geng maen pasir saya ! TQ :)

Thursday, February 23, 2012

Perginya ia Dijemput Ilahi

Assalamualaikum, baru je sedang ingin berbahagia, Lili telah dijemput Ilahi. Pada Bila aku mungkin tidak perasaan. Aaaahh! aku memang tak layak untuk menjaga nya barangkali?

tiba-tiba teringat pada suatu mimpi yang agak merungsingkan aku.

  Mimpi tersebut adalah tentang aku yang sangat-sangat mengemari Kura-kura, dan aku telah membeli seekor kura-kura baru selain dari LILI dan LULU, dan pada keesokan kura-kura yang aku bela semakin lama semakin banyak dan banyak tidak terkira.

dan aku bertanya pada DORA, apa maksud mimpi aku tu? Dora menjelaskan bahawa Insyaallah kemungkinan rezeki aku semakin banyak selepas ini. Hai maklumlah, Dora ni kan matang dan arif sikit bab-bab mimpi sebab dia ada buku tafsir mimpi. dan aku sambung balik cerita tentang mimpi aku itu.

dan apabila kura-kura semakin banyak, mereka datang menuju ke arah ku, dan apabila keaadan menjadi seserabut begitu, aku mula naik angin dan pukul sehingga mati kura-kura tersebut.

dan Dora terus senyap lalu berkata " itu aku tak dapat jamin " 

dan tidak sampai beberapa hari iaitu pada hari selasa 21 Februari 2012, aku telah pun menemui LILI yang terdampar di bawah jambatan iaitu 'favourite port' LILI, akan tetapi aku hanya membiarkan dan terus memberi makan kepada LULU dan LILI. aku tidak terfikir untuk menyentuh mereka kerana aku sangat sibuk dengan pelbagai urusan. Dan pada keesokan hari iaitu Rabu 22 Februari 2012, selepas pulang dari kerja, tiba-tiba hati aku terdetik untuk bermain dengan 'anak-anak' ku itu. Akan tetapi yang menjadi kemusykilan, apabila aku membuka penutup Teratak Mega, Bau yang keluar adalah Bau yang hanyir dan sangat busuk. Setahu aku, selalunya, air yang aku tukar tidak sampai 3 hari, sebab aku baru tukar airnya pada hari Ahad lepas. Aaah! mustahil baunya sangat hanyir ni !

dan aku lihat keadaan LILI adalah statik dan tidak bergerak langsung seperti mana aku melihatnya pada hari semalam, Dia masih berada di bawah jambatan merah.


lalu aku mengambilnya dan alangkah terkejutnya bila melihat keadaan LILI, 

Ya Allah. apa dosa ku Ya Allah, hingga kau tarik nyawa LILI? Ampunkan Dosa aku Ya Allah.



semasa aku beli LILI lagi, warna kuning di matanya ada dan aku bertanya kepada tauke kedai tu tentang dibahagian mata LILI yang berwarna kuning dan tauke tersebut berkata bahawa 
" kuning itu biasalah, kura-kura ini baru 2 bulan maa, itu tada masalah"
dan aku pula hanya menurut kata.

lalu aku keluarkan LILI dan asingkan tempat tinggal mereka berdua . aku masih mengharapkan keajaiban dari Ilahi. 


" Hiduplah LILI, jangan tinggalkan kita dan LULU " aku menangis dan terus menangis. tiba-tiba aku teringat akan sebuah cerita tentang di mata apabila air mata jatuh keatas seekor haiwan yang disayangi, haiwan tersebut akan hidup semula. Dan aku menangis dan terus menangis dan membiarkan air mata aku jatuh menimpa LILI tetapi hampa, LILI masih tidak bergerak. Ternyata Allah lebih menyanyangi dirinya daripada aku menyanyangi dirinya. Aku Redha Ya Allah jika ini yang Terbaik untuk aku dan LiLi serta LuLu.

LULU?  dia pastilah meratapi kesedihan. Insan yang di sayangi yang baru hendak tumbuhnya benih-benih cinta pergi tanpa sempat mengucapkan salam. Begitu juga aku. LULU hanya berdiam diri di atas jambatan merah dan sayu pabila melihat aku. Makanan yang aku beri semalam dan pagi hari masih lagi tidak disentuh.
" ahhh. LULU jangan buat kita jadi tidak keruan  ! " 


lulu hanya menyepikan diri dan tidak langsung memandang ke arahku yang sedang memegang LILI. Mungkinkah LULU teramat sedih? mungkin juga.


selepas sahaja aku membersihkan Teratak Mega Lulu ini, barulah aku dapat melihat wajah Lulu. Mungkin dia tidak berapa selesa dengan Bau air yang hanyir ini. tapi alangkah sedihnya Lulu bersendirian lagi.



dan mayat LILI aku simpan dahulu di tempat yang selamat dan masih berharap agar Lili masih bergerak akan tetapi selepas aku balik kerja tadi, Lili tetap tidak bergerak dan aku tidak mahu berlengah lagi, mahu sempurnakan mayat Lili. aku tidak sanggup lagi melihatnya sebegitu. Perit hati ini, Luluh jiwa ini.

selamat Tinggal Lili . Akan aku ingat mu di dalam Doaku.

pengkebumian ini disertai sekali anak-anak buahku. Hanna dan Faiez 


Inilah kubur yang tak bertanda Lili. Aku tanam Lili di hadapan rumah Nenek ku sebab jika aku tanam di belakang rumahku telah adanya kubur LALA.

dan akhirnya kesudahan hidup LULU hanya seorang diri tanpa teman disisi.
AKU HARAP ENGKAU TABAH JALANI HIDUP INI LULU. AKU ADA BERSAMA KAU.





we miss you LILI (T_T) really-really miss you.

apabila aku bercerita tentang hal ini kepada mereka, respond mereka :

Fatimah : ‎Mia Nazira Nazir Suhaimi asal jalan cerita kura2 LULU mcm cerita cintamu syg?
Ayie :  Nanti aku belikan kura-kura yang baru eh? 

Lulu kembali single dan aku juga masih kekal sama. Mungkinkah nasib Lulu adalah sama dengan nasibku? Lulu sahajalah buah hati aku yang aku sayang. Dia tetap cekal mengharungi hidup tanpa pasangan disisi. Aku janji Lulu, yang aku akan secepat mungkin membeli pengganti LALA dan LILI buat mu LULU. aku takkan membiarkan kau bersendirian lagi .
love,
Mnns

Friday, February 17, 2012

maaf SUDAH BERPUNYA !

Assalamualaikum. memandangkan sudah lama dia membujang, akhirnya aku tunaikan janji aku untuk carikan dia pasangan sepanjang menjalani kehidupan yang penuh berliku-liku ini dan aku sangat bertanggungjawab untuk mencari pasangan untuknya serta tempat tinggal yang lebih luas untuknya. Sungguh aku sedih melihat dirinya setelah kematian isteri tercinta tahun lalu maka dengan itu aku nekad mengisi kekosongan hidupnya dengan pasangan barunya ini. Dan aku berharap pasangan baru ni dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan sepanjang dia melalui hidup ini. Biarlah mereka berbahagia sepanjang hayat walaupun aku masih lagi keseorangan sebab aku bahagia jika melihat dia bahagia.

akan tetapi pasangan ini hanyalah berusia 3 bulan dan dia berusia pula berusia 2 tahun untuk tahun ini. Usia tidak menjadi penghalang. Usia juga bukan pengukur setiap pasangan. jadi jangan cuba sangsikan pasangan ini. Cukuplah dia menderita kerana ditinggalkan oleh isterinya. Sadis aku melihatnya dan aku karangkan sebuah entry . TEKAN SINI

yea! LULU adalah makhluk Allah yang aku maksudkan dan LILI adalah pasangan barunya setelah kematian LALA. Aku baru membeli LILI pada hari ahad lepas iaitu pada 12 Februari 2012. Tempatnya dimana tidak perlulah aku sebutkan kerana aku sendiri lupa akan nama kedai nya.
mahu lihat pasangan bahagia ini? ayuhlah kita CEKIK DAUTTT :)

INI wajah terbaru LULU

Kediaman terbaru mereka iaitu bernama TERATAK MEGA setelah kediaman Bujang Lulu di pecahkan oleh Haikal Danial.Gambar ini diambil sebelum mereka berdua bertemu, Hal ini kerana aku telah meletakkan masing-masing di sebelah kiri dan kanan TERATAK MEGA ini.

Ini LILI 

Lili sedang mencari siapakah Bakal Pasangan dia? hensem kah? comel kah?

see? LULU was looked at camera :)

pasangan bahagia di Teratak Mega 'LULi' :)

love,
Mnns

p/s : excited bebenor aku ni -_- semua benda nak diberi nama. Anyway, menyesal pula aku beli tempat tinggal mereka begini. Jambatan hanya muat-muat untuk LILI sahaja dan LULU pula selalu tersekat di jambatan ini sebab cengkerang LULU yang besar berbanding LILI. 

1 hal lagi, aku sangat tersentuh pabila LILI selalu landing di atas LULU dan LULU hanya membiarkan tanpa bergerak walaupun selangkah kedepan mahupun ke belakang dan aku nekad untuk mengibarat mereka sebagai abang dan adik sekaligus laki-bini:')



Thursday, February 9, 2012

Orass To Medan (part 2)

Assalamualaikum, tibalah saat dimana jari-jemari aku meliuk-lentok di atas keyboard lappy untuk menyambung cerita hari keduaku di Medan. tak kisah lah se excited mana diri ini untuk menceritakannnya walaupun letih pulang dari kerja. hari kedua adalah hari yang penuh dengan perjalanan di dalam kereta. 

yea! hampir 6jam yakni 3jam pergi dan 3 jam balik dari Danau Toba, Pulau Somasir dalam daerah Perapat, Medan. Pergi sana memang sangat jauh dengan jalan menuju ke sana yang agak bersimpang-siur di tambah lagi jalan yang banyak berlubang-lubang serta tidak selancar jalan di Malaysia. Entah mana duit kerajaan Indonesia di laburkan sehingga lupa akan keselamatan penduduk di sekitar sana. aiishh. tak pasal-pasal keluar pula syarahan politik dari aku ni -_- ni yang tak suka ni..

ok, macam biasa, biar gambo hambe berbicara, cekik dautt !

Morning Anjang ! kite bangun awal tau pagi ni, pukul 7 am waktu di sana . haha

ok. ok. haikal tu berlakon baik je dengan aku padahal dia pi jilat pipi aku. manis agaknya? haha

konon-konon mereka berdua ni comel sangat ke? lalalala

the best picture among the rest ! 

ok-ok muat lagi-muat lagi. kasi masuk lagi orang . heeee

selepas tu kami terus menaiki kenderaan bertolak ke Perapat Danau Toba. Berdasarkan cerita pak supir, Di sana terdapatnya pelbagai gerai yang menjual cenderahati dan murah-murah belaka. so bila aku dengar je pak supir ngomongnya kayak gitu. aku excited deyh ! sebelum sampai ke Perapat Danau Toba, kami makan tengahari dahulu di RUMAH MAKAN TOP. sedap ! sangat sedap!

si jambu yang bermata kuyu ;)

"ok. aku tahu kau lapar mia ! sebab kau tak breakfast pagi ini -_-"

budak ni kelaparan tapi tetap akan ku kacau untuk suruh dia turut serta bergambar dengan ku. haha

pergi sini memang tak sah kalau tak order ES ALPOKAT. dan ianya sangat lazat berbanding ALPOKAT di Malaysia. itu antara salah satu sebab kenapa aku suka pergi INDONESIA.
abang pertama bersama pak supirs :D


selepas makan barulah kami bergerak menuju ke Danau Toba yang sudah tidak jauh dari tempat kami makan ini . Sungguh cantik permandangan sekitar sini, terpegun rasanya bila tengok keindahan tasik Danau Toba yang selalu saya lihat dari kaca televisyen dan akhirnya boleh lihat di depan mata saya. Suhu dan Cuaca yang panas + mendung = pandung serta suhu yang sederhana sejuk menambahkan kedamaian pabila datang ke sini 

ituuuuu lihat! tasik DANAU TOBA !

macam tasik kenyir pun ada juga tapi ini luas sikit :D

ini adalah gunung berapi yang masih aktif lagi di sini. Namanya? Gunung BERAPI ciptaan Allah :D haha mana lah gue ingat kok -_-

mula-mula datang sini nak cari RUMAH MANGSA PARA PRIYA iaitu hospital bersalin. tapi tak jumpa-jumpa pun -_- takpelah RUMAH SAKIT UMUM pun jalannnn je lah -_-

tengok jalan ke sini, memang merbahaya kan? dengan lori hantu yang banyak melalui jalan ini. so sesiapa yang expert je boleh lalu jalan-jalan begini. laaa.. orang serious maa -_-

makcik yang nampak gangster inilah yang kutip duit nak masuk ke Danau Toba ni. like i told you before di MEDAN ini memang 24 jam memerlukan duit sepanjang melancong di sini. nak masuk tempat awam pun perlu duit padahal jalan atau infrastruktur nya TIDAK dijaga dengan baik dan tidak boleh digunakan sebarangan orang. PAKCIK tu pulak? aiih ! orang kuat PERKIDA tu ! tengok snow cap die lah derrr . haha

ok-ok suasana di dalam kereta, semua bontot dah terlalu panas, masa untuk melepaskan kentot !

pemandangan melalui tempat kami parking kereta.

pak supir kereta sewa yang kedua. seorang yang baik sangat dan kelakoooor !

tokMa dan tok AYAH melayan cucu sulung.

Haikal DEBAB.

ok. kecil-kecil pandai bergayooo sakan -_-

me : mamaaaa ! pandang cameraaaaa -_- 
mama : lambat sangat ! tak sabar nak beli belah niiii -_-

kesian hanna kat belakang, sungguh aku tak perasan dia ada di belakang ku.

kalau korang bijak laksana, no di bawah no plat kereta ini adalah maksudnya apa?
'08.13'
ce teka ce teka :D

PM bukan bermaksud Perdana Menteri atau Prime Minister. tapi dia adalah Kuasa besar di Indonesia. kiranya macam PERKIDA lah kalau kat Malaysia. tak tahu perkida? tanya encik Google tu eh . heee

gemok-gemok-gemok-gemok-gemok FULLSTOP 

cik su yang awet muda bila bersama mereka. harharhar

bergambar dulu sebelom 'menekek' duit ayah. haha


 ini semua hasil hand-made dari masyrakat warga sini. kreatif kan?



bergambar kenang-kenangan di sini dong. bisa tunjuk sama suami kelak sih -_-

sesi pilih baju untuk anak buah yang tidak dapat turut serta dalam perlancongan keluarga ini iaitu Amin Faris dan Adam Faris T_T

muka abang kedua yang excited bebenor.

haaa. ni lagi seekor .

sesi mama membeli buah tenggiling dan buah mangga untuk den ;)



teruja tengok penyapu lidi gini, kesian kan?
abang : ibuk ! bisa ini budak mahu jadi menantu ibuk !
makcik Buah : waduh ! ibuk jual buah-buahan saja, enggak mahu dia ibuk begini. Ibuk orang susah dekk. waduh! adik ! jangan pegang itu, kotor. nanti tangan adik kotor.

sedih pula dengan makcik ni cakap camtu, terus saya beli penyapu dia sekali. hahaha
*acah jeeee :)

NONA ROGUY dan MAK DARA berposing  :D
*tag tu belum tanggalkan lagi tu !

muka serious tu penting, salah satu faktor tak nak orang tipu kita. faham ?
*garang niiii -_-

one of my souvenir for myself . hahaha

ok, lepastu mama ajak naik boat laju menuju ke PULAU SOMASIR iaitu pulau yang menempatkan petempatan kaum BATAK .
sesiapa yang berkenan datang ke PERAPAT ini, ayuhlah menimba pengalaman baru merentasi TASIK DANAU TOBA ini untuk ke Pulau Somasir dengan menaiki BOAT lajuuu. siap main lap lagiii.










ok! dah sampai ke sempadan. bawa ini pendatang naik ! harharhar


bawa datin ni turun dulu !

lepastu datuk ni kasi tinggal di atas boat. harharhar

tengok? masuk pulau ni pun kena bayar tau !!!

muka semua tertanya-tanya :
" apalah yang best sangat kat sini sampai dorang bagi masa 2 jam untuk jalan-jalan disini? "

bila naik ke darat je. mulut aku ternganga. waaaaaaa!! pekan yang aku anggap kecil ni rupa-rupanya sangat besar. yea! besar dengan pelbagai jualan. 


kami dibawa ke tempat-tempat perlancongan bagi perkampungan Batak ini oleh seorang boleh dikatakan pemandu pelancong dari orang Batak. 



Kami di bawa melawat ke :
destinasi pertama ialah Tempat di mana Patung Berjoget.



bukan berjogget secara sendiri, rupa-rupanya orang yang controlkan. tapi Bapak tu kata "patung boleh berjogget sendiri" memang cepat-cepat aku maju kedepan di pelosok orang ramai. tapi hampa, orang yang controlkan dari belakang -_-


selepas itu kami dibawa ke Makan atau Kuburan Tua Raja SidaButar.


kalau nak masuk ke sini ada juga aturan-aturanya ibuk-ibuk, bapak-bapak semua. Ini adalah aturannya . cekik dautttt

jangan tanya aku apa itu 'silahkan antri' sebab aku sendiri tak tahu -_-

mula-mula nak masuk kubur lama ni kena ada upacara memakai Ulos Batak atau selendang oleh Bapak ini dongg.








ok, kena layan kemahuan ayah untuk bergambar. jangan melawan. nanti dose :D

ok, ini masanya dia bercerita tentang salasilah raja Batak dan kepercayaan kaum batak. Terlalu banyak info yang kami dapati. tentang kepercayaan karut mereka dan salasilah raja-raja Batak. Dari sudut penceritaan Bapak ini, penyampaian dia cukup bagus. bahasa yang digunakan sudah cukup membuatkan kita faham apa yang disampaikan. ok, bolehlah aku bagi 4 bintang daripada 6 bintang. yang baki 2 bintang potong sebab dah bagi tips dekat bapak ini. POTONG HABIS! harharhar

ok bergambar kenangan sekeluarga itu jangan lupa !



ok. actually muka tengah seram sebab banyak sangat patung sekitar kubur ini. huh!
 tapi sebelum keluar dari kubur usang ini, kain selendang selempang perlu dikembalikan (buruk siku betul!) dan jangan lupa juga memberi sumbangan ikhlas. (duit-duit)

destinasi yang terakhir adalah Batak Muzium. di hulu Perkampungan Batak ini.

sebelum ke muzium, kena melalui deretan kedai cenderamata dan pakaian. Apalagi, mamalah orang yang pertama masuk ke kedai-kedai tersebut untuk membeli baju untuk cucu kesayangannya iaitu Alya balqis.


kain serempang/ kain selendang inilah merupakan hasil tangan rakyat disini dan kebanggaan mereka.

INILAH dia Muzium Batak.

ok, macam biasa gambar ayah dulu perlu di tangkap :)

kemudian baru gambar kami..


dan gambar saya 

ok. ayuh kita lihat apa yang ada didalam muzium ini.
cekik dauttttt

ok, patung yang menjadi kebanggaan masyarakat disini.
*panas pula tengok patung-patung ni -_-



me :inilah dia patung yang bisa menari itu pak?
bapak : iya, ini yang kamu lihat di atas sana itu tadi. Kalau kamu mahu tahu, patung ini dulunya memang bisa bergerak sendiri dan ia mempunyai ceritanya sendiri.
me : ohh.yea? apa yea?
bapak : pada zaman dulu, ada seorang raja yang mempunyai anak lelaki, tetapi anak lelakinya mati akibat diserang satu penyakit. Lepas sahaja anaknya mati, raja tersebut menjadi tidak tenang. apa sih orang kata JIWA nya enggak enak lah gitu
me : GILA lah?
bapak : haaa. gila? apa itu?
me : tidak siuman .
bapak : iyaa! itu ! jadi kisahnya ada beberapa orang dukun, bomoh, pawang dari seantero dunia datang untuk mengubati penyakit raja tersebut, tapi malangnya penyakit raja enggak bisa diubati. Maka ada seorang dukun memberi usul, membuat sebuah patung yang menyerupai anak baginda yang udah mati itu. Jadi dipanggilnya tukang ukir, tukang pahat untuk membuat sebuah patung yang rupa dan ketinggiannya serupa anaknya yang udah meninggal itu dan bomoh itu memasukkan ROH anak raja itu ke dalam patung ini. Jadi patung ini bisa bergerak dan berjogget serupa hidup dan akhirnya raja tersebut sembuh dari sakitnya dan menganggap bahawa anaknya hidup lagi.
me : ini ke patungnya pak? seram banget sih !
bapak : bukan laaa. ini hanya tiruan sahaja. enggak bisa di letakkan disini. Patung ini pula perlu di kawal oleh manusia di belakang nya. Baru bisa dia berjogget. 
inilah kisah dongeng nya. hanyalah mitos semata-mata bak kata bapak itu. 

" haiissh! pergi pakai baju! tak malu ke? "


ini mesti ada selempang/ selendang di mana-mana tempat perlancongan. akan tetapi kami tak pakai pun :P

sebelum keluar dari muzium ini, macam biasa duit akan keluar punya untuk isi tabung yang dikatakan mengikut seikhlas hati akan tetapi ia seakan-akan memaksa -_-

tangga khas buat orang kaki panjang je -_-



ok! last capture together at here :D

masa untuk pulang ke seberang, pak supirs sedang menunggu kami lama. kesian mereka :)






dan bila dah sampai ke seberang tiba-tiba berlakunya suatu tragedi dimana KAMI ditipu.
mula-mula sebelum kami menaiki boat ni, charge yang dikenakan terhadap kami adalah rp200 ribu tetapi bila kami dah selesai pergi dan balik, si PENIPU tu cakap kami kena bayar rp500ribu. WTH?
mula-mula tu memang ayah nak bagi rp200 ribu tu, tapi si PINUPU tu suruh hold on dulu. tunggu dah settle baru bagi duit. maka dengan itu, ayah pun simpanlah. bila dah settle pulak, ini jadinya. si PENIPU tu dah tipu!
hati-hatilah yea, kalau korang datang sini, lepastu korang terserempak atau dia tegur korang suruh naik boat dia untuk ke Pulau Somasir. INGATAN keras ni !
lepas je tau yang penipu tu bohong kami semua, berlakulah sedikit pertelingkahan mulut. tapi tidaklah menyebabkan tumpahnya darah Melayu di sini. dan akhirnya kami akur disebabkan perasaan hormat masih ada tatkala berada ditempat dia dan memandangkan dia sudah TUA. Sat lagi mati kang, pandai-pandailah jawap yea !

inilah dia penipu Besar :)

*maaflah gambar dari sisi. pemalu juga orangnya. harharhar



dekat sini motorsikal yamaha EGO dipanggil MIA. Masa aku pergi bandung lagi aku dah perasaan cuma tidak berkesempatan nak ambil gambo. dan sekarang inilah aku dapat tangkap cuma corak perkataan 'A' dah macam 'O' sebab nak kreatif sangat kan orang-orang sana?

to be continued ..

oklah, letih sangat ni. selamat malam :D

love,
Mnns
p/s : part 3 akan disambung bila roh rajin saya datang yea :)