geng maen pasir saya ! TQ :)

Sunday, November 6, 2011

dengarlah wahai bakal suami ku.


Wahai orang yang lembut hatinya,
sudah lama aku selalu mengejar pahit,
kelam oleh penderitaan,
selalu di kecewakan,
aku tak perlu siapa pun kecuali Allah di hati ku
tapi kau datang dengan cahaya

Aku ingin menjadi yang halal bagi mu
yang akan kau kucup keningnya
yang akan kau peluk di saat dia berduka
kau hapus air matanya
kau sinari hidupnya
dan kau menjadi imam di dalam hidupnya

wahai lelaki yang budiman,
Kau seorang yang memahami apa mahunya dia,
kau juga seorang yang tidak membiarkan dia berduka
kau juga tidak membenarkan air mata nya jatuh menimpa dunia
dan kau semahu-mahunya ingin meraih hatinya nya dia
dan menjadi sebahagian insan yang dia cinta


dan aku mahu menjadi insan yang bertuah itu
yang akan ku hiasi di dalam syurga firdausi
yang menjadi teman setia ku bila aku kesepian nanti
yang akan membimbingku tatkala aku tersasar dari landasan hidup 
yang akan ku peluk tika ku resah di hati
yang akan ku jaga pada hari senja nanti
yang akan setia bersama ku hingga ke akhir hayat ku nanti
dan akan setia disisi ku dan mengiringi jasad ku sehingga ke liang lahad yang terakhir.


dari orang yang selalu merindukan cahaya
Nor Umira Nazira Bt Nazir

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesan anda disini :)