geng maen pasir saya ! TQ :)

Sunday, January 1, 2012

inilah hidup

Assalamualaikum. hari ini mood sedih telah kembali pada awal tahun 2012. the worst thing that
i need to accept is i am careless person ever!
i lose my glasses, and the important thing in my life is i lose my favourite watch !

apa nak jadilah dengan kau ni mia !!

adakah saya memerlukan sesorang untuk mengingati semua barang saya?
"ok mia, jangan lupa you punya barang-barang berharga"
"jangan lupa itu"
"jangan lupa ini"
it is ridiculous !

sedih sangat sedih.

glasses adalah pemberian hari lahir saya yang ke-19 dari orang yang saya sayang iaitu ayah kandung saya sendiri.
manakala, jam tangan jenama tissot itu adalah jam tangan hadiah hari lahir saya yang ke 17 tahun dari insan yang 
saya menyampah tapi saya sayang yakni abang saya, Shahriz.

adakah saya jenis TAK MENGHARGAI pemberian orang yang saya sayang?
Subhanallah. saya sayang sangat benda-benda tu. tapi kerana sifat jahanam yang boleh membuatkan saya rugi inilah
menyebabkan orang menilai saya seorang yang tak pandai menghargai. 
tolonglah percayakan saya.

urghh! tension ! stress! tekanan! pressure! depressed!
semuanya bersangkut paut dengan keadaan saya sekarang. siapa yang mampu mendengar segala RASA ini?
siapa? siapa?

boypren? 
bekas boypren actually.
sang lelaki yang saya harapkan telah hilang dan terus hilang dari hidup ini. 
biarlah dia hilang dan membawa segala janji-janji palsu yang dia taburkan.
malas untuk saya ungkit kenangan silam itu lagi. cukuplah dia berbahagia dengan apa yang diingini selama ini.

teman tapi mesra?
rasa kecewa masih menebal dalam diri ini sekaligus membina tembok keegoan yang menapak dalam jiwa.
sekejap dia datang dan sekejap dia hilang. saya seolah-olah bukan keutamaan bagi dia.
yea! sekali dia telah mencuri hati ini, dan tibe-tibe mengambil enteng tentang rasa hati ini.
perlukah saya mengharapkan dia kembali? rasa kasih terhadapnya memang wujud tapi apakan daya kalau dia juga 
seolah-olah tidak menginginkan diri ini.
dan biarlah dia berjaya dan bahagia bersama pilihan hati.

2012. tidak seperti yang saya impikan. 
memori yang lama kemas untuk saya simpan. saya kait-kait memori lama untuk jadikan pengajaran.
walaupun pahit untuk saya telan, tapi apakan daya, seorang insan perlu melalui ini semua untuk menjadikan dia lebih dewasa.
tapi benarkan saya ini cukup dewasa?
urghh! tak mungkin.
hidup pun masih di bawah ketiak mama dan ayah, makan minum telah tersedia tanpa perlu penat lelah menyediakannya
berjauhan dengan mereka walau sehari ibarat macam sebulan lamanya.
mama dan ayah masih tidak percayakan saya jika saya boleh belajar berikari, terutama ayah. selalu sahaja memberikan
panggilan setiap hari untuk memastikan saya selamat.
berutungnya saya dapat ayah seperti dia. saya takkan sia-siakan dia.

hampir 20 tahun saya tinggal di atas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan lagi untuk
memperbaiki diri. Saya perlu ingatkan diri bahawa semua ini hanya sementara. Tiada yang kekal melainkan DIA.

benar kata mama, pelbagai insan yang kita jumpa sepanjang hidup ini.
dan insan-insan tersebut begitu berlainan sifatnya. 
mereka juga akan mengajar kita apa itu erti kasih dan sayang.
setiap insan memerlukan nya. bukan setakat INSAN malah haiwan juga memerlukannya.
tapi tiada kasih sayang yang paling hakiki melainkan kasih sayang oleh-NYA
setiap manusia tidak bisa tandingi. begitu juga saya.
betapa kecilnya kasih sayang kita.

*******

2012.
 tahun yang patut di lalui. peng awal an tahun yang begitu sunyi.
tiada lagi bisik syahdu yang kedengaran di telinga ini. tiada juga kata-kata yang bisa mengusik jiwa ini.
"selamat tahun baru sayang"
"selamat tahun baru, ayuh kita mulakan hidup baru! "

ha ha ha
tipulah kalau saya tak rasa sunyi. tipu jugalah kalau saya kata saya gembira setiap hari.
saya tak boleh lari dari segala rasa tersebut. saya cuba nyahkan perasaan begini tapi apakan daya
saya tak mampu.

stop being nonsense mia!

bukan nonsense tapi the truth i faced.

BOSAN !
urggh! nyah kau dari sini !
bawakan aku sinar bahagia menghadapku !

pergh! mengarut lagi 


p/s : entry kali ni banyak lari dari tajuk dan tunggang-langgang. Tak tahu nak describe macam mana perasaan sekarang ini. 
        maaf kalau letih membaca.


si karut,
Mnns


No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)