geng maen pasir saya ! TQ :)

Sunday, January 8, 2012

M.A.L.U

Assalamualaikum.
hari ini memang hari yang agak memalukan. even NEGERI SEMBILAN menang, amat membanggakan saya tapi malangnya tidak segembira untuk saya melalui hari-hari yang seterusnya.

hari ini mama ajak teman dia beli barang untuk masakan seminggu di Econsave.
Econsave mana tak usahlah saya nak bagitahu.
sewaktu mama tengah memilih bawang merah, saya pun parking lah trolley di suatu sudut yang berdekatan dengan tempat saya nak tuju iaitu tempat mama memilih bawang merah. 
sebab saya fikir nak tolong mama pilih bawang sekali dari dok berdiri tercegat dengan trolley.
tak sampai beberapa minit, saya dah give up pilih bawang, sebab semua bawang yang saya pilih, semua tak berkenan di hati mama.
saya pilih bawang then letakkan di dalam plastik, mama pula ambil bawang tu balik dan letakkan semula di longgokan bawang.
susah benar hendak puaskan hati mama.
macam manalah kalau nak pilih bakal menantu mama ni yea?

saya pun beralih arah. kecewa sungguh nampaknya. 
then saya bawa diri jauh, jauh meninggalkan mama. kononnya merajuklah sambil saya ambil trolley bersama
tibe-tibe..

pakcik : dik.
me : (tak layan, takut salah pandang pula)
pakcik : dik. ooooooooo dik
me : ( masih tak beralih pandang sambil membawa trolley bersama)
pakcik : dikkkk ooooii
" apa pasai pak cik? dok ngorat aku pulak ke? hambbooii ? " 

me : (pandang) heeemm?? (dengan muka yakin sangat ni)
pakcik : bawa trolley siapa tu?
me : haaa?
pakcik : tuuu? adik pegang trolley siapa tu?
me : trolley ni? (sambil memandang trolley)

"haiiikk? bila pula mama beli barang banyak sangat ni?"

pakcik : tu trolley saya tu. adik nak bawa kemana?
me : ehhh? ye ke? sorry2. maaf2. mana trolley saya? hilang dah?
pakcik : trolley adik kat belakang ni haaa. salah ambil trolley ni. kang tak pasal-pasal saya tak jadi beli barang kang.
me : (malu.malu) haaa? maaf-maaf.
pakcik : lain kali pandang dulu trolley tu, jangan main bawa je.
me : (sambil ambil trolley) ouh. oke-oke

makkk aiiih! sumpah ! ia sangat memalukan. macam manalah saya boleh tak perasan trolley . aduhh! nasib baik mama tak perasaan, kalau mama perasaan tak habis-habis dia gelakkan saya.

dan selepas kejadian yang agak memalukan ini, saya terus pergi dari pakcik tu jauh-jauh, sejauh yang boleh sampai pakcik tu tak boleh lihat saya lagi. malu bukan kepalang. 
dah habis darah merah saya naik sampai ke muka especially dekat pipi, meninggalkan blushing yang lama untuk hilang.
sampai mama pun tercari-cari di mana saya menghilang bersama trolley. aduh! sungguh luar biasa kelam-kabut ku !

dah bila nak pergi ke parking kereta pula, saya nampak terpampang sebuah artikel, mula-mula saya dah nak keluar ni, then saya reverse balik dan baca semula artikel yang menyatakan 

CASHIER WANTED!
Basic : RM9** (f/time)+ SOCSO,KWSP,PERKESO. bla bla bla
hubungi : Ms AZIZAH : 019-***
Ms SITI NORHAIDA : 019-***

" ini kena ambil note ni "

terus saya lepak sekejap, konon tunggu mama yang masih lagi membeli barang yang tertinggal dalam list.
sambil mengeluarkan handphone, kononnya msg someone.
dengan muka yang terpaksa di tebalkan dengan orang yang lalu-lalang di situ sambil memandang.
saya type no satu persatu dan cover malu yang teramat sangat.
dan tibe-tibe.

pakcik : hai dik? tak tertukar trolley lagi kan? (sambil tergelak)

kurang asam punya pakcik, 
saya tak cakap apa-apa cuma senyum dan berambus dari tempat yang membuatkan saya malu berbaldi-baldi.

si shy-shy cat
Mnns

p/s : harap-harap, pakcik tu tak cerita dekat anaknya. makin malu aku dibuatnya.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)