geng maen pasir saya ! TQ :)

Wednesday, December 28, 2011

what do you expect from me?

" Salam Mira, saya dah berbincang dengan kak Aida, melihat pada ketekunan dan kerajinan awak bekerja dengan saya, saya bersedia utk menawarkan gaji bulanan awak kepada RM900 sebulan. Saya harap awak dapat teruskan bekerja dengan saya. Jika awak tolak tawaran ini, nampaknya saya terpaksa beri peluang ini kepada orang lain "
09.03.34pm, 27 Disember 2011

Assalamualaikum, ini adalah mesej yang saya terima dari Boss tempat saya kerja tu.
oh yea! saya lupa nak cakap yang saya dah decide yang saya nak berhenti kerja sana.

sebab apa?
sebab saya tak tahan.

tak tahan kenapa?
1. sebab sunyi. saya bekerja sorang-sorang disana
2. gaji tidak berbaloi dengan kerja yang dibuat
3. tempat kerja jauh
4. terlalu banyak kerja untuk mengharapkan saya seorang
misalnya kerja meyeterika kemeja , packing baju , lipat baju, susun fail, kemas office, angkat barang dalam kereta.

tang angkat barang dan sterika baju tu yang paling perit.
dah macam orang gaji.

walau berapa ribu yang hendak dibayar, saya tetap dengan keputusan saya untuk berhenti.

maafkan saya Puan dan Kak :'(
saya tak larat kerja seorang diri dengan hanya mengharapkan saya seorang buat untuk beratus-ratus stok yang ada.

Mnns

Saturday, December 24, 2011

kesunyian





dia kini kesepian.
 pasangannya mati tatkala mereka berbahagia bersama.
rasa berdosa menyebabkan si LALA mati.
tinggallah LULU' seekor.

ini adalah kenangan mereka bersama





LULU' single sama macam tuannya.
dan niat ku, selepas aku punya pasangan lepas ni, aku nak pasanganku membeli pengganti LALA buat LULU' ku .
boleh kan wahai bakal pasangan ku?

urghh! apa kau merepek ini mia??!

tapi memang saya perlukan pasangan saya membeli pasangan untuk si LULU' ni.
barulah lengkap hidup saya dan hidup si LULU'.
dan saya akan berusaha menjaganya sebaik mungkin.

 LULU' kini sudah berusia 1 tahun lebih. 
cengkerangnya kini makin membesar dan membuatkan saya rasa lebih teruja !
pemakanan yang seimbang dan saya sentiasa berborak bersamanya membuatkan saya tidak kesunyian dan juga dia.
Harap satu hari nanti dia juga bertukar menjadi putera dan membawa ku alam yang nyata.

love,
Mnns

p/s : adooii. khyalan betul lah aku ni -_-"

LULU'-jantan
LALA-betina

Tuesday, December 20, 2011

disaat ku bekerja

Assalamualaikum.
amacam mula kerja?
BEST?

awal-awal masuk keraja, saya terima beberapa mesej daripada insan-insan yang saya sayang ni..

maryam :hey kak :), keje lek lok, jgn hard2 sgt la tau. adk tau akk kena keje keras tok blanje adk. haha! Good luck n have a nice day kakak sayang :)

fatimah : sayang good luck !

wafaa : seronok keje? :)

ayah : ayah kat serdang la ni. Pjabat kat mana? balik pukul berapa?

tapi sayangnya, saya tak dapat balas, sebab kerjaaaa. konon nak tunjuk baguslah tu mula-mula.

sumpah ! kje dia sangat bosan sebab saya seorang je pekerja. nak bercakap pun masih tengah dalam proses pengenalan dengan penolong pengurus dan pengurus .
datang kerja kena pakai pakaian formal. pergh! 
pakai baju kurung/ baju kemeja (labuh) / baju muslimah.
sebab apa?
sebab boss saya tu alim sikit, maka dengan itu, kena jaga penampilan.

datang je kerja kena on air-cond, on komputer, check e-mail, and whatever.
saya juga kena tagged baju, iron baju, and packing baju.
semua saya kena buat sendiriiiiiiii ! no one help !

oh yea, syarikat yang saya kerja ni adalah syarikat pembekal dan pencetakkan baju t-shirt atau korprat atau door gift atau sebagainya . MACAM-MACAM.

dan lagi satu hal. TEMPAT KERJA SANGAT JAUH !
dengan saya kena lalui kesesakan lalulintas ni hampir setiap hari !
pergi dan balik ! no offense !



inilah tempat kerja baru sementara saya.
office dia comel sangat.

ini adalah meja saya

ini adalah produk yang dipasarkan. 
pelbagai baju dan jersey.





fail-fail yang perlu dikemaskini. OH yea! tugas ku.




comelkan office ni?

hari pertama ku 


hari pertama, semangat gila datang awal. kerja saya masuk pukul 8.45am, tapi saya dah sampai pukul 8am.
sebab penolong pengurus tu cakap "saya tak suka pekerja saya datang lewat, jadi elakkanlah"
maka dengan itu, saya datang awal lah. takut juga karang dia mengadu dekat mak andak saya.
mana nak letak muka ni? hahaha

hari pertama bekerja juga, saya hanya menguruskan fail-fail sahaja. make it label.
maka dengan itu automatically, keluarlah ke kreatif an saya yang tak pernah saya keluarkan.
saya sendiri langsung tak percaya yang saya label kesemua fail-fail tu dengan kemas.
fail MUET pun tak sekemas ni !

dan kalau ada masa lapang, apa lagi? NOVEL lahhh !

hari keduaku.


hari ini saya punya tugas, sambung kemaskini fail, lepastu faks kan surat, jawab panggilan customer dan akhir sekali adalah tagging t-shirt sampai lah balik.
sungguh banyak ! hampir 300helai.
yang paling parah, saya kena buat seorang diri sebab boss dan ass. boss keluar pergi pejabat kedua, maka dengan itu, tinggallah saya seorang. dan dengan itu juga, kadang-kadang saya take time untuk rehat. YA ALLAH, ingat tak letih?
letih sangat tau. tapi nasib baik tidak ada tekanan.
tiba-tiba, saya terima panggilan dari boss,

boss : mia, boleh kamu tolong fakskan paymet bill dekat orange sport? payment tadi tak sampai lah.
me : tapi tadi saya dah faks kan?
boss : tulah, takpe awak guna no. yang saya bagi ni. 07-blablabla
me : ok

saya pun fakslah. tak sampai beberapa saat,..

boss : awak dah fakss ke belum?
me : sudah.
boss : tapi kenapa elen kata tak dapat?
me : haaa? saya dah fakskan tadi puan.
boss : awak faks, terbalikkan kertas tu dan make sure nanti bila dia print, keluar benda yang kamu faks tu.
me : haa? laa. ye ke? saya lupa nak terbalikkan, patutlah tak dapat. ok2, saya buat balik semula.
boss : patutlah. ok-ok. terima kasih yea?
me : ok.

tengah je fakskan dan masukkan kertas untuk printing, tiba-tiba pasu sebelah faks jatuh dan pecah.
YA ALLAH ! tergamam saya seketika. 

"apa nak buat ni?"
"benda apa pula yang pecah ni?"
"nak bagi tahu boss ke tak ni?"
"agak-agak-agak kena potong gaji ke ni?"

takpelah, saya perlu bagitahu. sebab nanti akhirnya ketahuan juga. sebab saya buang benda tu dekat bakul sampah office. dah kelam-kabut sangat, takut semua ada.
tapi boss takde pula hari ini. mungkin esok saya akan bagitahu.
pergh! seram pula -_-"
love, 
Mnns

p/s : tolonglah selamatkan diri ini. lembutkanlah hati boss ku ini. amin~

Sunday, December 18, 2011

adegan panas (18+)

Assalamualaikum.
tengah sedap merelaxkan minda dan badan sambil membaca novel.
ada pula makhluk Allah ni buat adegan panas di depan mata.

nak lihat, rasa macam melanggar privasi, tapi terpaksa lihat sebab bunyi yang agak menganggu kosentrasi saya membuatkan novel yang di pegang dipandang sebelah mata dan adegan panas mereka membuatkan saya terbeliak sambil tergelak.

yea. benar orang kata, setiap makhluk Allah memerlukan kasih sayang, dan dari kasih sayang akan timbulnya zuriat tanda cinta dua insan.
begitu juga dengan makhluk ini, tapi bezanya adakah mereka sudah berkahwin? adakah mereka halal untuk bersedudukan bersama? dan adakan situasi ini layak untuk dipertontonkan?

lantas kepala yang biol ini juga di ketuk beberapa kali. oh tidakkkk.
" ayah bayar zakat untuk kepala ini, jangan diketuk! "
maka dengan itu saya mengambil handphone untuk merakam adegan panas ini walaupun makhluk ini sudah memandang saya tapi masih melakukan operasi bersama ibarat tiada manusia yang melihat aksi mereka.

"masa untuk klip 3gp!"
ahhh. malas mahu merakam tapi hanya gambar mampu ku tunjukkan.
kerana kalau merakam video, nak upload lama. baik tangkap gambar sebagai bukti.
tapi gambar ini tidak boleh di gembar-gemburkan kerana ianya hak asasi mahkluk ini.
rasanya diri ini salah memperalatkan media komunikasi dengan tujuan kontroversi yang basi.

tapi sememangnya adegan ini amatlah diluar jangkaan saya. dan pertama kali melihat di depan mata.
sudah cukup untuk saya ta'rifkan bahawa makhluk ini dahagakan kasih sayang, mahukan belaian dan sentuhan azimat oleh pasangannya.
akan tetapi, pasangannya hanya membisu tanpa beralih dan tanpa menolak ajakan nafsu.
dan akhirnya pasangannya memberontak untuk memberhentikan tindakan berahi itu.

ini lah dia makhluk yang saya katakan.









dan akhirnya pasangannya itu memberontak minta dilepaskan

sesi pujuk memujuk 

menunggu agar hati pasangan itu cair.


dan kali terakhir saya melihat kucing ini, si kuning masih menunggu di tepi longkang dan si putih hanya buat tak tahu dan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

yaaaa. itulah orang cakap, bukan manusia sahaja yang memerlukan kasih sayang, akan tetapi haiwan juga memerlukan nya untuk menambahkan zuriat mereka.
dan benar orang kata, bukan setakat manusia yang memiliki nafsu kuda akan tetapi kucing juga sedemikian rupa.

love,
Mnns
p/s : bila dengar je teriakan si betina saya rasa seram sejuk dan mengandaikan bahawa si jantan dah lama meng'usha' si betina dan setelah si betina jual mahal, lantas si jantan menerkam si betina dengan gigitan azimat.

pergh! nasib baik aku dah berumur atas 18 tahun . hehehe

this is your face look like.

Assalamualaikum.
pernah tgok mata ikan.
no.no. doesn't mean that 'thing' in your mouth.


pedihkan?
eh! tapi sekarang saya pun tengah kena that worst 'thing'.
sakit sangat bila nak gosok gigi.
kannnn?

oke. lupakan kisah itu,
maksud saya gambar yang menggunakan 'fish eye' effect.

tapi gambar yang saya nak tunjukkan adalah menggunakan fish eye yang di bekalkan di dalam camera.
hai maklumlah, tak mampu nak beli benda yang bukan keperluan tu.

ini hanyalah gambar sekadar suka-suka.
'biaq pi lah' nak gelak ke, nak nangis ke.
tapi ini hanya tontonan umum sesuai di tonton untuk golongan yang berumur bawah 13 tahun.
chewah.
oklah, malas nak membebel lagi.
ayuh kita lihat, siapa yang kenaaaaa.

1. NELLY.

nelly ni kalau dia buat apa sahaja muka tetap kelihatan cute.
dan si anak nasir ni adalah seorang yang gila-gila kadang-kadang menyakitkan hati dengan bertanya soalan yang gila juga.

2. ZANZATUL SOFEA

zan, dia kata muka ni macam muka depressed, sebab masa capture gambar ni, kami tengah study untuk STPM.
kalau kita tengok gambar ni pun, ada lagak depressed sangat-sangat.

3. MEGAT

mereka semua gelak dan mengibaratkan gambar dia yang ini macam 'angry bird.'
tapi dia tetap cool and maintain. best brooo :)

4. ZUL AZRI

gambar dia kali ni agak macam keanak-anakkan sikit. 
yea.yea. macam kanak-kanak ribena. alololo. tomey-tomey.

5. AMIRUL HANIF

actually dia tak perasan gambar ni, tapi apa-apa pun ke hensem an tetap terserlah.
hahaha. (hensem ke?) :)



6. NORA'IFFAH

ok. ini gambar yang di capture sendiri olehnya.
dan kami hampir tergelak sebab dia yang suruh gelak.
ye ke? hehee 

7. KHAIRUL WAFAA

budak ni memang suka sangat dengan gambar begini.
asal pegang je camera suka sangat click pada 'fish eye' effect. tapi tetap comel kan?

8. NOR UMIRA NAZIRA

yang ini jangan cakaplah. masa nak capture gambar ni, saya sendiri tak tahu, ingatkan 'terlebih' cute ke hapa sampai wafaa dan ayie gelak-gelak.
rupa-rupanya memang. memang sangat 'cute'.
(kalaulah betul ini aku, agak-agaknya  boleh tak masuk cover majalah MASKULIN?)


actually ini semua koleksi gambar sewaktu study. berbagai-bagai perangai dan berbagai-bagai ragam untuk menghilangkan tekanan.

love,
Mnns


p/s: tengah biol update entry kali ni. maaf kalau ada ejaan salah or agak membosankan.

Friday, December 16, 2011

ohhh STPM (part 3) 3 hari menjelang persediaan STPM

Assalamualaikum.
kali ni kesah 3 hari sebelum menjelang peperiksaan STPM.
kalau nak di ikutkan masa sekarang hanya relaxkan otakkan?
tapi bagi kami sekelas, masa sekarang untuk memenuhkan otak.
sebab most of us, belajar last-last min itu merupakan nadi terakhir kami.

itupun semua selak buku Pengajian Am paper 2.
memang kebanyakkan semua murid berusaha keras untuk target kertas yang merupakan kertas wajib lulus ini.
memanglahkan. sebab kertas ini juga yang menentukan kita layak atau tak layak di dalam STPM.
gerun bukan?

tapi Alhamdulillah, kertas yang di gembar-gemburkan sebagai kertas STPM yang paling susah, akhirnya keluar  dengan di luar jangkaan kami.
hampir kesemua kertas pengajian am stpm 2011 ini adalah soalan target oleh Pn. Rashidah.
dan satu bonus buat kami pelajar Geografi.

Alhamdulillah juga sebab apa yang kami bincangkan, akhirnya masuk tanpa di sangaka-sangka.
tapi susah juga untuk target A dalam paper ini, sebab skema pemarkahan dia agak strict dan susah juga untuk dapat 4.00.

apa yang mampu sekarang, berdoa dan bertawakal pada Allah, moga saya dan lain-lain lulus dengan cemerlang dalam exam kali ini.
amin~

me and ieyfa

L>R : Qila, Intan, Syaza

L>R : Hanif, Wafaa, Megat

this is Shaim

Ina, Zan, E-cah, Elda

Ayie, Ieyfa, Mia

Nelly and Ayie



Ong and Hanif

Wafa, Nelly, Megat and Mia

Me and Nelly

Wafaa

Megat

Nazrain dan Nelly



inilah hari terakhir kami semua berkumpul bersama ramai-ramai.
rindu sangat.
tapi apakan daya, masa tidak boleh berputar semula, apa yang berlalu tidak mungkin akan berulang kembali.
apa yang terjadi tidak lagi boleh berlaku sekali lagi.

memang susah untuk kita semua berkumpul sebab selepas ini memang semua ada komitmen sendiri.
dan mengharapkan tidak ada satu pun lupa sesama sendiri.



dan kita akan kembali bertemu semasa mengambil keputusan nanti.
dan masa itulah semua tidak akan bertegur sesama sendiri disebabkan gementar dan gerun untuk mengetahui keputusan yang bakal membawa kita ke alam universiti.

dan saya NOR UMIRA NAZIRA sentiasa mendoakan kejayaan kita semua.
tidak kita kelas 6A2 mahupun 6A1

p/s : rindunya alam persekolahan, rindu suasana kelas. rindu dengan DATIN,Pn.RASHIDA,Pn.WAN, Pn. ROHAIDA, Pn.HASLINA, TEACHER AZLINA, TEACHER HASNAH, Pn.SITI HAJAR, Pn. RUSHIHA, Pn. ANIZA dan Pn. REVATHI.

form 6 is my best moment i'll never forget.
love,
Mnns