geng maen pasir saya ! TQ :)

Monday, January 30, 2012

dum dam dum dam kena RASUK !

Assalamualaikum. nun di luar sana seddang sebuk membakar mercun menandakan Sambutan Akhir bagi raya Tahun Baru Cina, maka sambutan yang di adakan adalah cukup meriah barangkali. dan aku pula disini hanya mampu mendengar dan kadangkala terkejut dengan sesetengah bunyi Bunga api yang begitu kuat barangkali BOM ATOM agaknya.
sambil sedang terbuai dengan bunyi-bunyi yang menyemakkan itu, aku pun layanlah youtube, mula-mula ingat nak upload video kelas tapi lambat sangat, esok pula hari terakhir aku bekerja di san fransisco. tak boleh lah tidur lambat. jadi dengan itu aku layan jugalah video-video yang menggeletek hati dan yang paling menggeletek hati aku akan sertakan di blog yang buruk ini.

nak tahu tak video yang buat aku gelak macam disampuk syaitan 'nirajimmmm' ? ayah sampai masuk bilik sebab panic kemungkinan inilah yang ayah fikirkan
"kenapalah anak dara aku gelak malam-malam buta ni? kena rasuk ke ? "
 tapi bila ayah masuk bilik ayah join skali tengok lawak dari RIUH PAGI ERA bersama JOHAN, RAY dan HANIF.

1- Video ini disertakan sekali EZANI juara Masterchef musim pertama.  layan jeee :)



2- yang ini pula agak lawak juga ! LUCREATIVE ! GUA CREATIVE ke? haha



3- "mama, papa tengah kerja, nanti call balik !"
" sayang, kita tengah ON AIR, nanti papa balik, papa buat ok? "
shooo sweeet !
hahahahaha



4- talk about facebook yaww :) tibe-tibe teringat Megat, Hanif and ayie suka cakap shortform yang teramat short sangat tu. konon bahasa Rahsia dorang.



5- Angpoww special for this Chinese New Year.. adddooooi nye pon!



6- Detective Conan - Naruto - Rio- Telenovelllala. sempoi ahh !



7- KUIH KEPUTIHAN, chocolate Rais! best gile ! layannnnn.



8- Mat Rempuh ! ahaha :D



9- UJIBAKAT



and lastly, Drama sebabak between Allayarham Din Beramboi dan Johan



actually banyak lagi sketsa dari JOHAN. layan lah sangat best tau :) at least boleh hilangkan tension kan ?
siapa setuju JOHAN lagi best dari ZIZAN? angkat kening !


ok last-last. layan koleksi lawak-lawak JOHAN ni.



love, 
Mnns



Friday, January 27, 2012

i miss you guys!

to sudden i really missed you guys when i watch all of our videos.
why times alwys running so fast?
pejam celik pejam celik, sekarang dah habis STPM.
pejam celik pejam celik sebahagian besar daripada kita semua dah busy sakan dengan kerjaya masing-masing.

mari kita imbau saat-saat dimana habis kelas tambahan kita dating 7 orang di MCD untuk buat sedikit revision.
masa ni, kita nampak macam tenang, tapi jauh disudut hati memang kelam-kabut semua.
ada yang antara kita nak buat sticky notes terutamanya aku! haha
bermacam-macam 'kaler' tertampal di buku sebagai reminder tentang fakta-fakta untuk dibuat esei untuk Pengajian Am dan bermacam-macam jenis juga buku yang di rujuk.
dan akhirnya bertawakal pada yang ESA atas segala usaha yang dilakukan.

masa ni semua tengah sibuk menelaah buku Pengajian Am. sebab esoknya adalah paper Pengajian Am. buku lain jangan harap nak sentuh gamaknya.

 dont disturb her while she writing

 ok, semua buat kerja masing-masing sedangkan aku? dengar video ucapan sendiri.

 habit yang paling buruk maybe.
aku suka bau kuku semasa sedang study.


 habit budak seekor ini adalah suka dengar music instrumental pabila study.
bak kata nya "relax"
 ini adalah Nelly dan Iffah. masa lower 6, mereka duduk bersama dan bila upper 6, iffah duduk sebelah den :)
"like father like her daughter" bak kata si Wafaa ni.

oh Hanif, pada study kali ni dia kelihatan matured sikit, dia tak layan ambil-ambil gambar ni.
dan semasa nak balik, dia dedahkan kami dengan motivasi yang menyayat hati :')
pak ustaz lah katakan.

budak ini pula pun tak layan snap-snap picture, tapi bila orang snapkan picture die, dia sangat layan . haha

 Wafaa dan Iffah. mempunyai panggilan nama yang lebih kurang sama, kadang-kadang bila panggil Iffah, si wafaa sahut dan berlaku perkara yang sama tatkala memanggil wafaa, si Iffah yang akan sahut.
 budak 2 ekor ni memang tak boleh berenggang nampaknya. mereka ni bukanlah pasangan bercinta tapi mereka adalah kawan sejiwa. faham tak? Tak faham? Buat-buat faham lah eh.

yang ini Megat, si jejaka yang menceriakan suasana. miss all of his jokes :)

si Kechik Wafaa. dah lama aku tak berjumpa dengannya. harap-harap dia sihat belaka :)

gambar ini sangat comel secomel orang yang berada di dalam gambar ini.

 sekejap study dan sekejap bergambar. itulah dia. di sebalik kekusutan temui penawar jiw iaitu bergambar


mereka pernah bermasam muka suatu ketika daulu, dan Alhamdulillah sekarang keadaan sudah pulih seperti sediakala.

ok. nak bau kuku tu, tapi masih cover lagi. haha

ini adalah salah satu video yang dapat dirakam, masih banyak video lagi. tapi nak upload dia, alamat beratus-ratus minute nak kena tunggu. Sabooooo je lah.



 dan 'pokoknya' gue amat merindui kalian dong.
bila sih kita mahu 'kencan' sebegini lagi?

really miss you guys,
Mnns

Tuesday, January 10, 2012

AMRI YAHYAH vs FARIZAL MARLIAS

Assalamualaikum. 
ini msti nak cerita pasal bola tadi lah ni?
ok, first thing, Congrates to Selangor and Negeri Sembilan.

memang saya confius nak sokong yang mana satu , tapi dah saya tinggal di Negeri Selangor NEGERI Bertuah ini, maka dengan itu saya lebih menyokong Selangor.
aiihh. nak sokong NEGRI SEMBILAN juga .
hurmm. apa-apa je lah.
janji dua-dua adalah  a part of MALAYSIA team.

yeaa. even Farizal Marlias adalah Negeri Sembilan Goalkeeper, tapi kan ada AMRI YAHYAH?

"hamboi mia? berpaling tadah? "

bukan berpaling tadah tapi berpaling arah. 
berbeza bukan?

walau macam mana pun seri 2 sama.
fair and square
dan kedua-duanya sangat hebat.
Negeri Sembilan hebat dalam 1st round game dan Selangor pula bertungkus lumus dalam 2nd round game.

dan syabas di ucapkan kepada Penjaga GOL yang comei-comei tu iaitu 
siapa lagi kalau bukan FARIZAL MARLIAS 
dan yang golap-golap tu
EFFA OWANA

dan bagi team SELANGOR especially to my Favourite player 
AMRI YAHYAH as captain
the scorer are AMIRUL HADI AWANG
and
SAFIQ RAHIM

this is some of the photo taken by HP,
sorry for the quality of the photo.
taken from TV only, tak mampu nak pi STADIUM kat NEGERI SEMBILAN tu.
jauh sangat.
lagipun esok saya dah mula kerja balik.

17? 
my favourite number liaooo 

adegan mereka berdua ini sangat kelakar. :D

ok. yang ini kena clear sikit. 
ehem-ehem :)

abuuuu ginnnn !!

half time Negeri Sembilan mendahului Selangor 

he act as captain and he worked so hard to archive for at least 1 goal.

sepakan penalti oleh Safiq Rahim sangat membantu Selangor untuk seri 2 sama

ayuh! tanduk2.

"dengar arahan aku, sat ag kalau goal, habis korang aku kerjakan! "- kata FARIZAL Marlias kepada player lain

sepakan panalti oleh Safiq Rahim.
hoooreeeyy ! 

some of the SELANGOR's fans
"semangat abang yang pukul gendang tu"

letih yea ? kesian :)

nak close up no. jersey tu.
ITU YANG PENTING !

first goal scorer.
SYABAS AMIRUL HADI.

and finally, 
2-2
"baikkk punya"

oklah, kesudahannya, seri sama kan?
tapi Selangor lebih menguasai perlawanan pada kali ini.
dan kesudahannya juga 
INI BUKAN FINAL pun.
so relax dulu.
kasi tenang itu otak, kasi relax itu badan.

dannnnn
esok saya kerjaaaaaaa di tempat baru.
 huwwaaaaaa :'(
bisakah saya biasakan diri dengan persekitaran dan rakan baru?
hopefully, i will enjoy working there.
amin~~

nevous
Mnns

p/s : ada orang tu tewas lah dengan saya. Acane ni?

Acane bermaksud Macam mana ni? hahaha

Sunday, January 8, 2012

M.A.L.U

Assalamualaikum.
hari ini memang hari yang agak memalukan. even NEGERI SEMBILAN menang, amat membanggakan saya tapi malangnya tidak segembira untuk saya melalui hari-hari yang seterusnya.

hari ini mama ajak teman dia beli barang untuk masakan seminggu di Econsave.
Econsave mana tak usahlah saya nak bagitahu.
sewaktu mama tengah memilih bawang merah, saya pun parking lah trolley di suatu sudut yang berdekatan dengan tempat saya nak tuju iaitu tempat mama memilih bawang merah. 
sebab saya fikir nak tolong mama pilih bawang sekali dari dok berdiri tercegat dengan trolley.
tak sampai beberapa minit, saya dah give up pilih bawang, sebab semua bawang yang saya pilih, semua tak berkenan di hati mama.
saya pilih bawang then letakkan di dalam plastik, mama pula ambil bawang tu balik dan letakkan semula di longgokan bawang.
susah benar hendak puaskan hati mama.
macam manalah kalau nak pilih bakal menantu mama ni yea?

saya pun beralih arah. kecewa sungguh nampaknya. 
then saya bawa diri jauh, jauh meninggalkan mama. kononnya merajuklah sambil saya ambil trolley bersama
tibe-tibe..

pakcik : dik.
me : (tak layan, takut salah pandang pula)
pakcik : dik. ooooooooo dik
me : ( masih tak beralih pandang sambil membawa trolley bersama)
pakcik : dikkkk ooooii
" apa pasai pak cik? dok ngorat aku pulak ke? hambbooii ? " 

me : (pandang) heeemm?? (dengan muka yakin sangat ni)
pakcik : bawa trolley siapa tu?
me : haaa?
pakcik : tuuu? adik pegang trolley siapa tu?
me : trolley ni? (sambil memandang trolley)

"haiiikk? bila pula mama beli barang banyak sangat ni?"

pakcik : tu trolley saya tu. adik nak bawa kemana?
me : ehhh? ye ke? sorry2. maaf2. mana trolley saya? hilang dah?
pakcik : trolley adik kat belakang ni haaa. salah ambil trolley ni. kang tak pasal-pasal saya tak jadi beli barang kang.
me : (malu.malu) haaa? maaf-maaf.
pakcik : lain kali pandang dulu trolley tu, jangan main bawa je.
me : (sambil ambil trolley) ouh. oke-oke

makkk aiiih! sumpah ! ia sangat memalukan. macam manalah saya boleh tak perasan trolley . aduhh! nasib baik mama tak perasaan, kalau mama perasaan tak habis-habis dia gelakkan saya.

dan selepas kejadian yang agak memalukan ini, saya terus pergi dari pakcik tu jauh-jauh, sejauh yang boleh sampai pakcik tu tak boleh lihat saya lagi. malu bukan kepalang. 
dah habis darah merah saya naik sampai ke muka especially dekat pipi, meninggalkan blushing yang lama untuk hilang.
sampai mama pun tercari-cari di mana saya menghilang bersama trolley. aduh! sungguh luar biasa kelam-kabut ku !

dah bila nak pergi ke parking kereta pula, saya nampak terpampang sebuah artikel, mula-mula saya dah nak keluar ni, then saya reverse balik dan baca semula artikel yang menyatakan 

CASHIER WANTED!
Basic : RM9** (f/time)+ SOCSO,KWSP,PERKESO. bla bla bla
hubungi : Ms AZIZAH : 019-***
Ms SITI NORHAIDA : 019-***

" ini kena ambil note ni "

terus saya lepak sekejap, konon tunggu mama yang masih lagi membeli barang yang tertinggal dalam list.
sambil mengeluarkan handphone, kononnya msg someone.
dengan muka yang terpaksa di tebalkan dengan orang yang lalu-lalang di situ sambil memandang.
saya type no satu persatu dan cover malu yang teramat sangat.
dan tibe-tibe.

pakcik : hai dik? tak tertukar trolley lagi kan? (sambil tergelak)

kurang asam punya pakcik, 
saya tak cakap apa-apa cuma senyum dan berambus dari tempat yang membuatkan saya malu berbaldi-baldi.

si shy-shy cat
Mnns

p/s : harap-harap, pakcik tu tak cerita dekat anaknya. makin malu aku dibuatnya.

Saturday, January 7, 2012

cause i'd liked him

Assalamualaikum. 
today i am so excited, 
why?
i heard that today have football match between Kelantan and Negeri Sembilan kan?
by the way. i would like to wish good luck to someone i adore :)

who is he?
jengjengjeng

Khairul Fahmi Che Mat ?
of cause not. 
never and ever.

but
the ans. is
tadaaaa..

FARIZAL MARLIAS
Nogori Sembilan goalkeeper.

Farizal Marlis, lately he is not famous like si Apex, but he is the best goalkeeper i had seen before.
i should accept that the BEST goalkeeper is belong to Apex.
but FARIZAL MARLIAS is THE GREAT goalkeeper ever.


in the left and the right at this photo are the player i like most.
FARIZAL MARLIAS and AMRI YAHYAH.
( ada aku kesah? )

ok. forget about that.
malam ni kita lihat siapa yang bakal beraksi dengan mantap.
and siapa yang akan pertahankan kubu buat kali ni.
either Apex or Farizal Marlias, both of them have their own specialities.




hopefully, u can do the BEST performance tonight.
" hobin Jang Hobin."
" tolong jaga gawang gol, jangan sampai bocor. "

p/s : mesti makan hati g/f  Farizal Marlias ni, i am so sorry, i just admire him, not more than that :)

" kenapalah Farizal Marlias ni, masuk Negeri Sembilan? masuklah Selangor, barulah mantop! "


we will see tonight,
Mnns

Wednesday, January 4, 2012

no one is perfect

Assalamualaikum.
ok tadi saya punggah punya punggah TER jumpa pasport lama. yeah! sangat ketinggalan zaman rasanya.
lepas je saya buka itu pasport, saya tergelak. sebab apa?
muka masa budak-budak begitu kehingusan. 
saya tidak begitu comel seperti mereka-mereka semua sewaktu kanak-kanak.
dan saya jenis yang suka memakai baju kurung sewaktu kecil. 
sopan bukan? 
sopan anak pakcik Nazir ni tapi perangai masa budak-budak macam lelaki. pakai baju kurung tapi duduk terkangkang, panjat sana-panjat sini, terjun bangunan sana-terjun bangunan sini.
dan bila di tegur, menangis.
sampai sekarang, tapi sekarang masih dapat control. heee

jeng-jeng-jeng
(tak payah nak tumbesaran sangat gambar ni ! ) haha

Ok. naik je form 3, tukar gambar pasport lain. tapi malangnya masa form 1 till fom 4, saya tak melancong ke luar negara. so tak adalah gambar dari pasport.
tapi gambar dari lesen adalah !
itu pun tinggal sekeping, so saya kasi tampal itu gambar di lesen P yang saya pegang sampai sekarang.


senget sikit gambar dia. sebab scan pun senget macam tuan dia.
gambar ini diambil sewaktu saya akhir form 3 selepas PMR.
(tak payah nak tumbesaran sangat)

dan semasa saya form 5 till form 6. Inilah gambar pasport yang agak barulah. masa ni terlampau gelap disebabkan kulit muka yang gelap. haha
dah sememangnya saya ini hitam manis. dan tak boleh nak buat apa.

"mata nak kuyu je."

ini pasport yang hampir sahaja akan tamat tempohnya dan akan diganti dengan yang baru.
goodbye. i will keep you safely :)

then this is the latest pasport photo.
and it's taken today.

muka pucat tanpa sebarang kosmetik.
i like !

Mia and Wafaa

that's all for today. 
kbai.
love,
Mnns

p/s : actually, esok saya nak kena buat pasport baru. tu yang sibuk menyelongkar mencari pasport lama untuk di renew. :)

Monday, January 2, 2012

akhirnya hilang sudah kegelisahan ini

Assalamualaikum. entry kali ni tak mo sedih-sedih lagi dah !
sebabbbbbb
  1. saya dah temui kembali JAM TANGAN kesayangan saya ni
  2. saya dah beli glasses baru
  3. sempurna sudah hajat ku
kes pertama : kehilangan jam tangan.

jam tangan yang saya sangka hilang itu, sudah ditemui. nak tahu kat mana?
dekat tempat kerja!!!
OH MAIII munah, means saya kena datang ke tempat kerja untuk ambil semula jam tangan tersebut. Actually, saya tak terfikir pula yang saya tertinggal jam kat sana, itu pun sebab mama suruh tanya boss. So, saya pun dengan rasa segan dan malunya saya msg boss,

" Assalamualaikum puan, maaf saya mengganggu. Puan, saya nak tanya kalau-kalau ada ternampak jam tangan sy besi jenama tissot kat sana, sebab saya rasa tertinggal dkat sana antara dekat bilik yang saya selalu solat ataupun dekat meja office. Kalau ada, tlg puan beri tahu saya secepat mungkin. terima kasih puan "

01-01-2012, 09:42:42pm
tak lama selepas itu,

" Nanti saya tengok, kalau ada saya bg tau. Skrg ni tengah tunggu lori sampai, kak Aida pindah"

01-01-2012, 09:44:52pm

wahh! ciput bebenor boss ni balas. aku dahlah tengah nervous tahap beruang ni !
dan tunggu punya tunggu, pagi esoknya baru boss mesej saya yang berbunyi :

" Jam Umi dah ada "

02-01-2012, 09: 02: 58am

walaupun pendek ciput mesejnya, ini pun telah membuatkan saya jatuh tergolek dari katil sebab terlalu happy.
Alhamdulillah Ya Allah ! DIA telah memaqbulkan doa saya.

" Saya jumpa ats tilam di bilik yang selalu umi solat. Kol 3.30 ptg saya takde kat rumah. Tapi kak Aida ada. Awk call dia bila sampai. Saya akan letak kat atas meja makan yea? "

02-02-2012, 11: 47: 20am

tak habis-habis saya ucap terima kasih kat boss, sampai dia sendiri tak balas msg saya.
dan lepas je habis tengok cerita TITANIC di Astro Ria, saya ajak ayah untuk temankan saya pergi ambil jam dan paling best ! beli glasses baru ! 
*****
sampai je rumah boss, saya kena menonggok lama depan rumah dia, sebab kak aida ada tetamu dekat rumah dia yang bersebelahan rumah boss dia. Bila dia keluar je, dia terus datang kat saya sambil terkocoh-kocoh, kesian diaaaaa.

Kak Aida : maaf-maaf, akak ada tetamu tadi. 
me : kak, saya datang nak ambil jam saya yang tertinggal.
Kak Aida : tau-tau. macam manalah awak boleh tertinggal. (sambil tergelak)
me : saya pun tak perasaan baru je semalam perasan. (ketawa tak ikhlas nampak gayanya)
Kak Aida : tulah, kalau hilang sia-sia je, mahal tu. Mama cakap, mahal tu jam ni, Tissot. (ketawa)
me : tu lah saya sayang sangat, kalau hilang, memang saya kena marah dengan abang, sebab dia yang bagi hadiah ni.
Kak Aida : lain kali jangan cuai-cuai, nasib baik kat rumah akak, kalau tercicir kat mana-mana, untung orang yang jumpa tu.
me : hehe, ok kak. terima kasih kak. hmm, ayah pun dah tunggu kat luar, sat lagi dia bising pula.
Kak Aida : oh ye ke? ok-ok, kirim salam dekat mak dan ayah. Good luck lepas ini kay?
me : (salam) ok, Insyaallah kak, terima kasih kak.(berlalu)
Alhamdulillah, terlepas satu kesulitan yang malam tadi membuatkan saya tak boleh tidur dengan nyenyak.


jam inilah saya gunakan dari saya tingkatan 5 sehingga sekarang tanpa perlu saya tukar baterinya.
Alhamdulillah. Mia masih menghargainya wahai abang ku !

kes kedua : glasses

balik je dari ambil jam, saya ajak ayah pi beli glasses baru yang telah hilang pada 16 Disember 2011 yakni semasa temuduga kerja sebagai kerani dia Art creative.
saya ajak ayah menuju ke THE MINES sebab saya tahu kat sana ada SALE besau-besau !
ayah pun menurut je pada kehendak anaknya ini. Kesian ayah. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ayah !
tapi kali ni glasses saya, saya tak perlukan bayaran dari ayah, sebab hal ini, saya hilangkan maka saya jugalah kena tanggung segalanya. 
dan disebabkan ke tidak sabar an ini, saya nak juga ambil glasses hari ini, sebab saya tak dapat hidup tanpa dia pada waktu malam, terutama apabila drive. Ia sangat merbahaya bagi saya, maka dengan itu, ayah suruh tunggu selama 1 jam untuk ambil spec mata ini. Terima kasih ayah sebab sudi menunggu dan belanja Mia makan.

dan maaflah kepada WAFAA, sebab spec mata ni, hampir sebiji dengan kau punya, dan jenamanya. bukan sebab nak tiru kau, tapi itu sahajalah yang menarik bagi aku, dan maaf sebab terlalu excited mesej kau pada time tu. Sesungguhnya, aku sayang kau, dan sebab itulah aku beli yang hampir sama dengan kau! heee



kes ketiga : hajat ku akhirnya sempurna

dan selepas je balik dari beli glasses ni, saya cepat-cepat pulang sebab mama dan kakak telah menunggu saya  di rumah, sebab saya ada janji yang belum di kotakan pada mereka.
dan pulang-pulang je, terus siap-siapkan anak buat yang nakal ni dan keluar semula untuk makan di H.R restaurant, sudah lama saya tidak kesana ! rindu rasanya. 
hanya inilah yang saya mampu treat mereka, dan saya janji akan treat yang lebih lagi.
INSYAALLAH.

her name is ALYA BALQIS but i call her as GENDUT ku

his name is DANISH and i call him as BULAT ku.

Alya Balqis yang makin hari makin lasak !

I WILL KILL YOU ! hahaha (gelak jahat!)

look ! what i do with her? she was uncomfortable but i forced her to snap again and again !

after she make us furious, she get her 'candu' and make my thighs as her pillow.

hai. hai. i'm little tired.

like mother like her little hero.

pipi dia membuatkan saya rakus untuk menciumnya ! haha








enough from me for today. i hope one day my smile become more bigger than this.
wish that you guys have a GIANT smile everyday, every second because when you smile, you will look more younger than everyone and your life more brighter than fluorescent light. haha

love,
Mnns