geng maen pasir saya ! TQ :)

Tuesday, February 7, 2012

Orass To Medan (part 1)

Assalamualaikum. Orass embak, Ibuk, Bapak, Kakek to Medan, Indonesia.( hahaha, sebijik tak macam orang BATAK?) tahu tak Orass tu apa maksud nya? Orass itu bermaksud Selamat Datang dalam bahasa Batak. yeeepiiii. harini kita dapat pengetahuan baru tentang bahasa batak. ok stop! 

entry kali ni saya nak cerita tentang perlancongan saya bersama family ke Medan, Indonesia. kenapa pergi medan? sebab itu adalah destinasi pilihan ayah so kami sekeluarga ikut sahaja. faham?
marah? tak adalah :)

ok, di Medan tidaklah begitu istimewa sangat. Barang di sana tidaklah begitu menarik jika dibanding dengan di Bandung, Indonesia. Harga disana pun tidak jauh berbeza dengan di Malaysia. Lebih kurang sama sahaja. Disana semua tempat tidak kira di tepi jalan pun ada orang minta duit parking. Senang cerita semua benda perlukan DUIT di sana. Sana memang kuat rasuah-merasuah ni. dan di Sana juga hampir 70% penduduknya beragama Kristian. Susah benar nak cari Masjid atau Surau di sepanjang jalan. yang senangnya adalah cari Gereja dan Kubur Kristian. so no wonder lah kalau di sana susah benar nak cari kedai makan Islam atau yang Halal. Kat sana memang banyak dan senang dapat  daging Khinzir dan Daging anak anjing, senang didapati dan tanpa disekat oleh penguatkuasa di sana terutama dalam perjalanan ke Danau Toba dan Berastagi. ok malas nk type panjang-panjang sebab aku ni bukan suka menaip sangat. Biarlah photo berbicara maka dengan itu

cekik dauuutt !

hari pertama 

Boarding Pass. kalau perasan masa departure and arrival sama kan? as we know, masa di Indonesia adalah lewat 1 jam berbanding waktu di Malaysia. sekian :)

ini adalah Hanna, anak buah perempuan yang sulung dan cucu Pakcik Nazir yang kedua. Dah besar kan? kadang-kadang aku rasa aku ni dah terlalu tua sebab anak buah dah terlalu ramai sampai aku lupa dengan anak buah lelaki yang lain.

dia adalah peneman aku tatkala LULU' dan bantal busuk ku tidak ku bawa bersama.

ini adalah kakak ipar aku yang kedua. orang panggil dia kak Azza atau nama dalam pasport Hazza Baizura atau nama manja yang aku panggil adalah 'Cik Ya'. Beliau adalah mama kepada Hanna dan Faiez.

ok, ini adalah pendorong dan pemangkin semangat aku tatkala aku jatuh sebab dia adalah orang yang banyak mendidik aku dan berusaha keras membanting tulang untuk membesarkan kami adik-beradik. Siapa tak kenal Pakcik Nazir a.k.a Bapak aku :)

inilah Faiez Farhan. aku ppanggil dia Abang Ngah, adik kepada Hanna. jambu giler muka dia kan? suara dia? jangan cakap lah buat orang nak cium dia bila dengar dia bercakap. dia seorang yang agak nakal tapi tidaklah nakal mana, seorang yang hati lembut dan mudah menangis. Bak kata ayah " dalam hati ada taman" . 

ini kakak dia. pejam celik-pejam celik dah besar panjang budak ni. dah nak jadi anak dara !

ini abang shah dan ayah den. deme ni memang poyo bebenor. suka sangat buat hati den kacau -_-

haaa. ini den dan abang den. kami ni selalu keluar berdua, kadang-kadang orang salah faham deme ingat yang kami ni pasangan bercinta. 

ok time to fly, say goodbye for a while to Malaysia. I will come back. I swear !

lepas je been arrival to Medan Airport, kami di jemput oleh 'Pak Supir' dan beliau membawa kami singgah di Istana Maimoon yang berhampiran dengan Airport.

Inilah Istana Maimoon yang asalnya dari Malaysia. so i have to be proud being Malaysian :)

selangkah dua langkah tiga langkah . atuk tu sudah menunggu kita di pintu gerbang istana.

atuk ni adalah instructor kami bila di sini. atuk yang namanya Tengku hurmm.. sorry tak ingatlah. hehehe
Beliau masih gagah dan sihat tapi kadang-kadang tu kesian sangat tengok dia bersusah payah terangkan sejarah-sejarah Istana ini tapi abang dan ayah tak hairan langsung dengan sejarah sebab mereka tak suka sejarah ! mujurlah ada aku, mama dan abang pertama yang sudi mendengar ulasan atuk ni. Harap atuk ni dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki hendakNYA :)

Inilah dia Maimoon Talib. oppss silap! Maimoon iaitu isteri tercinta Sultan Deli yakni raja di Medan ini.

ini adalah Mahligai atau takhta Sultan Deli. serba serbi kekuningan sama seperti Raja Malaysia :)

ok. taking a picture first. thanks to atuk yang ambil gambar kite ni.

this is half of my family, tak semua family aku ada ketika ini. abang keempat flight dia pukul 5pm, kakak pula suami dia tak boleh keluar Malaysia sebab bertugas dengan kerajaan sama seperti abang ketiga aku. sayang sekali tak semua family aku ada bersama.

Nun di belakang sana adalah Bilik atau kamar Sultan Deli dan isteri. STOP ! Dilarang masuk kedalam hanya mampu melihat dari luar.

******
lepas je pergi istana Maimoon kami di bawa ke Masjid Raya atau kalau dekat Kolumpor ni deme panggil MASJID NEGARA
di sini macam daif sikit Masjid Negara dia, hai maklumlah populasi Masyarakat Islam disini sangat sedikit berbanding masyrakat beragama lain. 

inilah yang den kaborkan tadi. see? daif sikit an? kalau tengok kat pintu gerbang dia lagilah. tapi yang den respect sikit adalah orang-orang kat sini sangat menjaga kebersihan eventhough masjid dia sangat kecil. kalau korang dapat lihat, ada lah basah-basah kat lantai balkoni masjid ni adalah kerana sesi pembersihan oleh seorang budak naif bersama familyn ya dan seorang pakcik yang garang. takutnyerwww~~ 

hamboi mama, mahunya di zoom in segala macam di sini. 

OK. nama masjid ni Masjid Raya AL-Mashun. cuba lihat, masjid ini di gunakan buat pertama kali pada 19 September. means september adalah bulan kebanggaan bagi masjid ini dan aku sendiri. *bangga

lepas je kami singgah di masjid raya ini, kami pun bertolak ke BERASTAGI. Berastagi ini ala-ala macam Cameron Highland. Dekat bukit-bukau. cuaca dan suhu yang dingin. Perjalanan ke sana juga menggambil masa 2jam lebih, tapi di sebabkan pak supir kami yang power dalam menggendalikan kenderaan dan PRO bak pelumba FOMULA 1, beliau memang bijak mencelah dan memotong di sepanjang jalan yang berliku-liku dan hanya mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai ke sana. Dalam masa 1 jam lebih itu juga lah aku dah 2 kali terlelap. tidur-bangun dan tidur semula. Bosan sangat sebab aku duduk di tengah-tengah antara abang Shah dan mama.

sepanjang perjalanan ke sana, Ini adalah antara gambar yang sempat abang ku tangkap.

ini adalah salah sebuah gerai yang menjual daging Khinzir. 

pelbagai jenis kenderaan yang melalui jalan ke Berastagi.


ok singgah jap ke stesen minyak untuk solat dan 'wewiii'
toilet dia sangat KOTOR ! spoil betol !

stesen minyak PERTAMINA yang merupakan kebanggaan rakyat Indonesia. dan harga minyak dia sangat murah! seriously!

jalan yang sempit yang dilalui oleh kenderaan yang boleh membawa Maut. Seram betul kalau lalui di laluan menuju ke Berastagi. 

sesudahnya sampai di Berastagi. aku pula yang over excited sebab permandangan dia seakan-akan aku berada di dalam flight hanya melihat atap-atap rumah sahaja -_-

tinggi kan? dah macam kat dalam flight kan? gue udah ngomong sih !

tapi ada juga tanaman yang terdapat bila view in disini. bukan padi yea yang di tanam tu tapi sayur-sayuran dan pelbagai buah-buahan. 



wah ! ayah? dah macam penyanyi nasyid saje ! sejuk perut nenek mengandungkan ayah ! haha

tempat ini sesuai untuk tenangkan diri sebab suhu nya yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. kalau nak Mati pun boleh. terjun sahaja ke bawah pasti akan hinggap di mana-mana atap rumah orang. 

ini abang aku yang pertama bersama anak sulungnya yang debab dan pengecut. abang aku yang ini single kali ni sebab isterinya sedang dalam pantang pabila selamat melahirkan anak perempuan yang bernama Husna Dania. * yea! aku belum lagi melihat baby nya -_-

apa-apa pun, kita minum dulu. mujurlah kat sini ada juga kedai makan orang islam.


ini adalah permandangan di kaki bukit, dan di bawah itu adalah rumah makan atau kedai makan yang kami singgah tadi.

hai hai hai. 

haikal ketua segala lanun -_- lasak dan tak dengar cakap serta suka melawan ! geram aku dengan budak debab ni !

ok, ini adalah sebahagian dari anak buah aku yang terpenting dalam hidup aku. mereka adalah segala-galanya bagi aku. 

see? si jambu tu berlagak macho di dalam gambar ini. manakala si hanna seperti sedang mengurut bahu ku, pandangan Haikal pula melayang entah ke mana. 


ok cheesee ! one of my memories at here :)

my beloved family, Ya Allah, dont take them from me. i still need them whatever i do.




yes ! love!  i can't describe what i feel when i look back into this picture.

my beloved mom. 
kalau sesiapa bakal suami den, kena minta restu dahulu dari beliau baru dapat kahwin dengan den. hahaha 
* ok stop!

she is heavy weight actually. hampir tak ada nafas tatkala mendukung si hanna. 

mama kalau bab-bab shopping memang tak letih. aku sendiri letih bila keluar berjalan dengan mama. sebab aku akui aku ni bukan jenis shopaholic.


one of the souvenirs.

mula-mula tu nak ambil gambar suka-suka sahaja tapi tiba-tiba mama ajak naik kuda ni, orang sini panggil dia 'BENDI'. so jangan terlepas peluang menaiki Bendi ini kalau korang mai sini.





Bendi gooooo ! yeeeeehaaa ! excited tu, excited tu !
kesian Bendi ni kena bawa orang yang berat-berat tubuh badannya -_-"

lepas je pulang dr Berastagi yang mengambil masa hampir 2jam sebab terdapat kemalangan sepanjang jalan pulang dari Berastagi untuk menjemput abang keempat di airport.


dan bila malam pada hari pertama ini lah kami di bawa ke SUN Plaza atau di beri nama MATAHARI.


ok cuba rasa dulu roti di Breadtalk. agak-agak sedap tak berbanding dengan Roti di Malaysia ?
jawapannya : TIDAK sedap!
* jap! cowok kat belakang ni hensem lah! haha

ok! Banker ku ada di sisi ku. :)

singgah makan di ES TELLER, sebuah kedai makan yang terkenal di sini. Pelbagai makanan tradisional masyarakat Indonesia dijual disini dia lebih kurang macam CHICKEN RICE shop gak lah kod -_- 

makan sampai tak hingat dunia !



ok ni sama-sama nak test camera masing-masing -_-


hai hai hai hai




bebudak 3 ekor ni nangis sebab mereka nak main taman permainan yang berada didalam mall ini yang begitu unik. tapi malang sekali sebab kami nak beredar secepat mungkin untuk makan malam. so inilah reaksi muka mereka bila parents mereka larang mereka untuk bermain di taman permainan tersebut. kesiannn~~

ok. cerita pasal bab makan pula, kat sini memang mahal. aku rasa lebih murah Malaysia berbanding di sini. dan di sini macam yang korang tahu, jika kita pergi ke sebuah kedai makan atau orang Indonesia panggil RM (Rumah Makan) akan dia hidangkan dengan pelbagai jenis lauk di atas sebuah meja. so pandai-pandai kita untuk memilih lauk mana dan pastikan jangan sesekali menyentuh lauk yang tidak diingini. Hal ini kerana, mereka akan tetap charge even kita hanya ambil kuah sahaja. tapi sesetengah kedai jelah akan buat begitu bagi sesetengah kedai akan charge berapa ketul lauk di dalam pinggan yang kita makan. so depands on Rumah makan yang kita pergi. Biaselah orang business 'kokek' , kalau nak buat duit, macam-macam cara dia akan perdayakan kita especially orang asing bagi negara mereka. tak gitu cik Salmah?

ni hari pertama kiteorang makan di Medan. nasib baik lapar, so kira semua jalan lah. tak ada benda yang tinggal.

hanya restoran inilah yang buka 24jam. dan tidak tutup selepas pukul 10malam. kedai lain semua dah tutup. Mahal? jangan cakaplah. 


yang tak puas hatinya makan kat sini, sambal belacan dan air kosong pun dia kira tau ! bukan sehinggit dua hinggit tapi RM3+ jika di convert ke duit Malaysia. makanan yang dia hidangkan punyalah banyak tapi dalam sebuah pinggan hanya menempatkan seketul dua je lauk. memang hampeh! pandai deme buat duit !

oklah, so ini sahaja lah aktiviti aku pada hari pertama yang aku dapat kongsi. mata pun dah ngantok, nanti kalau aku rajin lagi, aku akan update perjalananku tatkala di Medan pada hari kedua dan tragedi yang malang ketika kami berada disini pula ok?
* macamlah ada orang nak baca -_-

love,
Mnns
p/s : balik je dari Medan seluruh family aku batuk-batuk dan selesama  termasuk aku-_-

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)