geng maen pasir saya ! TQ :)

Saturday, March 26, 2011

apa maksud mimpi saya?

assalamualaikum readers :)
salam 1 MALAYSIA.
layan lagu nih jap..

hey..nak tahu tak..malam tadi saya mimpi yang menyedihkan gak..
sampai nangis2 koddddd..

mimpi saya adalah :

saya bermimpi hidup saya sekeluarga sungguh happy, tapi pada suatu hari mama sakit..
ayah bawa mama pergi hospital, doktor kata mama tak boleh hidup lama..

so saya sedih sangat.. mama suruh send msg dekat abang-abang yang lain

msg die berbunyi macam ni ha..
: mama dah meninggal dunia :


saya hantar msg kat abang-abang saya yang lain..

tak lama lepas tu, abang-abang lain reply..mereka tak percaya..mereka kata saya main-main.. mereka marah-marah saya sebab saya ni suka hantar msg main-main kat mereka..
mereka kata mereka tak dapat balik rumah sebab sibuk dengan kerja.

saya pon duduk kat sebelah tempat mama berbaring..
saya nak tanya, kenapa mama suruh saya hantar msg mcm tu..
tp tiba-tiba mama bersuara
" nanti kalau mama dah tak ada, mia jaga ayah tau..
mia jaga rumah
mia masakkan untuk ayah
mia kemas rumah
bangun awal setiap pagi
mia jadi anak yang solehah tau
belajar rajin-rajin banggakan ayah.
jangan buat ayah marah "

saya menangis..
saya nak ckap..
tapi knapa tak boleh keluar?
saya nak cakap macam ni

"mama..jangan tinggalkan mia..
kalau mama tak ada,
siapa nak msakkan utk mia?
siapa nak kjutkan mia setiap hari?
siapa nak sayang mia lg? "

tiba-tiba..
mama kaku..mata mama terpejam..
tangan mama sejuk sangat..
mama dah tak ada ke?

saya jerit..
tapi kenapa suara saya tak keluar?

ohh..saya mimpi..
(saya buka mata)
eyh ! tidakkk..saya bukan mimpi..
saya dekat dunia yang sama.

eyh ! mama mama..bangun..bangun..
JANGAN TINGGALKAN MIA.
YA ALLAH..tolonglah..

saya buka mata..
saya tersedar..
"eh ! apa pasal ada air mata keluar ni?"

ALHAMDULILLAH..
mimpi rupanya..
mimpi dalam mimpi..

YA ALLAH..takutnya kehilangan orang yang paling saya sayang..

saya bangun je saya terus pergi dekat mama..
mama tengah tengok TV lah..
ALHAMDULILLAH again..

saya pandang muka mama..
teringat ustazah ada cakap 
"kalau kita pandang muka mak kita, kita dah dapat pahala"

mama..mia sayang mama sangat sangat sangat sangat..
JANGAN TINGGALKAN MIA eyh?
selepas ini saya tak nak lagi bantah cakap mama..
saya tak nak melawan cakap mama
saya tak nak lagi tinggikan suara dekat mama..

maafkan mia mama..
mia sayang kat mama

mungkin Allah datangkan mimpi ni untuk sedarkan mia..
tapi mohon sangat pada MU Ya Allah..
jangan ambil mama dari mia..
mia tak sanggup..


I LOVE YOU SOO MUCH MAMA
dont ever leave me mom
i can't move on without u
i really-really regret what i've done to you.
im soo sorry mom coz i never make u proud of me..( i think )
but i promise..
i will make u proud to be my mom..
yea..MY LOVELY MOM.

can i dedicate a video n a song to you mom ?




with love from your  youngest daughter,
NOR UMIRA NAZIRA BT NAZIR

Saturday, March 19, 2011

LARA RINDU .

assalamualaikum.
lara rindu?
yes ! i meant it ! :)

tengah melara rindu kat orang 'la ni' -_-
*apa kena lah dengan kau ni mia ?

act ini adalah TAJUK NOVEL the best yang saya pernah baca .
dan memang bertepatan sangat lah dengan m00d saya sekarang.
macam tau-tau jea -_-

*****


NAJMAN,si suami yang penyanyang :

"saya bukan nya macam SHAH JEHAN yang sanggup bina TAJ MAHAL untuk MUMTAZ nya. Saya pun bukan MAJNUN yang setia kepada LAILA nya walau jasad dipisahkan dengan nyawa.
Saya mungkin tidak mampu lakukan seperti ROSE lakukan yang tetap menanti JACK walau tahu kekasihnya sudah meninggal dan bersemadi sama seperti hancurnya kapal TITANIC.
Saya cuma mahu mendidik wanita yang ada di hadapan saya untuk menjadi wanita solehah. Mencontohi BALQIS setelah menjadi permaisuri SULAIMAN. Meninggalkan mahkotanya demi pengabdiannya kepada ALLAH. Saya tidak meminta awak tawaf keliling saya, seperti yang dilakukan oleh FATIMAH kepada ALI bila dia buat silap.
Awak tak perlu buat macam tu. Saya memang tidak setampan YUSUF yang membuat ZULAIKHA tergila-gila tetapi saya akan tetap memberikan CINTA saya kepada awak dengan muka saya yang sentiasa membuatkan awak tak tidur lena " 


KASTIA, si isteri yang setia:

" aku tidak mahu seperti CLEOPATRA atau menjadi MUMTAZ dan LAILA. tidak perlu gadis-gadis seperti itu menjadi lambang cintaku. Cukup aku lengkapkan diri untuk menjadi salah seorang ummat MUHAMMAD s.a.w yang menanti suaminya di pintu syurga.
dan seperti KHADIJAH atau FATIMAH ataupun sesabar isteri NABI AYUB dan isteri NABI IBRAHIM, SITI SARAH. Aku tidak perlukan sebuah kisah seperti cerita TITANIC, percintaan yang penuh dengan tragik. Cukuplah aku mampu membina rumah tangga yang penuh cahaya kebahagiaan "


*kau ni mia dah kenapa nak jadi pengkritik novel pula ke kali nih?

sedapkan ayat tu?
menusuk ke kalbu bila baca..

alangkah indahnya jika ayat tu dari si dia untuk saya -_-
*sudahlah mia..janganlah kau nak berangan

tapi mustahil lah.. dia bukan jenis orang yang bijak bermadah helah.
dia juga bukannya pandai berkata-kata.
dia juga tiada masa untuk saya -_-


tapi..
saya cuba tabahkan hati ni..
kuat..kuat..kuat..
yeah !! hmmm..

lemah lagi..
jadi saya create satu ayat yang tidak lah se'gramatis' seperti ayat novel di atas.
tapi ia tulus yang lahir dari hati saya untuk si dia .


***********


tak sampai lagi apa maksud tersirat nih..
dan
saya olah lagi ..

***********


yea..FROM MNNS ..

rasanya sampai tak apa yang 'agak' tersirat dalam setiap bait-bait ayat ?
rasanya faham tak apa yang saya rasakan ?

tak faham?
try to understand what does it mean.
no need to open the dictionary
and seeking what the phrase meant.
but 
you need 
to open your heart and try to develop what i meant. 



yea. it's true :)


(: you and me :(


and I LOVE YOU deeply .

**MHK**

love xoxo
MNNS

Friday, March 18, 2011

seandainya gambar boleh bercakap?

assalamualaikum.

masih kuat..
masih gagah..
masih bertenaga..
*minumlah KACIP FATIMAH.

(iklan sat)

act, skang tgh longlai macam tarian mak yong.

okie dokie..
pernah anda tengok gambar bercakap?
tak pernah kan?
saya pon sebenarnya TAK PERNAH tengok juge.

*saje je kau ni buat gempak kan mia?

seboleh-bolehnya nak buat gempak. tp TAK MENJADI. haha

ok.
tukar topic.
pernah tak anda melihat gambar yang berekspresi terlebih-lebih?
paling-palinglah paling paling paling terlebih-lebih?
*bape banyak 'paling' daaa..

misalnya..
*******


comment pengritik :

"sangat menyeramkan.
naik bulu 'rome' saya
sekali pandang macam tak betul
2 kali pandang memang tak betul."


wah ! agak pedas betul kritikan itu tadi. -_-
tp apa-apa pun, kelihatan 'dimple' saya yang baru nak tumbuh.
*ade ke lesung pipit yang nak tumbuh??

*******


comment pengkritik :

"muka nak budget innocent lah.
konon bibir nak buat macam angelina jolie lah?
mata konon nak besar macam heliza af 4 lah ?
lupekanlah ~~ 
carilah inisiatif lain.."


yea..
saya terima kritikan dengan redha dan dengan hati yang terbuka.(T_T)
dusshh..dusshh..dussh ! (amek ko ! jentikan berapi )

*******


comment pengkritik :

"muka nak gangster je lah kan?
kau hingat orang akan takut ?
kalau letak gambar ni kat semut, semut pun tak sempat tengok dh gigit"


agak kurang asam boi di situ.
tambahkan sikit asam baru kritikan tu akan dapat habuan dari audiens ngn stokin cap belacan -_-


**********





comment pengkritik:

"tergelak terbahak-bahak tengok 2 ekspresi muka kau macam nih.
tak payah nak tengok raja lawak aku dah pun tergelak."

meyh sini meyh !
aku bagi kau gelak sampai tak berhenti-henti.
baru kau tau mana gigi palsu dan mana gigi emas -_-

*****


comment pengkritik :

"letih lah aku nak komen !!"

hahahah. tau kau takoddd..
trus resign kau nak jd pengkritik..hahaha

******


comment pengkritik :

"sehingga kini saya masih tercari-cari apa motif kamu ber'pose' begini.."

cari lah kau sampai ke lubang dinosour sekalipun -_-
aku sendiri pun tak tahu ape motif aku ber'pose' begini -_-

*******


comment pengkritik :

"kau tak payah nak 'sooo excited' sangat dalam gambar nih.
nampak pelik tapi hampeh ! "


aku pon dah naik ngantok dengar kritikan ni semua -_-
fed up ! -_- 
*ececececceh mia ! sejak bila pula kau fed-up2 nih?



* tak senonoh kan? awesome an?
tau dah..hahahahaah
saya tak delah photogenic sangat macam semua orang.
ade masa hodoh juga akhirnya.
tapi bersyukur lah dengan apa yang Allah kurniakan pada kita kan?
janji tak cacat pun kira ALHAMDULILLAH kannnnnn? :)


*bila lah aku nak dapat lesung pipit yang paling dalam nih -_- hahahah
MIA NAZIRA NAZIR SUHAIMI





Friday, March 4, 2011

HAPPY BIRTHDAY ELDA :)

assalamualaikum..
entry ini act dari siang balik sekolah td nak buat, tp disebabkan ade hal-hal yang tak dapat nak di elakkan,
so di postpone..
dan sekarang baru nak post entry ini :)

on 4 MARCH 2011 ,
birthday si CIK ELDA kita nih :)
yang ke-19 :)
sudah tua dah dia :)


so kiteorang ade buat suprise party, kecil2 jea..
itupon dlam kelas lepas sekolah :)

plan yang agak menjadi :)
bagus budak-budak ni surprisekan minah nih..

saya pula hampir-hampir tak jadi tp di sebabkan muka serius yang tahap nak meletop nih.
citer die macam ini....
********
*******
*****

habis je kelas,
saya ajak si Elda temankan saya ke parking kereta saya sebab saya tertinggal kamera kat dashboard kereta,
so saya bagi alasan..
suruh elda carikan keychain saya yang hilang..
so bila buka jea pintu kereta saya cepat2 ambil kamera then Alhamdulillah saya jumpa balik keychain MIA saya tuh..
so saya ajak si Elda ni naik ke kelas sekejap sebab saya nak bagi barang dekat wafaa..

act budak-budak lain tgh sdiakan plan+port terbaik utk meng'ambush' si cik kak kita nih..

so yang saya bengang, si Elda ni tak mahu ikut saya naik kelas..
dia tetap nak tunggu e-khen kat tempat paking motor,
so saya bg alasan yang "e-khen ada kerja dekat kelas, maybe lambat lagi dia nak balik, alang-alang pi naik kelas, jangan tnggu sorang2 kat sini, bahaya.."
si ELDA tetap tak mahu naik ke kelas..
setelah adegan pujuk memujuk, berjaya juga saya bawa si ELDA ni naik kelas yang 'bertingkat-tingkat' nih..

dengan mulut yang membebel sambil naik tangga ke kelas..
tetapi yang bestnya, kaki dia tetap berjalan dan memanjat kaki-kaki tngga untuk naik ke kelas..
elda..elda :)

then sampai je kat kelas, kelas dah habis bertutup,
then
ELDA : tgok mia.. dorang mana ada kat kelas.. issshh..kena turun balik pula bagaiii..
me : ehhh? mane dorang nih ( act tahu dorang ade kat dlam kelas) rasanya ada dalam ni..tu bayang-bayang
ELDA : aloo..mana e-khen nih.. dengan apa aku nak balik nih..

saya pun ketuk pintu kelas, then saya masuk kelas dlu sblum ELDA,
yang lain dah get ready ngn party instrument masing-masing, cuma..sayang sekali tiada TEPUNG..

yang tak 'boleh bla' si FATIMAH dan IFFAH dah get ready nyorok sebelah pintu dengan intrument msing2 yang meletup2 tuh..
dengan muka yang macam nak pukul orang jea..
haha..

then bila ELDA masuk...

*****

kebabooooommmm...



agak terkejut beruk lah jugak CIK ELDA kita nih..




ini kerja si E-KHEN, WAFAA dan FATH.



oh yea..lupa pula..
cake yang ELDA potong ni hasil buatan ERINA MASRIL :)
sedap woookkkk :)


 dan kek tu pula dah jadi macam cake kelapa sebab sampah-sampah dari yang letop2 instrument msuk dkat cake tuh..
hahaha



si wafaa beriya-iya tu potong cake tuh..haha
saya pula, buangkan benda putih-putih atas cake tuh..

*ketua dan penolong BIRO KEBAJIKAN :)


* budak-budak yang buat kecoh dalam kelas :)
lebih-lebih lagi yang tengah syok sakan melompat tuh..
e-khen tak nampak pula..

*kesian ERINA, saya TER halang dia pulak..hehee



*selamat hari tua ELDA NADZIRAH BT ROSLI :)
kami semua sayang awak :)


dah terkono : ELDA NADZIRAH
mak cik-makcik dalang : E-KHEN, WAFAA, FATIMAH, MIA, KHATY, IFFAH, RAHIEM, NESSA, DORA, ERINA, AISYAH, AMANDA, NELLY, SOFEA