepas aku balik kerja tadi, Lili tetap tidak bergerak dan aku tidak mahu berlengah lagi, mahu sempurnakan mayat Lili. aku tidak sanggup lagi melihatnya sebegitu. Perit hati ini, Luluh jiwa ini.

selamat Tinggal Lili . Akan aku ingat mu di dalam Doaku.

pengkebumian ini disertai sekali anak-anak buahku. Hanna dan Faiez 


Inilah kubur yang tak bertanda Lili. Aku tanam Lili di hadapan rumah Nenek ku sebab jika aku tanam di belakang rumahku telah adanya kubur LALA.

dan akhirnya kesudahan hidup LULU hanya seorang diri tanpa teman disisi.
AKU HARAP ENGKAU TABAH JALANI HIDUP INI LULU. AKU ADA BERSAMA KAU.





we miss you LILI (T_T) really-really miss you.

apabila aku bercerita tentang hal ini kepada mereka, respond mereka :

Fatimah : ‎Mia Nazira Nazir Suhaimi asal jalan cerita kura2 LULU mcm cerita cintamu syg?
Ayie :  Nanti aku belikan kura-kura yang baru eh? 

Lulu kembali single dan aku juga masih kekal sama. Mungkinkah nasib Lulu adalah sama dengan nasibku? Lulu sahajalah buah hati aku yang aku sayang. Dia tetap cekal mengharungi hidup tanpa pasangan disisi. Aku janji Lulu, yang aku akan secepat mungkin membeli pengganti LALA dan LILI buat mu LULU. aku takkan membiarkan kau bersendirian lagi .
love,
Mnns

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)