geng maen pasir saya ! TQ :)

Saturday, May 7, 2011

MIA sayang MAMA

assalamualaikum semua :)
seperti mana yang kita semua tahu..
8 MEI 2011 adalah HARI IBU.
dan saya di sini nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada MAMA yang sedang tidur (sekarang ni)


kepada MAMA tercinta : PN ASNIDAR BT HJ BAHARUDDIN.
( kalau mama bace lah :)




MIA SAYANG MAMA LAJU-LAJU :)











mama, tiada kata yang mampu mia ucapkan melainkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kerana telah membesarkan mia dan menghalalkan susu mama yang mama beri sewaktu mia lahir dan sehingga umur 5+ tahun.
TERIMA KASIH mama..

kasih sayang mama terhadap mia dan adik beradik TIDAK TERHINGGA dan tiada tolok bandingnya.
dan minta maaf kalau mia ada buat mama pening, letih dan marah sepanjang mia membesar di depan mata mama.

mama..mama..
mama seorang yang sangat tabah dan sabar menjaga kami semua..




mama sabar melayan hero mama yang 5 ekor kesemua nya dan 2 heroin mama yang manis-manis belaka..
mama sabar melayan mia yang kuat menangis dulu..
macam 'sawan' babi bak kata abang-abang..



mia yang 'cengeng'.. yang mahu apa yang diinginkan..
yang cerewet.. yang manja..

mama..mama..
banyak sangat kemahuan mia yang mama dan ayah telah tunaikan..
tetapi mia?

mama dan ayah..
mia janji mia akan buat yang terbaik dan sehabis baik untuk mendapatkan result yang TERBAIK dan bukan TERBALIK.
berkat doa mama dan ayah + usaha.. mia yakin ALLAH akan maqbulkan.

mama..mama..
mia nak jadi seperti mama yang sabar..
sabar dalam menempuh hidup yang penuh berliku ini..
mama sabar dalam melayan kerenah adik-beradik ayah yang tak boleh melihat keluarga kita senang..
mama berusaha untuk buat kehidupan kami sekeluarga bertambah baik tatkala ayah sibuk mencari nafkah..

mama sabar dalam melayan kerenah abang-abang yang makin hari makin 'membesar' dan makin hari makin lupa tanggungjawab sebagai anak..
oh mama.. sungguh tinggi kesabaran mu..

mama mendukung abang pertama dan abang kedua
mama..
kadang-kadang mia rindu nak dengar mama membebel..
dah lama dah tak membebel..
mungkin sebab mama dah letih..
sebab apa yang mama bebelkan, macam 'angin lalu'..
tapi mama, apa yang mama bebelkan..mia akan ingat sampai mia besar nanti :)

mama.
setiap hari mia mengharapkan doa dari mama..
setiap mia pergi sekolah, mia akan tnggu mama habis solat..
mia nak salam tangan mama..
kalau mia tak dapat salam, mia rasa mia datang sekolah macam tak aman..ada jea yang tak kena..
ternyata betul mama..

mama..mama..
mama seorang yang pemurahkan?
kalau mia minta duit, mama akan cakap..
"ambil dekat beg mama"

mia ingat lagi masa pipi mia terbakar akibat kesilapan mia sendiri..
mama berusaha cari ubat untuk mia..
sedangkan waktu tu mia hampir-hampir give up nak hidup dan berhadapan dengan orang ramai..
tapi mama cakap.. " parut di muka takkan kekal lama "

yea ma,.. benar kata mama..
sekarang parut akibat kejadian tu dah hilang..
sebab mama sanggup berlabur duit untuk beli pelbagai jenis ubat supaya kesan parut tu hilang..

masa mama dapat tahu mia sakit..
mama marah-marah mia sebab mia tak bgitahu awal-awal .. tapi akhirnya mama pujuk mia balik dan mama cakap " semua penyakit ada ubatnya "
dan Alhamdulillah.. mia masih hidup sampai sekarang atas doa mama..

mia bersyukur dapat mama sebaik dan sehebat mama..






daripada mia baby..


  kanak-kanak..




dan sampai sekarang ..


dan

mia harap mama dan ayah ada sewaktu mia berjaya dan bahagia kelak :)

mia sayang mama dan ayah sampai mati :)

doa mama dan ayah amat mia perlukan untuk mia lalui hidup ini .

TERIMA KASIH MAMA..
I LOVE YOU soo MUCH !




daripada ANAKMU,
NOR UMIRA NAZIRA BT NAZIR
mnns
  

6 comments:

tinggalkan pesan anda disini :)