geng maen pasir saya ! TQ :)

Sunday, December 18, 2011

adegan panas (18+)

Assalamualaikum.
tengah sedap merelaxkan minda dan badan sambil membaca novel.
ada pula makhluk Allah ni buat adegan panas di depan mata.

nak lihat, rasa macam melanggar privasi, tapi terpaksa lihat sebab bunyi yang agak menganggu kosentrasi saya membuatkan novel yang di pegang dipandang sebelah mata dan adegan panas mereka membuatkan saya terbeliak sambil tergelak.

yea. benar orang kata, setiap makhluk Allah memerlukan kasih sayang, dan dari kasih sayang akan timbulnya zuriat tanda cinta dua insan.
begitu juga dengan makhluk ini, tapi bezanya adakah mereka sudah berkahwin? adakah mereka halal untuk bersedudukan bersama? dan adakan situasi ini layak untuk dipertontonkan?

lantas kepala yang biol ini juga di ketuk beberapa kali. oh tidakkkk.
" ayah bayar zakat untuk kepala ini, jangan diketuk! "
maka dengan itu saya mengambil handphone untuk merakam adegan panas ini walaupun makhluk ini sudah memandang saya tapi masih melakukan operasi bersama ibarat tiada manusia yang melihat aksi mereka.

"masa untuk klip 3gp!"
ahhh. malas mahu merakam tapi hanya gambar mampu ku tunjukkan.
kerana kalau merakam video, nak upload lama. baik tangkap gambar sebagai bukti.
tapi gambar ini tidak boleh di gembar-gemburkan kerana ianya hak asasi mahkluk ini.
rasanya diri ini salah memperalatkan media komunikasi dengan tujuan kontroversi yang basi.

tapi sememangnya adegan ini amatlah diluar jangkaan saya. dan pertama kali melihat di depan mata.
sudah cukup untuk saya ta'rifkan bahawa makhluk ini dahagakan kasih sayang, mahukan belaian dan sentuhan azimat oleh pasangannya.
akan tetapi, pasangannya hanya membisu tanpa beralih dan tanpa menolak ajakan nafsu.
dan akhirnya pasangannya memberontak untuk memberhentikan tindakan berahi itu.

ini lah dia makhluk yang saya katakan.









dan akhirnya pasangannya itu memberontak minta dilepaskan

sesi pujuk memujuk 

menunggu agar hati pasangan itu cair.


dan kali terakhir saya melihat kucing ini, si kuning masih menunggu di tepi longkang dan si putih hanya buat tak tahu dan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

yaaaa. itulah orang cakap, bukan manusia sahaja yang memerlukan kasih sayang, akan tetapi haiwan juga memerlukan nya untuk menambahkan zuriat mereka.
dan benar orang kata, bukan setakat manusia yang memiliki nafsu kuda akan tetapi kucing juga sedemikian rupa.

love,
Mnns
p/s : bila dengar je teriakan si betina saya rasa seram sejuk dan mengandaikan bahawa si jantan dah lama meng'usha' si betina dan setelah si betina jual mahal, lantas si jantan menerkam si betina dengan gigitan azimat.

pergh! nasib baik aku dah berumur atas 18 tahun . hehehe

3 comments:

  1. hahaha . dosa ar akak . tengok ! snap plak tuh . haha =)

    ReplyDelete
  2. adek maryam : die pun tgok gak. haha
    nel : apeeee? suka kau ekh?

    ReplyDelete

tinggalkan pesan anda disini :)