geng maen pasir saya ! TQ :)

Tuesday, January 11, 2011

selamat tinggal..aku pergi buat selama-lamanya..

salam..
aku terdampar di sebuah rak bersama rakan-rakan ku..
tiba-tiba seorang perempuan datang hampir kepadaku dan mengambil aku jauh dari rakan-rakanku..
sewaktu itu badan ku di baluti plastik yang berwarna jernih..

perempuan tersebut terus membawaku menuju ke kaunter pembayaran..
dan dia membeli aku sebanyak RM8.90..
aku merasakan dunia ku cerah dan aku telah pun mendapat tuan yang menjaga aku nanti..
aku gembira..

nama tuan ku adalah NOR UMIRA NAZIRA BT NAZIR..
tetapi orang-orang di sekitarnya memanggilnya dengan panggilan nama MIA..
semenjak aku tinggal bersama MIA..aku dapat kaluar dari dunia ku dan MIA membawaku ke JOHOR.
kerana MIA mempunyai seminar di sana..

sewaktu berada di samping MIA..
aku dapat menggenali beberapa rakan nya..
yang turut sama pernah memegang dan meminum air di dalam tubuhku..
antaranya adalah WAFAA, FATIMAH, DORA, E-KHEN, ELDA, YASMIN, IEYFA, NELLY dan sebagainya..
mereka kelihatan asyik dan merasa nikmat pabila menyentuh dan meminum diriku..

sewaktu MIA pergi ke sekolah..
dia sentiasa membawaku dan kadang kala MIA meninggalkan aku di rumah berseorangan kerana mungkin MIA malas nak bawa aku kerana aku ni besar dan susah untuk di pegang..

MIA selalu membawa aku ke kantin semenjak-2 menjak ini..
dan seringkali membawa aku bersama sewaktu bertugas..
MIA juga sering kali meminum air di dalam tubuhku sewaktu mengantuk, haus, dan bosan..
dan selalunya akan habis air di tubuh ku di minum nya..
kerana MIA mahu di puji oleh mama nya dengan sebab "KUAT MINUM AIR PUTEH.."

pada hari-hari terakhir aku berada di samping MIA..
aku kelihatan sungguh ringan untuk di baling..
aku juga merasakan aku akan pergi buat selama-lamanya..

sewaktu perjumpaan Majlis PRA-PRA UNIVERSITI..
ramai rakan-rakan MIA meminum air di dalam badan ku..
dan di susuli oleh MIA sendiri untuk menghabiskan baki air di dalam badanku..

sewaktu pulang pula..
ini lah saat-saat yang pasti akan aku kenang sampai bila-bila..

sewaktu pulang dari sekolah..
MIA dan WAFAA menaiki motor yang sama manakala E-KHEN dan ELDA menaiki moto bersama.
sewaktu pulang dan di atas jalan raya..
mereka berempat kelihatan sungguh gembira sambil bergurau di atas motor..
sehinggakan di highway juga mereka bersenda gurau..
aku mulai risau akan apa-apa terjadi ke atas mereka..

sehinggalah aku tak dapat untuk mengawal berat badan aku yang begitu ringan kerana sudah tiada air di dalam badan ku..
dan akhirnya aku tercampak di tengah-tengah highway SILK.
dan sewaktu itu baru MIA terperasaan yang aku sudah tiada di dalam bakul motornya..
lalu aku masih dapat melihat MIA berhenti di bahu jalan..
tiba-tiba..
ada sebuah kereta datang menghampiri aku lalu melanggar aku sehingga aku hilang dari pandangan MIA dan WAFAA..
ouh..dimana aku..??

pada keesokkan hari dlam pukul 3lebih petang..
MIA dan WAFAA menjumpai mayat aku terdampar di tepi highway..
dan aku melihat MIA memberhentikan motornya di bahu jalan tidak jauh dari tempat mayat aku terlantar.
aku juga dapat melihat WAFAA datang mengutip mayat aku yang hanya tinggal badan sahaja..
aku di berikan kepada MIA ..
dan MIA bersedia untuk menjaga dan menanam mayat ku di dalam biliknya..
walaupun aku tidak mempunyai kepala dan sudah 'kemek' .
MIA masih lagi mahu mengambil aku semula dan menjaga jasad ku..
dan aku adalah 
DRINKING BOTTLE @ BOTOL MINUMAN
yang berwarna PINK @ MERAH JAMBU


MIA :
salam..
saya terasa begitu hampa dan sedih tatkala melihat si dia begitu..
(ape hal formal sangat nih?)
heeee..
tp kebenarannya adalah saya begitu sdih..
rindu akan btol air pinky saya itu..
sy slalu bwe die pi mne2 even pi b'tugas sklipun..
haha..betapa saya sangat menyanyagi dia dan menjaga dia bagai menatang air kosong yang penuh..haha
waktu btol air tercicir di tgh highway..
saya rase nk kutip balik..
tp 
memikirkan yang terlalu bahaya jika berada di tgh-tgh highway yang kereta nya sgtlah laju..
dahlah nk trun bukit lak tuh..
jadi saya tak jadi nak kutip dia kembali..
dan melihat dia dari jarak yang sgt jauh.
sehingga kereta dtg dan m'langgar serta hilang ntah kemana..
saya pun trus berlalu dgn hati yang hiba.
INILAH AKIBATNYA BERGURAU semasa DI ATAS HIGHWAY..

pada keesokkan harinya..
hari saya sunyi tanpa nya..
tiada lagi bentuk bodynya yang menghairahkan sy..
supaya sy minum air dengan RAKUSNYA..
tiada lgi bnda untuk sy bwa smasa kls EKONOMI dan GEOGRAFI..
tiada lagi bnda nk di pegang sewaktu bosan dan mengantuk..

ciri-ciri botol air itu adalah :-
>berwarna pink
>100 ML
>corak botol yang agak lawa dan artistik


lastly :
sedekahkan AL-FATIHAH untuk dia :(




AKHIR KATA :
moga saya dapat btol air baru..:)
tetapi tiada siapa dapat menggantikan tempat dia ..

moral of this story:
:JANGAN BERGURAU SEWAKTU DI JALAN RAYA
:JAGA BARANG ANDA SUPAYA TIDAK MELAYANG
:PASTIKAN BOTOL AIR ANDA MEMPUNYAI SEDIKIT BERAT SUPAYA TAK MELAYANG PABILA MEMBAWA LAJU
: SIMPAN BOTOL ANDA DI TEMPAT YANG SELAMAT

:  HARGAILAH BOTOL ANDA SELAGI DIA ADA DI SAMPING ANDA. :)



4 comments:

  1. haha , xde rezeki dye nk idop lme .. -,-"

    ReplyDelete
  2. ta de komen , just Http://yasmingempak.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. huhuhu...
    tiada pengganti sbek dia...
    huhuhu..
    mgkin satu hari nnti...
    ia akn kmbali..
    kerna...











    'aku' yg d'mksudkn d'lhirkn di "giant"....;)

    ReplyDelete

tinggalkan pesan anda disini :)