geng maen pasir saya ! TQ :)

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil-Adha 'ambo' ucapkan :)

 Assalamualaikum semuaaaa.
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-adha.

"raya-raya juga. periksa jangan kau lupa ! "


"raya haji ni hanya untuk orang yang pergi haji, MIA ! kau bukan pergi haji! jangan beraya! "


ayat-ayat ini lah yang abang dan ayah ucapkan pada saya.
tapi kadang-kadang stress pun ada tapi, kelakar lebih ada lah.

betul ke raya haji ni untuk orang yang pergi haji? habis kita yang tak pergi haji nak buat apa?
kelakar bukan?
tapi saya tahu itu ayat yang tak nak bagi saya raya berlebih-lebihan.
ok. saya akan beraya dengan kesederhanaan.

yea. memang sederhana.
sebab tahun ni saya tak berkesempatan untuk menunaikan sembahyang raya .
SUMPAH! sangat sedih!

kesihatan yang sedikit terganggu membuatkan saya rasa saya perlu beraya dengan kesederhanaan.
yeah ! hidup perlulah penuh dengan kesederhanaan bukan?
senyum sikit :)

waahh! saya dah dengar takbir raya berkumandang.



sangat syahdu. lagi syahdu kalau saya dapat sertai bersama jemaah haji yang lain di Tanah Suci.
semua ummat Islam mahu bukan?
tapi Insyaallah, kalau kita ada rezeki, kita pasti akan menjadi tetamu Allah di sana kelak .





oh yea !
tapi kita juga berkesempatan untuk meningkatkan amal ibadah yang Allah sudah offer pada kita.
salah satu nya puasa sunat pada 9 Zuljihijjah. Terdapat beberapa hadis mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zulhijjah.  Oleh itu, sesiapa yang berpuasa dalam sembilan hari pada awal bulan ini (hari ke-10 adalah hari Raya) hukumnya adalah sunah. Sabda Rasulullah (saw) yang maksudnya;



يصوم تسع ذي الحخّه ويوم عا شوراء وثلاثه ايّام من كل شهر اوّل اثنين من الشّهروخميسين
“Rasulullah (saw) berpuasa sembilan hari dalam bulan Zulhijjah dan pada hari Asyura dan tiga hari bagi setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan dua hari Khamis.” (Status hadis ini ada sedikit pertikaian dan ada yang mengatakan sahih – HR Ahmad dan Abu Daud)


PENENTUAN HARI ARAFAH

Timbul persoalan dalam menentukan bilakah hari ‘Arafah bagi negara-negara selain Makkah/Madinah. Penentuan bilakah hari ke-9 Zulhijjah adalah penting bagi membolehkan kita berpuasa sunah ‘Arafah dan bagi menentukan jatuhnya Hari Raya ‘Adha/Haji.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama sama ada ianya berdasarkan timbulnya anak bulan di sesuatu negara itu atau berdasarkan timbulnya anak bulan di Makkah.Pandangan yang lebih kukuh adalah mengikut masa timbulnya anak bulan bagi negara yang didiaminya. Misalnya, jika negara Malaysia melihat anak bulan sehari selepas hari ‘Arafah di Makkah iaitu 9 haribulan di Makkah ialah 8 haribulan di Malaysia, maka, maka penduduk Malaysia akan berpuasa pada hari ke 9 (iaitu hari ke 10 bagi Makkah).

Pandangan ini sejajar dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud sesiapa yang tidak mengesan anak bulan, tidak dikehendaki memulakan puasa.  

Dalil al-Quran ini juga disokong oleh hadis Rasulullah (saw).  Perlu disedari, ibadah puasa adalah di antara ibadah yang ditentukan mengikut peredaran bulan bukannya peredaran matahari.  Bagi penduduk di negara sebelah Barat atau Timur Tengah mereka akan menerima kemunculan anak bulan lebih awal dari negara sebelah Timur sebab itulah dalam hal ini mereka lebih awal dari Malaysia.

Bagi mereka yang masih mempunyai kemusykilan dalam hal ini, sebahagian ulama menyarankan kita berpuasa pada dua hari iaitu pada 8 haribulan (9 haribulan di Makkah) dan pada 9 haribulan mengikut masa Malaysia.
Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah | Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah
Berdasarkan beberapa hadis yang sahih, berpuasa pada hari ‘Arafah mempunyai kelebihan yang  besar seperti di bawah: -

صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده
وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله

Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;
“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)
Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;

من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه
“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.”(Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)

Kita wajar merebut peluang ini kerana sebagai insan tentunya kita banyak melakukan dosa sama ada yang kita sedari mahu pun tidak disedari.

LARANGAN BERPUASA BAGI JEMAAH HAJI DI ‘ARAFAH
نهى (رسول الله ص) عن صيام يوم عرفة بعرفة
“Rasulullah (saw) telah melarang berpuasa di hari ‘Arafah (bagi mereka yang berwukuf) di ‘Arafah ” (HR Abu Daud)



*Sebelum itu, saya nak minta maaf sebab tak post entry ini awal-awal lagi disebabkan saya begitu sibuk untuk minggu-minggu ni.


Lihatlah bertapa besarnya ganjaran yang Allah offer pada kita.
walaupun kita tak dapat untuk menjejakkan kaki untuk menunaikan rukun Islam yang ke-Lima.
kita patut bersyukur bukan? Allah amat pemurah dan memberi kemudahan kepada ummat manusia supaya di jauhkan dari azab api neraka.


dan saya harap, kalau saya diberi kesempatan dan di panjangkan umur, saya akan tunaikan Puasa sunat ini.
ayuh dong, mari kita sama-sama rebut peluang yang Allah sudah sediakan pada kita free of charge !


oklah. kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang keindahan hadis dan motivasi diri.
mari melawat ke SINI.


sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua ummat Islam dan pembaca yang sudi luangkan masa terjah blog yang tak seberapa ni.


 terima kasih banyak-banyak ( hamboi. macam ramai sangat readers aku ni ! )



salam Aidil Adha daripada keluarga Nazir B. Suhaimi :)

p/s : air mata mengalir tatkala melihat jemaah haji yang menghadapi pelbagai dugaan di Malaysia ketika mereka berada di Tanah Suci, Makkah yang disiarkan di Buliten Utama pada 4 NOVEMBER 2011 . Moga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna hendakNYA. amin.

love,
MNNS

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)