geng maen pasir saya ! TQ :)

Tuesday, December 20, 2011

disaat ku bekerja

Assalamualaikum.
amacam mula kerja?
BEST?

awal-awal masuk keraja, saya terima beberapa mesej daripada insan-insan yang saya sayang ni..

maryam :hey kak :), keje lek lok, jgn hard2 sgt la tau. adk tau akk kena keje keras tok blanje adk. haha! Good luck n have a nice day kakak sayang :)

fatimah : sayang good luck !

wafaa : seronok keje? :)

ayah : ayah kat serdang la ni. Pjabat kat mana? balik pukul berapa?

tapi sayangnya, saya tak dapat balas, sebab kerjaaaa. konon nak tunjuk baguslah tu mula-mula.

sumpah ! kje dia sangat bosan sebab saya seorang je pekerja. nak bercakap pun masih tengah dalam proses pengenalan dengan penolong pengurus dan pengurus .
datang kerja kena pakai pakaian formal. pergh! 
pakai baju kurung/ baju kemeja (labuh) / baju muslimah.
sebab apa?
sebab boss saya tu alim sikit, maka dengan itu, kena jaga penampilan.

datang je kerja kena on air-cond, on komputer, check e-mail, and whatever.
saya juga kena tagged baju, iron baju, and packing baju.
semua saya kena buat sendiriiiiiiii ! no one help !

oh yea, syarikat yang saya kerja ni adalah syarikat pembekal dan pencetakkan baju t-shirt atau korprat atau door gift atau sebagainya . MACAM-MACAM.

dan lagi satu hal. TEMPAT KERJA SANGAT JAUH !
dengan saya kena lalui kesesakan lalulintas ni hampir setiap hari !
pergi dan balik ! no offense !



inilah tempat kerja baru sementara saya.
office dia comel sangat.

ini adalah meja saya

ini adalah produk yang dipasarkan. 
pelbagai baju dan jersey.





fail-fail yang perlu dikemaskini. OH yea! tugas ku.




comelkan office ni?

hari pertama ku 


hari pertama, semangat gila datang awal. kerja saya masuk pukul 8.45am, tapi saya dah sampai pukul 8am.
sebab penolong pengurus tu cakap "saya tak suka pekerja saya datang lewat, jadi elakkanlah"
maka dengan itu, saya datang awal lah. takut juga karang dia mengadu dekat mak andak saya.
mana nak letak muka ni? hahaha

hari pertama bekerja juga, saya hanya menguruskan fail-fail sahaja. make it label.
maka dengan itu automatically, keluarlah ke kreatif an saya yang tak pernah saya keluarkan.
saya sendiri langsung tak percaya yang saya label kesemua fail-fail tu dengan kemas.
fail MUET pun tak sekemas ni !

dan kalau ada masa lapang, apa lagi? NOVEL lahhh !

hari keduaku.


hari ini saya punya tugas, sambung kemaskini fail, lepastu faks kan surat, jawab panggilan customer dan akhir sekali adalah tagging t-shirt sampai lah balik.
sungguh banyak ! hampir 300helai.
yang paling parah, saya kena buat seorang diri sebab boss dan ass. boss keluar pergi pejabat kedua, maka dengan itu, tinggallah saya seorang. dan dengan itu juga, kadang-kadang saya take time untuk rehat. YA ALLAH, ingat tak letih?
letih sangat tau. tapi nasib baik tidak ada tekanan.
tiba-tiba, saya terima panggilan dari boss,

boss : mia, boleh kamu tolong fakskan paymet bill dekat orange sport? payment tadi tak sampai lah.
me : tapi tadi saya dah faks kan?
boss : tulah, takpe awak guna no. yang saya bagi ni. 07-blablabla
me : ok

saya pun fakslah. tak sampai beberapa saat,..

boss : awak dah fakss ke belum?
me : sudah.
boss : tapi kenapa elen kata tak dapat?
me : haaa? saya dah fakskan tadi puan.
boss : awak faks, terbalikkan kertas tu dan make sure nanti bila dia print, keluar benda yang kamu faks tu.
me : haa? laa. ye ke? saya lupa nak terbalikkan, patutlah tak dapat. ok2, saya buat balik semula.
boss : patutlah. ok-ok. terima kasih yea?
me : ok.

tengah je fakskan dan masukkan kertas untuk printing, tiba-tiba pasu sebelah faks jatuh dan pecah.
YA ALLAH ! tergamam saya seketika. 

"apa nak buat ni?"
"benda apa pula yang pecah ni?"
"nak bagi tahu boss ke tak ni?"
"agak-agak-agak kena potong gaji ke ni?"

takpelah, saya perlu bagitahu. sebab nanti akhirnya ketahuan juga. sebab saya buang benda tu dekat bakul sampah office. dah kelam-kabut sangat, takut semua ada.
tapi boss takde pula hari ini. mungkin esok saya akan bagitahu.
pergh! seram pula -_-"
love, 
Mnns

p/s : tolonglah selamatkan diri ini. lembutkanlah hati boss ku ini. amin~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)